Tuesday, April 8, 2014

Shafiyah Demam... Alahai Anak Ummi Abah

Assalamualaikum...

Hari ni lambat...pukul 8.30am sampai office... Malam tadi Shafiyah demam tiba-tiba demam panas...Saya lap-lap badan sebelum tidur. Dia 2 kali muntah..mula-mula sebelum tidur...habis nasi dimakan makan malam dimuntahkan. Lepas tu dinihari tadi pukul 4am dia kejutkan saya...Ya allah..panasnya badan..saya lap-lapkan badannya lagi...bagi susu...lepas tu muntah lagi...kali ni muntah susu je.. Panasnya cecair muntah dia...Panas sangat dalam badan dia. Tapi dia sejuk...Normal tu...

Pagi tadi saya tak bagi dia baju..pakai lampin je. Lepas tu ketiaknya letak kain basah. Saya tak henti-henti lap badannya. Suhu badannya pukul 4.30am tadi 38.4'c...pukul 6.25am turun sikit 37.5'c...Sayu hati bila saya siap-siap nak pergi kerja..saya bagitahu dia seperti biasa yang saya nak pergi kerja dah..dia merengek-rengek dan tarik-tarik badan saya.. Dia peluk saya supaya saya tak pergi kerja. Dia nak saya di sebelahnya... Saya terpaksa akur...masa tu la saya berkira-kira nak bawa je dia pergi kerja..tapi, risau rakan-rakan office tak selesa bila dia meragam... Nak tak nak, saya terpaksa pergi kerja diam-diam bila dia sudah lena.

Teringat masa cuti keguguran minggu ke-2 hari tu... Kami 3 beranak balik rumah sendiri sebab abah Fia habis cuti... Masa tu la Shafiyah demam panas... Dia langsung tak nak jauh... Nak peluk je.. Nak tidur di pangkuan kita je... Itu la yang saya bayangkan sekarang.. Mesti Shafiyah nak ummi n abah dekat. Ya Allah..sembuhkan lah anak kecil itu dari demam panasnya Ya Allah....

Balik petang nanti saya nak bawa Shafiyah ke klinik kalau demam panasnya tak kebah lagi.

Doa Demam Panas

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”
(sahih al-Bukhari, no. 3023)
Dalam dunia perubatan, salah satu cara untuk mengurangi rasa panas badan adalah dengan meletakkan air @ ais di bahagian dahi @ kepala. Sehingga suhu tubuh yang belebihan boleh berkurang dan kembali pada keadaan yang normal.
Hadith lain berkaitan dengan deman atau penyakit, antaranya ialah;
“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”.
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).
“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”.
(HR. Muslim no. 2575).
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.
(HR. Bukhari no. 5641).
“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”.
(HR. Muslim no. 2573).
“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”.
(HR. Muslim no. 2572).
Walaupun demikan, seorang mukmin mestilah berikhtiar untuk mengubatinya. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya”.
(HR. Bukhari no. 5678).
Tapi haruslah di teliti cara perubatan @ ikhtiar yng digunakan dan janganlah sesekali menggunakan sesuatu yang haram atau bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan dalam Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah dan janganlah berubat dengan yang haram”.
(HR. Ad Daulabi dalam al-Kuna, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadith ash- Shohihah no. 1633).
“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kalian pada apa-apa yang haram”.
(HR. Abu Ya’la dan Ibnu Hibban no. 1397. Dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 1172).
Disebalik derita atau sakit pasti terdapat hikmah disebaliknya. Antaranya ia dapat menyedarkan manusia yang sedang lalai dengan nikmat sihat yang diperolehinya yang mungkin jarang sekali disyukuri nikmat yang diperolehinya itu. Ini kerana jika Allah menguji seseorang hambaNya barulah ia merasa dirinya kerdil, lemah, serba kekurangan, hina dan teringat akan dosa-dosa yang telah dilakukannya sehinggalah ia kembali kepada Allah S.W.T. dan memohon ampunan dariNya.
Sesungguhnya, sakit atau musibah merupakan pintu kesedaran seorang hamba bahawa ia memerlukan Allah S.W.T. Tidak sedetik pun ia tidak memerlukanNya dan perlu selalu bergantung kepadaNya. Marilah sama-sama istighfar di atas apa yang telah dilakukan sepanjang nyawa dikandung badan. Moga-moga setiap amalan yang kita dilakukan diterima olah Allah S.W.T.
Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani..
(dipetik dari : cahayapurnama.com)

Petua Demam Panas & Sawan Tarik

Tanda-tanda demam panas 

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je... sebab badan tak selesa...

Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.

Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah? 

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.


Ingat, waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih.....

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.

By: Fiza Faisal Farisha

(dipetik dari: 1001-petua.blogspot.com)


Selamat membaca... Wasalam :)

No comments: