Friday, April 4, 2014

Review: Apple Al-Quran

Assalamualaikum....

Salam Jumaat guys....

Hari ni, saya nak review pasal Apple Al-Quran yang saya belikan untuk Shafiyah beberapa bulan yang lepas. Ye la...saya nak Shafiyah selalu dengar dan sekaligus belajar ayat-ayat Al-Quran ni. Jadi, saya fikir gadget comel macam ni seuai sangat untuk memupuk minat anak untuk mengaji. In sha Allah...




Seronok la budak kecik tu dapat gadget comel... Sebab Apple Al-Quran tu ade 5 fungsi yang sangat menarik perhatiannya.

5 Fungsi yang dimaksudkan adalah merangkumi:

1) 26 doa-doa harian

2) 16 surah lazim, iaitu al-fatihah, surah al-a'diyat sehingga surah an-nas (surah fatihah, surah ke       100 sehingga surah terakhir 114)

3) Ucapan 2 kalimah syahadah dan azan

4) 6 nasyid untuk anak-anak

5) Lampu untuk menarik perhatian anak-anak. Juga untuk 'lock' satu-satu fungsi (contohnya kita pasang surah...ianya automatik sambung dengan surah yang lain...jadi, tekan 3 saat butang ke-5 tu. Ianya 'lock'...anak-anak tekan butang apa pun tak fungsi...jadi, anak-anak fokus dengar surah)

Hmmmm....menarik kan???

Hari tu saya beli Apple Al-Quran ni dari Mummy Kiddy House By Mama Yaya dengan harga RM38 termasuk pos dan percuma 3 biji bateri AAA. Berbaloi sangat. Cuma nak bagitahu satu je la kekurangan Apple Al-Quran ni...tak boleh control volume. Tu je pun..bukan masalah besar sangat.

Selamat membaca...Wasalam...





No comments: