Tuesday, November 26, 2013

Hari Jadi Saya Yang Ke-3 26 November

Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ni genap 3 tahun saya peluk agama Allah, agama Islam. Allah hu akbar!!! Allah hu akbar!!! Allah hu akbar!!! 


Kalau ikut kalendar Islam dah lepas dah, 19 Zulhijjah yang lepas. 

Setakat ni, syukur Alhamdulillah saya dah serasi dan tak kekok, tak kira la dari segi pemakaian (berhijab), sembahyang, makan, bergaul dan seumpamanya. Cuma kena kuatkan lagi usaha untuk mengaji. In shaa Allah saya boleh mengaji dengan baik juga nanti. Sambil-sambil tu ajar anak juga. Sama-sama belajar. Semoga Allah lembutkan hati dan mempermudahkan urusan saya untuk menerima ilmuNYA. Amin... 

Oh ya... Sebelum ni pun saya ada cerita titik permulaan yang saya peluk agama Islam ni. Boleh la baca di entry Hijrah ni. Hihi... :)

No comments: