Thursday, October 2, 2014

Sembang-sembang Kosong Je

Assalamualaikum...

Ni nak cita macam-macam dalam 1 entry ni.

Lately, Shafiyah dah pandai nangis-nangis bila saya turun kerja pagi...Anak oh anak... Jumaat lepas start. Sampai baju & tudung saya kena muntah. Nak tukar baju memang tak sempat la...Semua orang kat rumah pujuk, die tak nak. Ditahannya kita pakai tangan dan kaki. Huaaaa...Lambat turun kerja. Itu pun, saya cakap phone bunyi...terus start enjin kereta dan jalan... Sekali saya toleh tengok dia meronta-ronta nangis. Kesiannya anak ummi... Bersabarkan anak... Nasib baik bos tak ada. Walapun bos tak ada, apa pulak kata orang-orang kat office kan. Lepas tu hari Isnin... sama juga...tapi kali tu, dia duduk depan pintu, dia sengaja muntah..habis baju dia. Mak mertua kata pergi je kerja...Nanti dia tolong uruskan. Hari Selasa, dia tidur nyenyak lagi. So, tak ada la tengok dia nangis-nangis. Semalam pulak, kebetulan abahnya ada kat sini sbab ada kursus, kitaorang naik 1 kereta je. Mula la drama lagi. Saya siap-siap pesan kat suami, jangan dekat sangat dengan dia masa dia muntah...risau nanti terkena baju. Dah la baju smart suami limited je kat umah tu. Sekali lagi terpaksa la kitaorang pergi macam tu je. Petang semalam Shafiyah ikut abahnya jemput saya balik kerja. Seronok la budak kecik tu dapat ikut. Tadi pagi drama jugak. Kali ni makan dek pujuk. Senang hati ummi. Walaupun ada jugak angis tapi bila pujuk, dia ok... Sabar k sayang. Ni la dilema ibu bekerjaya. Tak kan la mak ayah anta pergi belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja untuk hulur sikit dengan orang tua. Memang la orang tua tak harapkan balasan tapi, memang dah menjadi tanggungjawab anak untuk pastikan orang tua sentiasa berasa cukup. Tak banyak pun, sikit. Kalau ikutkan, memang nak jadi surirumah sepenuh masa. Tumpukan perhatiakn pada keluarga dan uruskan anak-anak serta tengok anak membesar di depan mata. In Sha Allah suatu hari nanti.

Sekarang memang tak boleh...dengan hutang PTPTN lagi...bantu suami...nak hulur pada ayah...Lagipun sekarang, kos hidup sangat la tinggi. Walaupun gaji saya tak la setara dengan kelulusan tapi saya boleh uruskan wang gaji dengan berhemah. Rezeki Allah, kita tetap bersyukur.

Malas la nak taip panjang-panjang..nanti teremosi plak..huhukkk...

Wasalam :)

Monday, September 29, 2014

Selamat Hari Jadi Ke-61 Pak...

Assalamualaikum...

Lemaunya saya hari ni. Bukan sebab hari Isnin tapi semalam saya tak boleh buat kerja rumah lansung. Syukur suami memahami dan dia tolong buat semua dari sidai baju, kemas rumah sampai la memasak dan hidangkan makanan.

Cadangnya semalam dia nak ke kebun pagi tu tapi, saya cakap jangan pergi kebun la...saya rasa tak sihat...ye la, nanti risau tak ada orang boleh tengok-tengokkan Fia.

Nak kata letih sebab buat persiapan sambut hari jadi apak, tak juga.... Ni memang penangan adik dalam perut la ni... Hehehhh...

Asalnya plan ni tak ada la nak sambut hari jadi apak. Saya nak makan daging ayam kampung je pun... Dah la tamak tak nak seekor... Alang-alang beli dan balik kampung, beli la banyak sikit. Nanti boleh kumpul ramai-ramai makan. Makan kumpul ramai-ramai ni la buat saya tambah plan nak sambut hari jadi apak. Actual date is 18, Sept. Memandangkan tak balik minggu lepas, buat je la minggu ni. Saya yang plan, saya la beli apa yang patut. Buat panggang-panggang sayap ayam dan isi daging, ayam kampung tadi buat pansuh, ada lebih umbut kantan yang saya campur dengan pansuh ayam, saya buat masak sambal belacan. Sedap woooo... Tapi dalam keadaan mengandung ni, saya agak kurang selera makan. Ayam panggang saya lansung tak sentuh pun... Makan ciputtt je dah kenyang.

Tapi kejutan malam tu menjadi la... Semua anak-anak dan cucu apak ada... Masa kitaorang masuk bilik anak buat untuk prepare kek, dia tak boleh agak lagi...Lampu tutup...apak slamba je merokok...huhu... Anak buah lelaki sulung bawa kek..lain2 ikut belakang sambil nyanyi lagu selamat hari jadi termasuk 3 orang anak perempuan apak..kekeke....suami saya ada rakam video. Saya tak tengok pun lagi. Anak pasang banyak kali sebab dia sangat suka lagu selamat hari jadi tapi saya tak tengok...haha... gambar 1 pun tak amik.

Yang penting apak rasa dihargai oleh anak-anak walaupun dia sebenarnya yang sibuk cari ayam kampung, cari buluh, cari pucuk ubi, buat unggun api untuk bakar pansuh n untuk panggang... Saya tau dia buat semua tu demi anak bongsunya yang sedang mengada-ngada mengidam ni. Hihi.. Terima kasih apak. Kalau mak ada mesti mak jeles..Mesti mak sindir-sindir apak..dah tua-tua pun sambut birthday..hihi... Miss u mamak.... Kami adik-beradik pastikan apak diberi perhatian, kebajikan apak terjaga selepak mamak tinggalkan kami. Semoga apak dikurniakan kesihatan berkekalan dan dipanjangkan usia. Tak kan pernah terbalas jasa apak kepada kami adik-beradik. Tapi, kami akan sentiasa buat apak bahagia dan senang. In Sha Allah..

Semalam, saya banyak habiskan masa tidur. Ada rasa teringin nak makan sambal goreng seperti yang mamak buat. Sms kakak ipar mintak buatkan...buat lebih sikit untuk bekal kerja nanti. Tapi, tak ada siapa dapat masak sebiji macam mamak. masa saya tidur, boleh-boleh saya mimpi mintak mak yang masak sambal goreng. Rasa macam real sangat. Rasa macam mak masih ada. Ya Allah... Kami rindu sangat pada mak. Semoga mak dijaga di alam sana. She is the best mother ever. I love you mak... Selalu la hadir dalam mimpi saya k.

Wasalam...

Wednesday, September 24, 2014

Terdiam

Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog kan...sebulan lebih.
Hari ni saje je nak celoteh sikit pasal apa lama tak update. Lepas raya je senyap...
Salah satunya malas...huishhh...malas sungguh nak update...kadang-kadang ade je amik gambar...ingat nak share kat blog...tapi aura kemalasan tu mengatasi segalanya. Suka layankan jugak..tu yang makin menjadi-jadi tu..kan?

Lainnya sibuk la jugak...sibuk dengan kerja...sibuk cari kerja...hehehehhh...Ari tu sibuk buat ulangkaji nak exam Penguasa Kastam W41 tu... Punya la buat persiapan rapi... Pergi kursus nak duduk peperiksaan online.... Lepas tu minggu depannya duduk la exam online tu... Mak ai...senang lagi duduk exam macam biasa tu tau..tak pening cari lokasi sesuai nak exam...tak pening nak carik komputer/laptop... Ni, nak tak nak, pinjam laptop sepupu sebab nak back up laptop suami.. Lepas tu pagi exam tu jugak la cari lokasi nak exam... Nak exam kat cc... cc bukak around 10 pagi...gila..exam pukul 9 pagi tu...kena log in bagai lagi paling lewat 15 minit sebelum. Plan nak exam kat luar sebab kalau exam kat rumah takut ada gangguan dari anak. Tak fokus pulak jadinya. So, gerak la kitaorang suami isteri tanpa hala tuju..hahahhh...kena fikirkan lokasi yang strategik..kena pastikan tempat tu ada eletrik, line internet kuat ke tak...selesa ke tak...

Fikir punya fikir..ingat nak lepak McD...lepas tu, suami cadangkan exam kat airport. Boleh? Library pun kitaorang tak tau prosedur macam mana...daripada buang masa..mari la kita ke airport...sampai airport, check ok tak kalau lepak starbucks...macam tak best...turun bawah...ke McD jugak la sesuai...wahaha...cucuk suis, connect broadband...kol 8 pagi dh bersiap sedia. Bukak link macam diorang bagi kat email. Siap-siap log in bagai... buat ulangkaji sementara tunggu pukul 9 pagi... 15 minit sebelum, sistem macam down je... banyak kali refresh pun tak boleh... Huaaaa...pening la...Dah pukul 9 lebih tak boleh bukak jugak...mula la frust sebab dah ketinggalan dalam 20 minit. 2,2 latop tak boleh bukak.... last-last bukak link pakai smartphone. Boleh pulakkkk! Pakai laptop lansung tak boleh sampai ke sudah. Terus buat....ade soalan dh d jawab tu tanda oren..Oren tu tandanya dh tengok soalan tapi tak jawab. dah jawab & tekan banyak kali pun macam tak boleh...suami kata continue je jawab, tak perlu risau..if masih ada masalah, buat aduan. patu confirm ada ujian ulangan...OK...good idea...suami ai memang bagi motivasi yg mbina...

2 ke 3 hari lepas exam, sepupu suruh tengok result. Check je la...sekali tak lulus...katanya buat aduan kalau nak buat ujian ulangan... OK...submit aduan...lepas tu 2 ke 3 hari lagi ada email datang suruh buat ujian ulangan 10 Sep pukul 8-11 malam..boleh laaa.... tapi kali ni, saya agak tak kelam kabut. Selamba je buat keputusan buat exam kat rumah je... Sekali lagi pinjam laptop sepupu back up laptop suami if anything happen.

Buat exam kedua pun hadapi masalah yang sama... Tapi boleh pakai laptop la...pasal kaler oren tu..ade la 2 jawapan yang kaler oren...ye la..kalau semua jawab, kaler hijau. Redha je la..kalau rezeki kita memang kita punya. 2 ke 3 hari check result lagi lepas kawan office cakap result keluar...Teruk kan..orang yang tak amik exam tau bila result keluar... Sekali check... LULUS!!! yeayyy...Alhamdulillah. Tinggal stage temuduga lagi kena hadap. In Sha Allah, semoga ada rezeki aku kat situ. Amin....

Ha...ni nak cita ai mengandung lagi...yeayyyy...satu lagi berita gembira. Alhamdulillah...Allah memang baik. Semoga kandungan kali ni sihat dan selamat. In Sha Allah... Amin...


Wasalam :)

Tuesday, August 12, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum...

Alhamdulillah raya tahun 2014 ni pertama kali berkumpul dengan semua adik beradik ipar (adik beradik sebelah suami). Tahun-tahun sebelum ni (tempoh 4 tahun yang lepas) ada yang ada balik dan ada yang tak balik. Seronok betul mak n pak mertua anak-anak 13 orang, 3 orang menantu, seorang bakal menantu dan 7 orang cucu semua ada berkumpul dan cuti panjang sikit. 

Sesuai sangat dengan lagu raya ni:

Berlalu lah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa...
tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira...
anak muda di rantauan semua nya pulang ke desa...
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira...

Untuk memeriahkan suasana, saya tak balik kampung sepanjang mereka ada ni. Balik satu hari je raya kedua hari tu bawa keluarga sebelah saya pulak berkumpul beraya di rumah kakak saya. Alhamdulillah kami pun berkumpul juga walaupun tak sama agama.. Sayangnya mamak tak ada bersama kami lagi. Rindu mamak... Hari tu yang ikut kami mak mertua, abang ipar dan anaknya je... Kami bawa 50 cucuk satay ayam, 100 cucuk satay daging n 50 cucuk satay perut daging Satay Kajang Haji Samuri. Habisssss.. ade la tinggal 20 cucuk satay daging lebih. Hidangan pun rare...ada Lokan. Memang syok la... Balik kampung suami malam tu jugak...bawa buah durian...woooo...best besttt...

Raya ketiga sambung bertandang rumah kawan-kawan suami dan saudara mara keluarga sebelah suami. Raya keempat dan kelima saya dah mula kerja balik...sengaja ambil cuti raya 1 hari je sebab nanti mungkin nak pakai cuti pulak kan...Nak bawa anak pergi klinik ke...Nak cuti-cuti rehat ke....Nak cuti emergency ke kan....Tak apa...balik kerja boleh bertandang lagi..hujung minggu pun boleh lagi..Raya kan sebulan...

Sabtu tu ya....saya, suami dan anak je pergi bertandang rumah terbuka kawan suami...lepas tu bawa anak jalan-jalan pulak.

Ahad pulak kami pergi mandi pantai dan makan-makan kat Pantai Pasir Panjang di Jalan Santubong... Lepas tu pergi ke sekitar Santubong untuk jalan-jalan seperti ke Kampung Buntal, Damai Beach dan Kampung Budaya.

Entry kali ni tak bergambar sebab malas nak edit. Hahahhh...boleh macam tu kan... Tah la...sejak akhir-akhir ni, kurang berkesempatan nak update blog. Enrty ni pun seminggu lebih buat baru boleh habiskan dan publish. Oh..nampak tak ketidaksempatan saya kat situ... Tak apa la..yang penting ade benda nak share kan? Banyak sebenarnya benda nak share..Tapi tu la...tak sempat. Alahai....

Ok, tu je la nak di bebel dan cerita...

Terima kasih membaca :)

Wasalam....

Friday, July 18, 2014

Al-Fatihah kepada penumpang MH17

Assalamualaikum...

Allah hu akbar.. sekali lagi negara kita digemparkan tentang berita penerbangan komersial Malaysia Airlines. Subhanallah...bertabahlah kita dengan ketentuan Qada' dan Qadar Allah. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan semangat manghadapi keadaan sebegini. Semoga roh penumpang MH17 dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah...

Pagi tadi masa perjalanan ke pejabat, saya dengar berita ni di radio Hot FM. Sebab tak bukak tv...tak online lagi. Ya Allah... saya menangis! Terkesan sungguh dengan kemalangan yang menimpa saudara kita. Tak terkata apa dah. Namun, MH17 ada jawapannya pada keluarga mangsa. Tapi MH370? masih lagi dalam pencarian. Saya yakin suatu hari nanti kita pasti dapat jawapannya juga. In sha Allah.

Di sini saya sisipkan sedikit info mengenai MH17. Pesawat itu ialah jenis Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur kemudian terhempas selepas ditembak dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. Seramai 280 penumpang dan 15 kru maut.

Hanya Allah yang tahu kebenarannya.

Video:






Gambar: 










Ini pula gambar yang dikatakan Peluru Berpandu yang Menembak MH17,




Allah sebenarnya memberikan kita satu petunjuk. Allah hu akbar!!! Allah hu akbar!!! Allah hu akbar!!!

Wasalam.

Monday, June 30, 2014

Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Assalamualaikum...

Selamat Ramadhan Al-Mubarak tahun yang ke-4 buat diri saya. Hehe...semalam 2,3 kali kira...Alhamdulillah dah tahun ke-4 rupanya...ingatkan tahun ke-3..hihi...tak rasa sungguh.

Ingat lagi tahun pertama berpuasa pada tahun 2011 sangat-sangat la mencabar. Longlai dan kurus kering jadinya. Haha...ye la sebab masa tu kebetulan trimester pertama mengandungkan Shafiyah. Kuat muntah lagi tu... Selera tak ada... Tak silap mengandungkan Shafiyah, tak ada nak mengidam. Tak macam kandungan kedua..macam-macam nak makan... Adam dalam kenangan. Baca Keguguran Kandungan ~ Pasti Ada Hikmahnya... In Sha Allah Amin...

Dua minggu sebelum raya saya dimurahkan rezeki mendapat kerja di tempat kerja sekarang. Alhamdulillah. Malam pertama duduk rumah sewa saya menangis. Sedih sangat sebab saya tak pernah duduk mana2 keseorangan tanpa siapa-siapa di sisi. Suami tak dapat nak temankan sebab esoknya hari bekerja. Petangnya kena patah balik ke rumah sewa uruskan mana yang belum selesai. Masa tu sayu sungguh hati sebab tengah mengandung. Ya Allah...jika dikenang masa tu sedih sangat. Sebelum tu sempat la tarawih di kampung saya.. Masa duduk di rumah sewa, tarawih di Masjid depan tu je. Seronok juga duduk di rumah sewa sebab setiap hari dapat dengar bacaan ayat suci Al-Quran. Rasa tenang dan selamat. Shafiyah pun macam seronok je dalam perut. Sekarang Alhamdulillah...Shafiyah petah mengaji. Dia ingat baca Iqra'. Saya sendiri semasa mengajar Shafiyah mengaji pun turut sama belajar.

Tahun kedua pula saya berpuasa dengan keluarga mertua sebab dah tak duduk rumah sewa lagi. Sempat solat tarawih di kampung suami dan kampung saya sendiri. Tahun kedua tu puasa saya rasanya penuh la..Walahualam...

Tahun ketiga, tahun lepas...sama juga berpuasa di rumah mertua. Kali ni tiada kesempatan solat tarawih di kampung saya...suami pun rasanya hujung-hujung salah 1 malam 5 malam terakhir je pergi. Malam yang lainnya di kampung suami.

Ha ni nak cerita pengalaman saya berpuasa tahun ke-4. Ayoooo....saya kena bahan dengan suami la pulak...sabor je lahhh.... Saya pun tak tau kenapa saya lemau sangat. Sebelah pagi sampai tengah hari bukan main kemas bilik. Bukan kemas-kemas macam tu je ok... Semua ada dalam bilik tu bawak keluar habis-habis. Lap-lap...cuci kipas...Vakum...sapu..mop...sapu...mop..sapu...sapu...sapu... Mampu??? Saya mampu....haha... Suami pun turut membantu...Siap pukul 2 petang... Lepas tu mandi... Dari pagi tak mandi ok... Alang-alang nak kemas kan... Suami pulak siap-siap bagi anak tidur masa tu... Dia sekali tidur... Saya pun nak join tidur tapi tak boleh... Panas sangat cuaca... Gerak suami ajak beli ikan kat pasar. Shafiyah macam tau-tau je... Bangun jugak ikut sekali... Ha...masa tu la saya rasa saya dah tak stabil. Rasa pening la...nak muntah la...nak pitam la... Ya Allah... hari pertama berpuasa sangat mencabar. Balik dari pasar ok balik...siap masak ikan singgang. Balik tarawih request air 100 Plus dengan suami..haha...lagi-lagi kena bahan... Hari ni setakat sekarang ni ok je ni.. Harap-harap bertahan..sampai la sebulan. In Sha Allah....


Selamat berpuasa...

Wasalam...


Monday, June 23, 2014

Topik Hot Chat Hot FM: Bertemu Jodoh dan Lagu

Assalamualaikum...

Hehehe...Actually pagi tadi saya terlajak tidur...adoi la...kelam kabut siap-siap pergi kerja. Masa pasang tudung suami teks bagitau dah sampai sekolah. Isterinya pulak tengah berkungfu sebab dah lambat nak pergi kerja. Kalau dia tau, masak laaa kena kutuk.

Tapi, pagi Isnin yang blues ni agak ceria sikit bila dengar perbincangan Hot Chat Hot FM AM Krew hari ni, Di mana anda bertemu jodoh anda? Apa lagu masa tu? weweeeeee.... Terkenang la masa lalu.

Saya bertemu jodoh saya di sekolah. Tetttt....

Tahun 2005/2006, Saya seorang pelajar tingkatan 6  dan suami seorang ustaz di sekolah berkenaan. Lagu pada masa tu lagu Anuar Zain, Lelaki ini... Alhamdulillah tahun 2010 kami berkahwin.

Tetttt.... Sekian terima kasih..hahaha...jom hayati lirik lagu Lelaki Ini.

Lelaki Ini - Anuar Zain

Lirik/Tajuk Lagu: Lelaki Ini
Penyanyi/Artis: Anuar Zain

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

sumber: http://lirik-lagu-melayu.blogspot.com/2007/09/lelaki-ini-anuar-zain.html


Terima kasih sebab membaca.

Wasalam :)


Friday, June 13, 2014

Sabah: Day 3 (Last)

Assalamualaikum....

Entry penutupan untuk trip ke Sabah 3 hari. Hari ni sangat free and easy. Tak nak plan pergi banyak tempat sebab Shafiyah kecil lagi. Dia mesti kena santai-santai... Shafiyah tak boleh penat-penat sebab nanti badan sakit-sakit. Haha...anak saya tu memanggg agak mengada ok. Anak abah tu.. Ummi die kan garang bak rimau... Heyyy..harus la..ummi kan lahir tahun harimau... (eh..eh...anak kita lagi garang tauuu...die tahun Naga...berani??). Hehe...lagi pagi ni keluar sarapan agak lambat. Haha...biasa la... Nasib aii memang kurang baik...kali ni terkena nasi lemak sambal die masin nak mammm... Customer sebelah yang amik nasi lemak tu lagi la..sikit je jamah...saya ok lagi boleh habiskan. Rezeki tak elok bazir. Ni Allah bagi. Ok, forget it... rumusannya saya tak jumpa makanan yang betul-betul menarik selera. Lain kali saya usaha carik sampai dapat.

Lepas sarapan kitaorang nak carik sikit barang nak bawak balik sebagai buah tangan. So, pergi la ke Pasar Filipin. Saya suruh suami dulu carik barang dia, saya jaga Shafiyah dalam kereta sebab nak bagi dia rehat sikit. Lepas tu giliran saya pulak. Tapi..sedih la jugak sebab suami bukan main lama cari barang dia, Shafiyah elok je main. Sikit pun tak meragam. Tapi, bila giliran saya pulak..baru je sentuh gelang mutiara, suami dah call cakap Shafiyah meragam... Hua...nak nangesss... Terpaksa la pilih dan bayar cepat-cepat.



Kat sini saya beli keropok amplang dan kuih cincin banyak la jugak. Tapi tak boleh beli banyak sangat sebab kitaorang cuma hand carry je..tak beli untuk kargo.


Kat sini la saya beli keychain, gelang mutiara dan cincin mutiara tu. Tengok tu ada mesin-mesin jahit depan kedai tu. Ni la kali pertama saya tengok. Upahnya murah je kot. Tak pulak tanya.

Untuk hiburkan hati Shafiyah, kitaorang bawak dia jalan-jalan dulu kat Tanjung Aru.







Puas jalan-jalan habiskan minyak kereta, kitaorang balik hotel nak siap-siap check out pulak. Nanti petang pukul 3 lebih flight kitaorang balik Kuching.


Budak kecik ni jalan-jalan memang favourite dia tapi kaki dia sangat la manja. Nanti tunggu besar sikit kita jalan lagi ok..

Lepas check out, kawan kepada kawan suami datang ambil kereta...wah, dia volunteer anta pergi airport la. Banyak jimat dah kat situ. Orang Sabah memang baik-baik. Suka lah..




Sukanya posing-posing ye...nanti confirm tertidur dalam kapal sebab tak tidur dari pagi.

Masa naik kapal nak balik, bukan kemain lagi budak ni terkinja-kinja tak nak duduk diam...
Last-last terbongkang...


Siannya Shafiyah letih. Anak dah tidur macam ni, rasa aman sikit. Kalau tak, tak terkawal dengan karenahnya. Perut lapar sangat sebab tak makan tengah hari, makan nasi ayam je dulu buat alas perut. Nanti sampai Kuching makan lagi ngan Shafiyah.




Short trip kami ni walaupun banyak free and easy, kami tetap rasa puas hati sebab tengok anak seronok je jalan-jalan. Alhamdulillah. Nanti pergi jenjalan lagi.

Terima kasih membaca :)

Wasalam

Baca:



Sabah: Day 2

Assalamualaikum....

Hari kedua kitaorang bangun lambat sikit... Nama pun nak pergi rehat-rehatkan minda kan... Lepas mandi semua kitaorang pergi sarapan kat McD.. huhu... Sebab Shafiyah nak makan bubur ayam McD je..mengada sungguh... baik lah tuan puteri... Hari tu pulak tepat hari ibu...11 Mei 2014..wahhhh...macam best je..macam aura keibuan tu naik je.. Tengok la wajah berseri-seri aii...


Gitu...

Lepas sarapan kitaorang balik bilik hotel lagi. Pagi ni free and easy macam tu la... Lepas tu tengah hari kawan suami hantar kereta untuk pakai jalan-jalan jauh sikit pulak.. Plan nak pergi Kundasang dan Ranau je. Sampai je kereta, kitaorang gerak. Suami dah pernah pergi Sabah... jadi tak ada masalah sebab dia tau selok belok jalan kat situ. 

Masa pergi tu hoehhh..pengsan la sebab jalan bengkang bengkok..naik bukit...kereta tempatan laju-laju... Tapi diorang cekap tau...Tu yang saya respect dengan diorang ni..tak ada nak samseng jalanan. Sampai satu kawasan cun, kitaorang amik gambar belatar belakangkan Gunung Kinabalu.. Yeayyyy


Indahnya ciptaanMU Ya Allah. Air-air terjun macam best je. Ada rezeki nanti nak lagi datang sini. Sebelum sampai tempat ni, Shafiyah muntah..werkkkk...dia ok la sebab ade bawak baju lebih... Ummi dia ni terpaksa la berkasamkan baju bau muntah... Demimu anak..ummi rela. Yang syoknya abah Shafiyah tolong lapkan..Hahahhhh...Lomentik tau...

Lepas tu kitaorang gerak lagi sampai la Kundasang... Kat Kundasang saya tak amik gambar sebab tak selesa..lupa..haha... Kitaorang makan kat KFC sebab takut Shafiyah lapar. Lepas tu jalan-jalan sekitar Kundasang. Puas round-round Kundasang..teruskan perjalanan ke Ranau pulak sebab suami nak makan sup Tulang Kerbau. Dalam perjalanan kitaorang singgah dulu kat Kinabalu Park sekejap.


Dah tu direct ke Ranau. Jumpa je kedai makan tu terus order. Sayangnya sup tu tinggal 1 je. Bagi suami je la makan. Saya pesan tomyam..tomyam tak ada...Minum je la jawabnya sebab kenyang lagi makan KFC. Tak apa la...makan Sup Tulang Kerbau yang suami pesan sikit. Sedap la sebab tak pernah tengok orang buat sup macam tu.. Menarik...


Lepas makan.. Kitorang patah balik ke Kota Kinabalu. Sebab taknak balik malam..Ye la risau la sebab kita tak biasa tempat orang....tambah lagi jalannya kali ni menurun pulak. berusaha la kitaorang balik cepat. Dalam perjalanan balik pulak kitaorang singgah di Kinabalu Pain Resorts pulak. 


Alhamdulillah kami selamat sampai.. Macam tak rasa pulak...Eh...cepatnya sampai dah... Hehe..biasa la tu kan... Pergi suatu tempat tu jauhnya rasa..bila balik..kejap je dah sampai.

Malamnya pulak suami bawa makan kat tebingan (tak ingat tempat) untuk makan sea food. mak datok mahal nak mammmm... Mahal kalau sedap tak pe..ni rasa pun tak masuk tekak. Nasi pulak lembik..adoyaiii...sayang tau bayar mahal-mahal tapi servis kurang memuaskan. Tak apa la..rezeki diaorang. Bukan apa...saya frust sangat sebab dengar member-menber kata seafood kat Sabah murah-murah...Sekali saya terkena macam ni kesal la... Bak kata suami.kalau order seafood kat Kundasang sana logik la mahal macam tu..ni makan tepi laut je kot... adoi la...bisa my head. Ikan 3 rasa 1 ekor kecil, 2 ekor sotong saiz sederhana dried chilli dan 1 pinggan nasi RM42.00. Hoho..menangis keluarkan duit...oleh kerana bayar mahal-mahal...ikan yang tak habis tapau bawa balik hotel. Nasi lembik...Sotong dried chilli dimasaknya sotong sambal. Sedih!

Anak pula meragam...cepat-cepat balik hotel. Niat nak beli buah tangan batal. Esoknya je cari sebelum balik.


Terima kasih membaca...

Wasalam.


Baca:

Sabah: Day 1

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Lamanya tuan blog tak update blog ye? Tak tau la...bukannya tak ade benda nak share pun...ade je..tapi macam malas lebih menguasai...malas nak menaip...malas nak cari idea..malas nak pilih gambar...malas nak transfer gambar...malas nak edit gambar...hahahhh...malas betul kan..berblog nak...kui3x..harap sifat malas tu jangan la dimanjakan sangat...

Entry ni pun rasanya dah basi dah nak cerita...dah sebulan berlalu kot... Rasanya banyak perkara dah lupa dah..hehe...nanti tengok-tengok balik gambar masa pergi sana, boleh ingat-ingat balik la tu...Tapi kalau tak ingat jugak tu apa la daya saya kan...

OK..

Trip pergi Sabah ni sebenarnya untuk relaxkan minda je. 10 Mei sampai 12 Mei 2014. Pergi pun macam banyak kelam kabut... Ye la saje nak bawak permata hati kitaorang tu jalan-jalan. Nak tengok umur Shafiyah sekarang ok ke tidak bawak jalan jauh-jauh. So far ok tapi penat la bawak umur anak macam ni sebab umur sekarang kehendak dia banyak kena kita ambil kira. Tak boleh tak...sebabnya nanti dia akan buat perangai. Jadi...buat percutian kitaorang 3 beranak kali ni santai-santai je...buat macam kat tempat sendiri.

          

Ni masa tunggu kapal kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching nak ke Sabah. Time ni best... Shafiyah langgar pintu cermin... Maluuuu... UUUUuuuuUUuuu... Nanges... Ummi tukang gelak sambil pujuk. Abahnya pulak pergi tandas masa kejadian.. Haha..tu la nakal sangat. Tengok la kasut dia pun sana sini bersepah. Lepas tu tak reti duduk diam. Friendly pulak tu... mana budak-budak baya dia semua dia dekat... Pastu mana yang baya nenek die, die panggil nenek... Mana baya remaja ngan umminya dia pergi dekat tegur-tegur.... haha... 

Kat sana, kawan kampung abah Fia datang jemput. Dia TLDM kat Sabah. Dah kawen dah...anak pun dah 3. Diaorang bawa kami solat dulu kat Masjid (lupa nama...akibat lama sangat tangguh update blog). Lepas tu pergi makan.

Ha..tu la diorang... Nama kawan abah Fia Mikel..isterinya Kak Wani. Isteri dia ni orang Perak. Anak-anak diorang dalam kereta dah...2 Perempuan dan seorang lelaki. Semua comel. Terima kasih Kak Wani dan suami.

Lepas tu diorang hantar kitaorang balik hotel. Malamnya pula kitaorang pergi jalan-jalan sekitar hotel tu je. Kawasan Kampung Air. Pasar Filipin semua. 



Tak lama sebab Shafiyah meragam... huhu.. Konon sakit kaki la.. Yak yak la... Bila balik hotel, tak ade pun yak yak... Lompat-lompat katil ade la... Main telefon hotel. Tengok la perangai budak kecik ni... Rasa nak gigit je.

nyampah aii

mengada tau...


Ok la..jumpa next entry k...


Terima kasih membaca...

Wasalam.


Baca:

Thursday, May 22, 2014

DIY : Ais Krim Oreo

Assalamualaikum....

Wah wah...tajuk entry kali ni macam poyo je kan... Do It Yourself la kononnnn... Memang la... sendiri buat...wahaha...

Lately kawan office saya ade tegur, cakap saya sejak akhir-akhir ni banyak makan. Bukan makan nasi 2,3 pinggan dalam satu-satu masa tapi makan macam kuih-kuih macam tu... Contohnya baru lepas sarapan bihun dalam pukul 8 pagi macam tu... Lepas tu setengah jam makan pulak kuih seri muka... Nanti pukul 10 pagi cari lagi makanan lain macam biskut ke macam tu... For sure la tengah hari makan lagi kan... Lepas tu dalam pukul 3-4 petang makan buah pulak..waffle la..kek la... Pastu malam makan malam lagi...lepas makan malam takde nak cari makanan lagi dah...

Haha...macam tu la...ni tengah up entry pun sebelah ni ade Milo panas dan Biskut Chips More


Hoihhhh bukan pagi tadi sebelum turun kerja dah jamah nasi ke??? ...erkkk... makan nasi pagi-pagi? Ye..sebab mak mertua goreng ikan kembung... Naik la selera... Kaut nasi panas, letak ikan kembung goreng atas pinggan lepas tu tuang kicap masin.. Layan woooo... Sedar-sedar dah lambat turun kerja... Masa pergi kerja tadi pulak..konon-konon drift bawak kereta...sikittttt lagi nak cium bontot keta orang... Break kaw2 sampai polis yang jaga round about pun tengok... Tengok je pun... Tak ade fungsi die kat situ... Jammed jugak round about tu... Jangan tak turun padang penuhkan rekod je...

Eh...tadi cerita pasal ais krim yang dok canang do it yourselfnya mana?

Ehehee...ni pasal makan la ni tadi...erkkk...

Ye la...bukan kawan office je perasan yang saya ni banyak makan.. Saya sendiri pun perasan tapi diamkan je pun... Hihi... Selera nak ada..biar la...

Hujung minggu lepas kitaorang anak beranak balik ka rumah kitaorang sendiri kat kampung saya Lundu sana. Hari Sabtu tu kebetulan kakak ipar pergi kedai.. Kirim la ais krim... Lepas tu kirim biskut Oreo sekali... Hehehehe.. yang Do It Yourself nya tadi, Ais Krim tu kaut dalam mangkuk.. Lepas tu, biskut Oreo asingkan intinya dan pecah-pecahkan biskut tu masuk dalam ais krim.. Lepastu gaul... Lepas tu siap untuk dihidang... Haha... Enaknyaaaa.... DIY la sangat! DIY Instant kalau gitu kan... Arghhh...tak sempat nak feeling-feeling chef nak buat ais krim sendiri.. ais krim tu dh hujung-hujung tekak je rasanya... So, buat yang instant je la.. Sonang kejo den...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ANNOUNCEMENT!!! PAY YOUR ATTENTION PLEASE...

Especially to Ice Cream Lovers in KL, Penang & Sabah... You all should see this Masterchef in action!

This is Dato' Chef Fazley's Workshop!!!

Join Dato' Chef Fazley workshop where you can learn interesting and easy ways to prepare ice cream desserts while learning some new techniques! A goodie bags worth RM80 awaits you!

Get a discount when you register in a group of two (2) or more with an entry fee of RM20 per person only. If you fail to register before the closing date, fret not. You can register as a walk-in participant with an entry fee of RM30 per person. So hurry register now!!! You can go truth the web side to register and looking for more information to this link. Good luck!

Terima kasih membaca...Wasalam :)

Tuesday, May 20, 2014

Rindu

Assalamualaikum...

Hihi...rindu-rinduan pulak ye.... Sebulan ni saya agak busy dengan kerja... Baru nak update blog, datang pulak kerja... Baru feeling-feeling nak up cerita kitaorang bercuti kat Sabah hari tu, mula la tuntutan kerja memanggil-manggil... Harapnya nanti tak lupa la apa nak cerita... Macam banyak yang lupa je ni.. Cane?

Pastu kan... Minggu lepas hari Khamis saya dah siap-siap pindahkan gambar-gambar dari handphone ke pc nak guna update blog la...pastu plan nak up hari Jumaat... datang je office, on pc... Pc pulak problem...tak boleh on! Haha...sabor je la... Call pihak maintenance... Dia suspect hard disc rosak.. Habis-habis... banyak kot 'barang-barang' aku dalam tu! 'Barang-barang kerja' bagai semua... Gila kalau hard disc rosak... Pastu saya siap pesan kat orang yang repair pc saya tu supaya hantar hari Isnin awal-awal pagi...dia kata OK.


Semalam dia sampai dalam tengah hari macam tu... Alhamdulillah...yang rosak CD Rom je... Kui kui kui... RM90 melayang duit company...

Hari ni pulak tak sempat nak update pasal percutian tu... Sempat update pasal rindu je dulu. Rindu nak update blog la... OK, In Sha Allah ada kesempatan esok-esok saya free saya update blog pasal pergi Sabah 3 episod sampai abis... Daaaa...

Terima kasih membaca... Wasalam... :)


Friday, April 25, 2014

Keluarga Su: Ulang Tahun Kelahiran Suami Ke-33, 24 April 2014 persamaan 24 Jamadilakhir 1435H

Assalamualaikum....

Hari ni saya nak update entry pasal semalam la... Ingatkan nak surprisekan suami..skali die yang surprisekan kita...Adoyaii...semua jadi kelam kabut.

Asalnya plan nak celebrate birthday suami malam ni, Jumaat memandangkan Rabu lepas dia tak balik... Katanya alang-alang nak balik sebab Isnin ari tu sekolah dia mengajar cuti Easter Monday. Disebabkan itu la aku dengan adik ipar aku yang kerja kat kedai kek plan nak celebrate malam Jumaat.

Pagi semalam sebelum turun kerja ade je saya n Shafiyah call, konon nak wish birthday la... And saya mengadu manja-manja kata Shafiyah nangis halang saya pergi kerja... Suami pujuk Shafiyah..tak ada pun hint cakap nak balik lepas kelas...

Lagi, dalam pukul 11 pagi macam tu suami call saya kat office pulak... Surprise pertama dia bagi di hari jadinya... Dia kata nak beli tiket penerbangan ke Sabah untuk kami 3 beranak dan ayah saya sekali pun pergi 10-13 Mei ni nanti!!! Horeyyy.... Best3x....

Pastu lagi dia call saya dalam pukul 4.30 petang... Dia konon-konon tanya, hari tu saya ade pesan ape kat dia... ubat gigi ke berus gigi... Aih...bila masa pulak ada kirim pape kan.. Pastu saya dah dapat tangkap..ni mesti ada balik sini ni... Awal-awal tak mengaku... Katanya pergi jalan-jalan je... Pastu saya tanya lagi...baru la mengaku dia ada kat Boulevard tengah beli barang dan dah nak balik jumpa Shafiyah sebab malamnya nak bawa Shafiyah pergi makan KFC... Oemgi.... Haha..kalut sekejap..ye la..suami selalu cakap saya ni mudah nak gelabah...Kikiki....gelabah tu elok untuk asah minda tau...dia tak tau...gelabah tu la selalu buat saya boleh mencetuskan banyak idea yang berkualiti. Huhu...

Cepat-cepat saya call adik ipar... Berubah la plan... Kek 2 biji jadi 1 biji... Pastu plan nak celebrate kat rumah jadi kat luar...

Dah la balik kerja semalam jalan jam nak mampui... Sampai rumah 7 petang lebih... Tengok suami dan Shafiyah dah siap...huhu... Cepat-cepat mandi... Ingatkan suami jemput keluarga dia sekali pergi...rupanya tak...Cakap nak beli susu untuk Shafiyah je..memang tu la pun tujuan dia nak keluar...Pasal kek tu saya punya plan la ngan adik ipar... lagi best adik ipar sponsor kek...Red Velvet... Pastu tak jadi makan di KFC...kami makan kat Pizza Hut... Weeee....

Amboi...kemain peace


Semangat..suka la tu dapat Kek Red Velvet

Nak tau tak...semua kat Pizza Hut ingat kita sambut Birthday Shafiyah tau...diorang nyanyi sekali..~~~selamat hari jadi adik comel~~~

Amboiii...atas kek tu selamat ulang tahun ke-33..bukan ke-3...hahahaha...layankan je la...


Gambar sorang-sorang boleh full screen...


Selamat ulang tahun klahiran ke-33 abang...Supian Bin Mat. Semoga abang dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan sepanjang masa, dilindungi Allah SWT, dipermudahkan segala urusan abang, bahagia disamping sayang, Shafiyah, bakal adik-adik Shafiyah nanti serta keluarga besar kita, menjadi anak, suami, abah, guru, sahabat yang bertanggungjawab serta penuh dengan sifat kasih sayang dan utama sekali taat pada Allah dan mak bapak..... I love you till Jannah...Amin Ya Rabbal Alamin...


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Hidangan Pizza Hut yang kami makan malam tadi... Taste of Italy...ummmm mama miaaaa....

Kami pilih Combo Signature Course RM34.90

Gambar atas tu ha... Cukup la..semalam tak amik gambar sebab dah excited nak makan...

Ni hanya untuk hidangan malam je kalau tak silap la... sebab melalui kupon ni hanya valid utk makan malam..ye la kot sebab lama tak jejak Pizza Hut.. Menu kami pesan:
1 Taste of Italy Pizza (Tuscan beef pizza) - Pizza leperrr je segi empat tepat..nipis...
1 Taste of Italy Pasta (Pesto Chicken Spaghetti) - Pedas weyh...sebab d tabur cili kering....hoahhh...
1 Italiano Bruschetta..ha..yg ni roti la...edap..tak tau nak explain apa...cuba la sendiri...
2 Glasses Pepsi... Ni saya 1, Shafiyah n suami biasa la share-share..nyampahhh...

Dah bayar...dapat la kupon seperti di atas...tu muka surat belakang...depan nya camni...

Dalam kupon ni, set seperti yang kitaorang pesan semalam boleh didapati dengan harga RM24.90 tanpa spaghetti la ye. 

Jom Pizza Hut... :)

Selamat membaca...Wasalam


Thursday, April 24, 2014

Tips: Penjagaan dan Penggunaan Bateri Smartphone Android

Assalamualaikum...

Alahai...lamanya tak update entry ye...

Hari ni, saya nak share pasal penjagaan dan pengunaan bateri Samsung Galaxy Note 3 saya ni ha... Lagi-lagi masalah ye... hari tu gambar hilang... Tapi hari tu tangan sendiri yang gatal!!! Huhukkk...

Macam  ni kisahnya... Semalam la...lepas reboot handphone, macam-macam masalah timbul. Pertama, ikon bateri dari warna hijau jadi warna putih...Tak best! Pastu bateri nape macam nak cepat habis je... Ye la..semalam sebelum tdo, bateri ade la dalam 23% lagi... Pastu pagi tadi, nape handphone ni tak bunyikan alarm ye...sempat bermonolog lagi kan? Nasib baik saya ada 2 handphone... 2,2 saya setkan alarm...handphone Nokia bunyi...handphone Samsung tak...apesal?? Skali check, blank... Confirm abis bateri ni... Caj... Pastu fikir-fikir... Apesal lepas reboot semalam handphone ni macam nak kena penampar buaya je kan... nanti sampai office search la...

Ha...lepas saya godek-godek Mr. Google, baru la saya dapat jawapan.

Jeng jeng jeng....

Pertama...jawapan kenapa ikon bateri dari hijau jadi putih...


Jawapan ni saya dapat dari blog http://android-dan-saya.blogspot.com

OK..settle...takde pape even saya tak suka...terima la seadanya. Redha....

Pastu...pasal mudah sangat nak abis bateri... ha yang ni, korang klik http://norfanil.com dan http://rossacalla.blogspot.com untuk baca maklumat lanjut. Pepandai korang la nak baca ke tak... Yang penting, saya dah berjaya buat handphone saya tiada lagi masalah bateri cepat habis. Hehe...

Selamat membaca... Wasalam... :)

Thursday, April 17, 2014

Orang Ke-3 Dalam Rumah Tangga

Assalamualaikum.....

ihsan google


Orang ke-3??? Pergi main jauh-jauh. Tak payah la nak ganggu hubungan orang lain, terutama sekali yang sudah berumah tangga. Dosa tau tak??? Memang tak dinafikan alam rumah tangga tidak pernah sunyi daripada pertelingkahan tetapi awas! Jangan sampai berlarutan hingga mengundang orang ketiga. Orang ketiga? Seharusnya mereka dinyahkan jauh daripada lipatan hidup suami mahupun isteri. Jika dahulu, curang sering dituding kepada suami, tetapi sekarang isteri pun sudah berani main kayu tiga. Baru sedikit diduga, sudah berminat mencari ‘yang baru’. Sebelum melakukannya, timbang-timbanglah dengan baik agar rumah tangga kekal bahagia selama-lamanya.

Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mungkin daripada kalangan ahli keluarga sendiri, membabitkan campur tangan ibu bapa, mentua, adik beradik atau orang luar adalah sebahagian faktor penyebab keruntuhan rumah tangga. Jadi, sekiranya ada sebarang masalah, selesaikan masalah tersebut antara suami isteri sahaja tanpa ada campur tangan orang ke-3 ni.

Jangan sesekali meluahkan masalah kepada teman lawan jantina...kadang-kadang yang sama jantina apa kurangnya...nanti tak pasal-pasal dia ambil kesempatan... Oh..aniaya dibuatnya.

Sebagai suami atau isteri, jaga la batas pergaulan. Sebaik-baiknya elakkan mempunyai teman baik lain jantina kerana ia boleh mengundang banyak keburukan misalnya fitnah. Tak pasal-pasal bila orang lain buat fitnah...sampai ke telinga suami atau isteri, tak ke jadi cemburu..pastu perang besar... kita tak salah tapi bila dah jadi buah mulut orang, payah jugak...kan...

Oleh demikian, kenalkan la kawan-kawan kita kepada pasangan kita. Macam tu jugak sebaliknya supaya tak ada berlaku syak wasangka yang boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

Lagi satu, jangan sekali-kali khianati pasangan kita dengan menggunakan laman web sosial untuk menjalinkan hubungan sesuka hati. Jangan carik pasal. Ingat status kita dan ingatkan diri kita selalu la ye... Sebabnya ramaiiii orang kat luar sana ambil kesempatan jika kita gagal mengawal perasaan serta pendirian.

Rasanya banyak lagi faktor yang boleh mengundang orang ke-3 ni dalam rumah tangga. Sebagai insan yang berakal, jauhi la apa jua yang boleh mengundang kegoyahan rumah tangga kita. Ingat masa depan, Ingat Allah, ingat anak... In sha Allah kita bebas dari kancah runtuhnya kebahagian. Amin...


Selamat membaca...Wasalam..

Tuesday, April 15, 2014

Fesyen: Cuba Tudung Bawal Gaya Mawar Fizo Omar

Assalamualaikum...

Minggu ni ramai pakat-pakat rajin iron tudung bawal eyh... Tau dah... Semua pakat nak up gaya tudung bawal harga RM5, RM8, RM10 tu semua nampak macam harga RM100++ kan? Ni semua adik Selena Bella (fb) dalam blog dia Tudung bawal gaya mawar fizo omar la punya pasal ni. Haha...

Anyway, benda simple macam ni pun kita tak boleh terfikir kan? Tengok la blog adik tu sebab die tunjuk langkah-langkahnya. Saya pulak....


Amacam??? Boleh la.... Kawan office plak geram tgok..nak jugak cuba... cuba la ye...jangan tak cuba... Material pasti semua ada... Yang penting.. Biar murah asal bergaya... Jangan mahal tapi tak penuhi syariat. Islam tu kan mudah. Jaga la dan jangan cemarkan. K la...

Jom try gaya ni jom...

Selamat membaca....Wasalam..

Thursday, April 10, 2014

Kecewa Dengan Diri Sendiri

Assalamualaikum...

Huhu... Kecewa sangat! Kenapa la tangan saya gatal sangat nak delete gambar???!!! Sudahnya call suami, mengadu kat dia yang saya terdelete semua gambar dalam album dalam note. Yang tinggal gambar-gambar bluetooth, download, video bagai semua... Gambar-gambar yang aku capture sendiri, video-video Shafiyah mengaji, main, Shafiyah kecik-kecik semua terdelete!!! Benci... potong tangan sendiri baru tau! Suami pulak tak tau nak buat ape la... Sedih!!! Nangis sendiri.... Geram kat diri sendiri.... Gara-gara nak delete 1 gambar terdelete semua!!! Benci laaaaaa.... Gambar-gambar aku xpe la... Gambar-gambar Shafiyah dan video-video die semua aku rasa value die sangat besar... Tak ternilai... Stok-stok gambar untuk blog pun musnah.. Tu semua tak apa...boleh buat balik... Nak gambar Shafiyah n video Shafiyah!!!!


Kesalnya hati sebab note xde sistem restore atau dustbin. Benci lah... Nasib baik note ni pemberian orang... kalau sendiri beli alamatnya dah campak. Benci lahhhhhhhh....

Selamat membaca luahan hati... Wasalam...

Tuesday, April 8, 2014

Shafiyah Demam... Alahai Anak Ummi Abah

Assalamualaikum...

Hari ni lambat...pukul 8.30am sampai office... Malam tadi Shafiyah demam tiba-tiba demam panas...Saya lap-lap badan sebelum tidur. Dia 2 kali muntah..mula-mula sebelum tidur...habis nasi dimakan makan malam dimuntahkan. Lepas tu dinihari tadi pukul 4am dia kejutkan saya...Ya allah..panasnya badan..saya lap-lapkan badannya lagi...bagi susu...lepas tu muntah lagi...kali ni muntah susu je.. Panasnya cecair muntah dia...Panas sangat dalam badan dia. Tapi dia sejuk...Normal tu...

Pagi tadi saya tak bagi dia baju..pakai lampin je. Lepas tu ketiaknya letak kain basah. Saya tak henti-henti lap badannya. Suhu badannya pukul 4.30am tadi 38.4'c...pukul 6.25am turun sikit 37.5'c...Sayu hati bila saya siap-siap nak pergi kerja..saya bagitahu dia seperti biasa yang saya nak pergi kerja dah..dia merengek-rengek dan tarik-tarik badan saya.. Dia peluk saya supaya saya tak pergi kerja. Dia nak saya di sebelahnya... Saya terpaksa akur...masa tu la saya berkira-kira nak bawa je dia pergi kerja..tapi, risau rakan-rakan office tak selesa bila dia meragam... Nak tak nak, saya terpaksa pergi kerja diam-diam bila dia sudah lena.

Teringat masa cuti keguguran minggu ke-2 hari tu... Kami 3 beranak balik rumah sendiri sebab abah Fia habis cuti... Masa tu la Shafiyah demam panas... Dia langsung tak nak jauh... Nak peluk je.. Nak tidur di pangkuan kita je... Itu la yang saya bayangkan sekarang.. Mesti Shafiyah nak ummi n abah dekat. Ya Allah..sembuhkan lah anak kecil itu dari demam panasnya Ya Allah....

Balik petang nanti saya nak bawa Shafiyah ke klinik kalau demam panasnya tak kebah lagi.

Doa Demam Panas

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”
(sahih al-Bukhari, no. 3023)
Dalam dunia perubatan, salah satu cara untuk mengurangi rasa panas badan adalah dengan meletakkan air @ ais di bahagian dahi @ kepala. Sehingga suhu tubuh yang belebihan boleh berkurang dan kembali pada keadaan yang normal.
Hadith lain berkaitan dengan deman atau penyakit, antaranya ialah;
“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”.
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).
“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”.
(HR. Muslim no. 2575).
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.
(HR. Bukhari no. 5641).
“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”.
(HR. Muslim no. 2573).
“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”.
(HR. Muslim no. 2572).
Walaupun demikan, seorang mukmin mestilah berikhtiar untuk mengubatinya. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya”.
(HR. Bukhari no. 5678).
Tapi haruslah di teliti cara perubatan @ ikhtiar yng digunakan dan janganlah sesekali menggunakan sesuatu yang haram atau bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan dalam Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah dan janganlah berubat dengan yang haram”.
(HR. Ad Daulabi dalam al-Kuna, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadith ash- Shohihah no. 1633).
“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kalian pada apa-apa yang haram”.
(HR. Abu Ya’la dan Ibnu Hibban no. 1397. Dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 1172).
Disebalik derita atau sakit pasti terdapat hikmah disebaliknya. Antaranya ia dapat menyedarkan manusia yang sedang lalai dengan nikmat sihat yang diperolehinya yang mungkin jarang sekali disyukuri nikmat yang diperolehinya itu. Ini kerana jika Allah menguji seseorang hambaNya barulah ia merasa dirinya kerdil, lemah, serba kekurangan, hina dan teringat akan dosa-dosa yang telah dilakukannya sehinggalah ia kembali kepada Allah S.W.T. dan memohon ampunan dariNya.
Sesungguhnya, sakit atau musibah merupakan pintu kesedaran seorang hamba bahawa ia memerlukan Allah S.W.T. Tidak sedetik pun ia tidak memerlukanNya dan perlu selalu bergantung kepadaNya. Marilah sama-sama istighfar di atas apa yang telah dilakukan sepanjang nyawa dikandung badan. Moga-moga setiap amalan yang kita dilakukan diterima olah Allah S.W.T.
Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani..
(dipetik dari : cahayapurnama.com)

Petua Demam Panas & Sawan Tarik

Tanda-tanda demam panas 

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je... sebab badan tak selesa...

Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.

Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah? 

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.


Ingat, waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih.....

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.

By: Fiza Faisal Farisha

(dipetik dari: 1001-petua.blogspot.com)


Selamat membaca... Wasalam :)