Tuesday, September 15, 2015

Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP

Assalamualaikum...

Hari ni tetiba rajin update blog kan? Pasal Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) pulak tu. Bukan apa..semalam suami balik-balik je dari travelling bukak surat-surat yang baru sampai. Ada satu ni surat pemohonan KWSP adik ipar yang bongsu. Dia nak dapatkan nombor ahli untuk diberikan kepada majikan la tu.

So, teringat la dulu mula-mula saya bukak akaun KWSP waktu bekerja di sebuah kedai kek lepas tamat Tingkatan 6 tahun 2006. Bukak akaun KWSP ni melalui majikan ni pun lepas 3 bulan bekerja. Kiranya dah permenant la. Tapi tak lama mana pun kerja...2,3 bulan macam tu dah berhenti gak sebab sambung Degree pulak. Alhamdulillah.

Penyata KWSP selalu dapat tiap tahun..syok la tengok amaun dalam Akaun 1 dan Akaun 2. bukan banyak pun setakat puluh-puluh je. Tapi hati dah melonjak girang.

Nak cerita pasal Akaun 1 dan Akaun 2 ni la sebab dulu saya pun tak faham kenapa ada Akaun 1 dan Akaun 2. Kurang jelas. Majikan kata buka, buka je la.. Tak tahu pun keistimewaan yang bakal kita dapat kemudian hari. Yang pastinya tahu KWSP tu merupakan caruman kita dan daripada majikan kita yang dikreditkan ke dalam kedua-dua akaun tersebut berdasarkan peratusan iaitu:

Akaun 1 = 70% daripada caruman bulanan daripada majikan
Akaun 2 = 30% daripada caruman bulanan daripada kita sendiri

Ni apa yang saya baca dari laman sesawang KWSP la kan...


Akaun 1

Simpanan di dalam Akaun 1 ini adalah bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan kita sahaja.

Jadi, simpanan di dalam Akaun 1 ni sama sekali tidak boleh diusik atau dalam erti kata lain tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum kita mencecah umur 55 tahun. Ni kalau kita dikurniakan kesihatan yang baik serta dipanjangkan usia, merasa la. Kalau tak, pihak penama akan menikmatinya. Jadi, jangan lupa letakkan penama. Kalau tak, nanti masalah pulak waris nak buat tuntutan. Penama ni kita boleh letak nama suami/isteri/ayah/ibu/anak atau individu yang kita nak wariskan harta kita. Ingat, individu...bukan organisasi, jabatan atau badan-badan kebajikan.

By the way, kita juga dibenarkan untuk melabur sebahagian daripada simpanan ini di atas kerelaan diri sendiri. Kalau lihat di laman sesawang, lebih jelas tentang ini dan cara pengiraannya.


Akaun 2

Simpanan di dalam Akaun 2 pula adalah bertujuan untuk membantu kita membuat persediaan bila nak bersara. Oleh itu, pengeluaran dibenarkan bagi tujuan seperti:

1. Usia kita mencecah umur 50 tahun.
2. Membuat pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama
3. Penyelesaian baki pinjaman perumahan bagi rumah pertama
4. Pembiayaan pendidikan diri kita dan juga anak-anak kita.
5. Menampung kos-kos perubatan diri kita dan anak-anak kita.
6. Menunaikan haji (berkuatkuasa 1 Januari 2013).

No 6 tu saya dah buat untuk draf Haji semasa buka Akaun Tabung Haji. Nanti reader boleh juga buat macam tu.

So, saya rasa tu je la saya boleh share berkenaan dengan KWSP ni secara ringkas.

Update terbaru boleh baca di: Pengeluaran Akaun 2 KWSP Tujuan Pendidikan



Terima kasih sebab baca.

Wasalam.


No comments: