Friday, October 28, 2016

Pengeluaran Akaun 2 KWSP Tujuan Pendidikan

Assalamualaikum....

Saya tengok entry saya berkenaan Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP agak tinggi ranking... So that, mari lah kita cerita berkenaan Akaun 2 KWSP yang baru-baru ini saya uruskan untuk tujuan pembayaran yuran pengajian master saya.

Dalam entry tu saya cakap saya main ikut je cakap majikan kan...majikan kata buka, buka je akaun KWSP...yes...betul..tak tahu fungsi pun..hahahhh.... Tu dulu la...sepuluh tahun dahulu...Tapi sekarang secara tak lansung, saya dah buat dua perkara penting dalam hidup saya dengan KWSP. Selepas 7 hingga 10 tahun, saya dah buat 2 pencapaian yang memuaskan dengan KWSP.

Pertama, saya dah buat draf KWSP untuk Tabung Haji saya...yang ni saya buat semasa buka Akaun Tabung Haji tak lama lepas peluk agama Islam la...

Kedua, saya dah buat pengeluaran tujuan pendidikan saya sendiri... Yang ni sebenarnya saya kalau boleh nak hold dulu. Dah buat surat confirmation dari IPS, UPSI untuk Semester 1. Tapi surat tu cuma valid 1-2 bulan saja. Sebabnya semester 1 saya dapat tajaan dari Baitulmal Sarawak. Jadi tak ada masalah dalam pembayaran yuran. Cuma tambah sikit guna duit bonus. Semester 2 pun saya ingat nak hold juga sebab saya ada buat permohonan untuk tajaan Yayasan Sarawak. Tapi, saya risau tajaan Yayasan Sarawak lambat respon, baik saya buat KWSP sebab kalau double payment untuk yuran pun boleh buat refund. Jadinya, saya mohon lagi surat conformation dari IPS, UPSI. Dapat je surat tu, saya sediakan la segala apa yang perlu. Oh ya, sebelum tu, saya tukar nama dahulu di KWSP sebab belum ditukar ke nama baru (Nama Islam). Urusan tu sekejap je. Bawa salinan MyCard, surat perakuan memeluk agama Islam dan surat beranak. Pergi KWSP tukar nama, tunggu 2-5 hari bekerja, nama akan tukar kata pegawai yang bertugas. Tetapi, memandangkan saya ada i-Akaun, so saya boleh semak secara online, esoknya nampak nama dah tukar dah. So, boleh teruskan langkah untuk permohonan pengeluaran pendidikan pula. Masa ni, saya sediakan juga salinan MyCard, surat perakuan memeluk agama Islam, surat beranak, surat tawaran master dan jadual yuran pengajian. Urusan untuk ni pun sekejap je di pejabat KWSP. Proses pemotongan pun beberapa hari dah approved. Tapi bila cek di Finance, Student Portal tak update lagi..risau la saya kan...mula-mula biarkan je. Masuk minggu ke-2, dapat surat yang pemotongan pendidikan dah diluluskan. Ambil gambar tunjuk dekat pihak pengurusan fakulti maklumkan dah bayar yuran untuk semester 2. Masuk minggu ke-3 tak update juga dalam Finance, Student Portal.. saya mula call KWSP, rupanya proses pembayaran yuran saya guna cek dan diposkan. Pihak KWSP sangat membantu, mereka bagi tracking number, saya semak dah sampai ke UPSI. Saya update pula dengan IPS dan mereka kata once dah dapat, akan update di Finance, Student Portal memandangkan saya dah dapat surat dari KWSP. Baru la saya lega...banyak tu walaupun tak seberapa banyak...hahahhh.... then, minggu ke-4 baru la dalam sistem Finance, Student Portal update. Kali ini baru betul-betul lega dah....boleh duduk exam dah...yeayyyy....

Pasal permohonan tajaan Yayasan Sarawak saya pula, tak diluluskan atas sebab program saya ambil ni di anggap PJJ. Disebabkan saya malas nak fikir, ok fine...walaupun saya dah banyak buang masa sana sini uruskan penolakan PTPTN. Puas semak di laman web kata dalam proses, alih-alih dapat surat ditolak. Tak selari. Nasib baik saya buat KWSP.

Jadinya, KWSP banyak beri kebaikan kepada saya secara peribadi melalui Akaun 2. Dah 2 perkara dah buat. Alhamdulillah....sedikit sebanyak membantu saya untuk lebih bersemangat menghadapi hari-hari yang mendatang. Terima kasih KWSP.

Pasal Akaun 1 umur 55 tahun ke atas la baru cerita. So, readers tunggu saya update entry 25 tahun lagi k...hihi...


Wasalam,
Su


No comments: