Monday, November 11, 2013

Buah Engkalak..Nang Nyaman!!! Only in Sarawak


Ni la Buah Engkalak. Buah Engkalak ni adalah sejenis spesis buah tempatan yang hanya tumbuh subur dan terdapat di Sarawak je. Saya Google tadi dapat info yang buah Engkalak ni ada nama sainstifiknya jugak, iaitu Litsea Garciae

Buah Engkalak ni milik mertua saya. Sabtu lepas saya ikut suami pergi kebun lepas tidurkan anak sebelah pagi. Bosan duduk rumah je... 


Tengok tu tarzen panjat pokok Engkalak... Haha.. Gigih sungguh suami dan adik ipar panjat pokok Engkalak... Suami panjat 1 pokok lain.. Adik ipar panjat pokok 1 lain... Saya??? Tengok je la... Suami pulak amik peluang lontar buah Engkalak tu dari atas ke arah saya. Oh ya...pokok Engkalak ni tepi jalan je.. Sebelah kereta parking dah ade 2 pokok buah Engkalak... Masa kami sampai, ade lebih 10 ekor kera yang bertempiaran di kawasan kebun... Kera-kera tu semua makan buah Engkalak tu la.. Tu la sebab suami kena ambil buah tu sebelum masak. Kalau tak, putih mata jadinya. Bukan buah Engkalak je jadi mangsa kera-kera tu, buah rambutan, nenas, cempedak semua jadi santapan... Nak2 je tangkap, pastu masukkan dalam zoo.




Ni pulak dahan pokok Engkalak yang sukar nak capai, suami potong je dahannya. Yang ni dah reserve saya punya bila nak petik n kumpulkan nanti selepas suami dan adik ipar selesai petik dari pokok.


Ha... Yang ni situasi kami kutip buah... Yang di dahan tu tadi, saya yang petik.. Malas nak carik-carik tapi ade gak la carik dan kutip tolong suami dan adik ipar. Hehe... 



Dah selesai nak bawa balik dah... Dapat 1 guni, 1 besin n 1 bakul... Ade lagi buah tu di pokok tapi belum cukup matang nak petik. 



Ni gambar buah Engkalak dah di rumah... Di hamparkan begini sebab nak bagi buah ni masak. Buah ni masak akan berwarna merah muda. Cara nak makan buah ni, kita kena rendam dalam air panas. Tunggu sampai buah tu lembik, toskan air dan boleh la makan begitu sahaja atau nak sedap lagi, cicah dengan garam + cili padi + belacan atau kicap + cili padi. Rasa buah ni lemak berserat bila masak dan rasa enak bila dibuat jeruk bila masak atau mentah hijau macam ni.

No comments: