Monday, December 30, 2013

Bell's palsy @ Facial nerve effected

Assalamualaikum...

Entry lepas, saya ada bercerita tentang masalah bibir dan mata saya yang tidak dapat untuk berkumur dan kenyitkan mata sebelah kanan dengan sempurna: 



Suspected Minor Strok

Khamis lepas, selepas godek-godek tentang masalah saya ni di internet, lebih kurang dalam pukul 11 pagi, saya dah tak tahan serta mendapat desakan dari suami serta rasa takut masalah saya akan merlarutan kalau dibiarkan, saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan 2nd boss untuk meminta kebenaran ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah... dia memahami. Saya terus ke Klinik Sharifah Ihsan, Satok. Dr. Sharifah tak ada, saya berjumpa dengan Dr. Haseanti. saya nyatakan masalah saya, dia terus suspect saya terkena Minor Strok!!! Ya Allah, bertapa bergemuruhnya hati saya tika dan saat tu. Takut, risau, sedih, pasrah dan yang paling menyedihkan bila saya mengenangkan kandungan dalam perut saya sekarang ni. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya pada masa tu walaupun Dr Haseanti kata jangan takut... Dia kemudian sarankan saya mendapat rawatan lanjut ke Poliklinik untuk buat scanning pada otak. Oh...sangat menggerunkan... Katanya kalau di Normah RM700, KPJ dan Timberland RM500. Lalu saya katakan yang saya sedang mengandung tetapi masih di awal kandungan dan belum berkesempatan untuk mendaftar kandungan. Lalu Dr Haseanti nasihatkan saya supaya mengambil Borang Cuti Sakit selama 2 hari. Saya mulanya tak nak sebab tak ada orang nak jaga pejabat sebab staff bahagian reception masih lagi bercuti. Namun, demi kesihatan saya serta bayi dalam kandungan, saya akur jua. Dr Haseanti nasihatkan saya agar cepat-cepat mendaftar kandungan serta rujuk pada doktor di sana nanti. Dia tidak sarankan saya melakukan scanning sebab takut effect radiasi pada bayi dalam kandungan pula.


Mungkin Bukan Strok Berdasarkan Pemeriksaan Awal

Sebaik sahaja dapat consultation dari Dr Haseanti, saya balik semula ke pejabat, tunjukkan borang cuti sakit dan terangkan masalah saya kepada 2nd boss. Syukur... dia benarkan balik. Saya terus balik ke rumah untuk ambil dokumen yang patut untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak nanti. Entah kenapa, sebaik sahaja tiba di rumah, saya terus baring di sebelah anak yang sedang tidur dan menangis mengenangkan apa yang dikatakan oleh Dr Haseanti tadi. Saya kembali berishtifar apabila suami masuk ke dalam bilik dan ajak solat zohor berjemaah. Selesai solat, baru dia tanya kenapa menangis...pujuk dan tenangkan saya supaya bersabar hadapi ujian ni. 

Di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, selesai membuat pendaftaran, nurse mula la buat pemeriksaan pada kandungan. Sekali lagi saya diuji, mereka tekan-tekan di perut, tak rasa apa-apa. Menurut mereka, kandungan saya dah cecah 18 minggu. Tapi saya sudah menerangkan pada mereka seoang demi seorang, 1st day last period saya 18/8/13... Selepas sebulan 10 hari saya lambat datang bulan, saya ada buat pemeriksaan UPT sendiri tetapi negatif. Kemudian 4/11/13 saya ada juga buat ujian UPT, juga negatif. tetapi 18/12/13 yang lepas, saya pergi berjumpa penolong pegawai perubatan pesakit luar di kilik yang sama sekarang ini, dan nyatakan masalah saya yang tidak datang bulan selama 4 bulan serta memberitahu tarikh-tarikh yang saya pernah buat ujian UPT, saya sekali lagi diarahkan membuat ujian UPT lagi, kali itu positif. Alhamdulillah, saya dan suami sangat-sangat-sangat-tersangat lah sangat gembira. Perkara ni juga saya pernah coretkan di entry saya yang lepas: 


Selepas saya membuat ujian darah, saya berjumpa Dr Noryatini untuk scanning kandungan. Sedihnya, janin nampak tak nampak je :) Ujian Allah... Semoga saya tabah hadapi ujian ni. Syukur Alhamdulillah Allah pilih saya untuk melalui ujian ni kerana dia tahu saya mampu hadapi dengan adanya tulang belakang saya, suami dan anak. Semoga baik-baik sahaja. 

Saya juga mengambil peluang ini untuk memberitahu masalah wajah saya sebelah kanan ini kepada Dr Noryatini. Dia membuat ujian ringkas terhadap saya dengan mengarahkan saya memuncungkan mulut, senyum, mengerutkan dahi, memeriksa mata dan menguji sama ada ada perbezaan rasa antara wajah sebelah kiri dan kanan, kebas atau tidak dan sebagainya. Kemudian, dia tidak rasa yang saya dapat strok kerana, simptom-simptom strok dengan apa yang saya alami sekarang adalah berbeza. Dia kata mungkin saya kena serangan nerve, facial nerve palsy. Jadi, dia rujukkan saya kepada doktor di day care, Hospital Umum. 


Bell's palsy @ facial nerve effected.

Keesokannya, Jumaat 27/12/13 pagi-pagi lagi saya, suami dan anak dah mula berkampung di Hospital Umum. Mulanya saya berjumpa dengan Dr. Keng (day care) di maternity 1. Jalani pemeriksaan berkenaan nerve terlebih dahulu, kemudian berjumpa pula dengan Dr. Lai (medical) untuk memutuskan apakah penyakit saya yang sebenarnya, kemudian Dr. Lai juga memberikan senarai ubat yang perlu saya ambil. Seterusnya, sebelah petang, saya berjumpa pula dengan Dr. Dyg Hafizah untuk memeriksa mata. Alhamdulillah... mata dan telinga OK..tak ada jangkitan. Selepas itu, saya berjumpa semula dengan Dr. Keng untuk melaporkan keadaan saya. Seterusnya, baru la kandungan saya diperiksa. Saya buat scanning, doktor cina perempuan yang lakukan, juga menampakkan janin lagi kecil. Tak cukup dengan itu, dia scan lagi dari bawah. Memamg kandungan masih kecil. Semoga bayi dalam kandungan sihat, cepat besar dan kuat. Amin.... Sebelum balik, saya berbual dengan Dr. Keng dan menetapkan temu janji seterusnya. Dr. Keng juga arahkan saya untuk membuat temujanji dengan Doktor bahagian physiotheraphy dan selepas itu, ambil ubat di farmasi dan boleh balik. Namun, pihak di bahagian physiotheraphy tidak rasa saya perlukan rawatan di sana kerana mereka kata saya ada potensi untuk sembuh dengan cepat. Tetapi, jika masih juga memerlukan, mereka ada berikan saya nombor untuk dihubungi. Selepas ambil ubat, kami 3 beranak balik rumah. Moga-moga semuanya OK je... In sha Allah... Amin...

Oh ya..ubat saya sekali makan 17 biji OK! Semoga berhasil. Semoga bayi kuat.

Ni adalah antara carian google saya berkenaan dengan Bell's Palsy. Semoga bermanfaat kepada semua.

1. http://www.konimex.com/post/healthy-lifestyle/keluarga-sehat/hati-hati-serangan-bells-palsy/
2. http://www.majalah.nurhidayahsolo.com/index.php?option=com_content&view=article&id=829:bells-palsy-penyakit-disfungsi-syaraf-wajah-oleh-dr-sri-rejeki&catid=91:konsultasi-kesehatan&Itemid=219
3. http://bataviareload.wordpress.com/arti-tahi-lalat-2/cara-mengobati-bells-palsy-muka-menceng/
4. http://prodia.co.id/penyakit-dan-diagnosa/bells-palsy
5. http://www.labparahita.com/web/en/article/apa-itu-bells-palsy/
6. http://www.ekahospital.com/?p=3298&lang=id
7. http://health.kompas.com/read/2013/09/06/1459221/Bell.s.Palsy.Kelumpuhan.Saraf.yang.Bikin.Wajah.Tanpa.Ekspresi

Wasalam...






No comments: