Monday, October 12, 2015

Shafiyah Daftar Masuk Tadika Sesi 2016

Assalamualaikum....

Alhamdulillah Shafiyah diterima masuk sekolah Tadika sesi tahun 2016 walaupun umur dia bakal cecah 4 tahun 28 Januari 2016 tahun depan. Petang tadi cikgu tadika dah minta maklumat dia untuk didaftarkan.

Semangat betul dia nak sekolah. Dari umur belum 3 tahun lagi dah hafal nama bakal cikgunya di tadika. Kalau kita tanya, "Siapa nama cikgu?". Pasti dengan pantas dia akan jawab, "Cikgu Kayah." Hihi...bijak.

Itu baru nama cikgu. Budak ni kecil-kecil lagi dah ada cita-cita. Kalau kita tanya, "Nanti dah besar nak jadi apa?". Cepat je dia sahut, "Jadiiiii....Doktorr Gigi!". Haha... Cita-cita dia ni dia mula semat di hati sejak tau nak gosok gigi. Dia kata nak gigi cantik, bersih dan tak berbau. Lalu la saya dan abahnya cakap nanti dah besar boleh la jadi Doktor Gigi. Dia iya kan je tanda setuju.

Kalau kita tanya dia, "Apa pesan ummi?". Dia dh tau macam mana nak jawab... "Rajin belajar...rajin sekolah..rajin mengaji..rajin sembahyang...rajin tolong ummi..tolong abah..." Sekarang tambah lagi satu "tolong adik...". Haha...

Shafiyah jenis kanak-kanak cepat belajar melalui pemerhatian atau teknikal. Kalau smartphone tu dh macam diajar. Tau je godek-godek game, tengok gambar, pilih folder cerita kartun mana nak tengok, episod mana, ambil gambar. Paling tak boleh tahan dah pandai selfie. Ayooooo... Kalau nak dibandingkan saya kecik-kecik dulu memang jauhh berbeza. Dulu...nak picit butang alat kawalan jauh televisyen pun takut. Takut salah tekan, meletup. Yang saya paling bangga sekali dia dah boleh baca Alif Ba Ta... ABC, 123 dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, doa makan, doa tidur, doa yang ringkas-ringkas termasuk la Al-Fatihah. Alhamdulillah...

Bersyukur juga Shafiyah seorang kanak-kanak yang sangat aktif, kreatif dan jenis explored. Tahan lasak pun iye. Sangat-sangat berani mencuba sesuatu yang baru. Selalu sangat ummi dia ni macam harimau jadian dikerjakan olehnya. Bertabah je la..... Tu tanda anak kita sihat, aktif, bijak dan yang paling penting sel-sel otak dia sedang berhubung dengan baik. Alhamdulillah.

Ummi doakan anak ummi sentiasa dilindungi Allah SWT, berbakti pada agama, bangsa dan negara serta berjaya dunia dan akhirat. In shaa Allah.... Aminn...

Terima kasih membaca.

Wasalam,
Su

No comments: