Wednesday, November 6, 2013

Hijrah

Assalamualaikum...
Saya nak kongsikan kepada semua bahawa saya telah melakukan penghijrahan ke agama Islam pada hari Jumaat, 26 November 2010 persamaan dengan 19 Zulhijjah 1431H di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS Kuching).


Suatu perasaan yang sangat indah timbul dikala saya mengucapkan dua kalimah syahadah, saya terasa sangat bersyukur kerana saya terpilih untuk menganuti agama Allah, agama Islam.

Nama asal saya ialah Coroline Anak Masmin. Nama Islam saya ialah Sumayyah Humaira Binti Masmin. 

Kini sudah 3 tahun saya berhijrah. Penghijrahan saya pada semester akhir pengajian saya di UiTM Shah Alam. Ya, sebab saya berhijrah kerana saya akan berkahwin. Tetapi, bagi saya perkahwinan saya bukan sebab utama saya hendak memeluk agama Islam tetapi perkahwinan inilah menjadi medium untuk saya menganut agama Allah ini. Suami saya adalah seorang khalifah yang diamanatkan untuk memimbing saya ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Islam bukanlah suatu yang asing bagi saya kerana kakak saya juga menganuti agama ini melalui perkahwinan. Jadi, kami saling berkongsi apa jua yang berkaitan dengan Islam. Penerimaan keluarga juga tidak menjadi masalah kepada kami. Alhamdulillah urusan dan keputusan kami untuk memeluk agama islam sedikitpun tidak dihalang oleh orang tua dan adik beradik kami. Malah, kami disokong dan keluarga kami menghormati kami. Lansung tiada jurang di antara kami sekeluarga kerana kami tetap berkumpul ketika cuti hujung minggu di rumah ayah.

Di sini saya sisipkan artikel berkenaan diri saya dalam keluaran Wanita Bil: 1483, 20-26 April 2012, cover depan Diana Danielle & Siti Saleha, Bahagian Islam Pilihan, muka surat 120, bertajuk Mahu Berjuang seperti Sumayyah oleh Fazeef Afi, iaitu rakan sekelas saya di UiTM Shah Alam dahulu. So, siapa-siapa yang ada Majalah tu, silalah baca ya :)


No comments: