Thursday, November 28, 2013

Suka Baca Blog

Assalamualaikum...

Saya memang ada habit yang suka sangat baca blog. Habit ni jadi sejak saya cari resepi masakan, kek dan masa study dulu masa cari bahan nak buat asigment. Tengok blog-blog mereka semua cantik-cantik je... Ape yang mereka tulis pun menarik. Banyak input yang kita dapat melalui blog ni tau. 

Hari ni, sempat baca blog Yuyu Zulaikha sebab blog-blog lain yang biasa saya baca seperti blog Namee Roslan dan blog Maria Elena tak update. So, saya dapat satu input yang berguna dari blog Yuyu Zulaikha yang bertajuk Mendekati Orang Asli (Grik, Perak). Di situ saya dapat rasakan betapa memang memerlukan kemudahan seperti kita. Sedihnya melihat kehidupan mereka yang tiada kemudahan elektrik  dan coverage amnya. Dari situ, timbul rasa bersyukur yang tak terhingga kita dapat menikmati kemudahan sepanjang kita hidup. Kadang-kadang, timbul juga rasa kita susah, ada lagi orang lain yang lebih susah dari kita. Maka, kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. 

Namun, ada pihak yang prihatin dengan Orang Asli Kampung Chuweh Grik, Perak ni, iaitu Maybank melalui Projek H.E.A.R.T yang bermaksud Helping Every Asian Rise Together. Melalui projek ni, Maybank memperuntukkan kewangan untuk membeli lampu solar yang tahan lama supaya penduduk dapat memanfaatkannya pada waktu malam. jadi, mari la kita sama-sama menghulurkan bantuan yang tak seberapa kepada mereka kerana bantuan kita dapat memberikan 1000 makna kepada mereka yang memerlukan. In Shaa Allah. Amin... Anda boleh membuat sumbangan melalui Maybank Project Heart. Terima kasih.

No comments: