Assalamualaikum....
Hari kedua kitaorang bangun lambat sikit... Nama pun nak pergi rehat-rehatkan minda kan... Lepas mandi semua kitaorang pergi sarapan kat McD.. huhu... Sebab Shafiyah nak makan bubur ayam McD je..mengada sungguh... baik lah tuan puteri... Hari tu pulak tepat hari ibu...11 Mei 2014..wahhhh...macam best je..macam aura keibuan tu naik je.. Tengok la wajah berseri-seri aii...
Gitu...
Lepas sarapan kitaorang balik bilik hotel lagi. Pagi ni free and easy macam tu la... Lepas tu tengah hari kawan suami hantar kereta untuk pakai jalan-jalan jauh sikit pulak.. Plan nak pergi Kundasang dan Ranau je. Sampai je kereta, kitaorang gerak. Suami dah pernah pergi Sabah... jadi tak ada masalah sebab dia tau selok belok jalan kat situ.
Masa pergi tu hoehhh..pengsan la sebab jalan bengkang bengkok..naik bukit...kereta tempatan laju-laju... Tapi diorang cekap tau...Tu yang saya respect dengan diorang ni..tak ada nak samseng jalanan. Sampai satu kawasan cun, kitaorang amik gambar belatar belakangkan Gunung Kinabalu.. Yeayyyy
Indahnya ciptaanMU Ya Allah. Air-air terjun macam best je. Ada rezeki nanti nak lagi datang sini. Sebelum sampai tempat ni, Shafiyah muntah..werkkkk...dia ok la sebab ade bawak baju lebih... Ummi dia ni terpaksa la berkasamkan baju bau muntah... Demimu anak..ummi rela. Yang syoknya abah Shafiyah tolong lapkan..Hahahhhh...Lomentik tau...
Lepas tu kitaorang gerak lagi sampai la Kundasang... Kat Kundasang saya tak amik gambar sebab tak selesa..lupa..haha... Kitaorang makan kat KFC sebab takut Shafiyah lapar. Lepas tu jalan-jalan sekitar Kundasang. Puas round-round Kundasang..teruskan perjalanan ke Ranau pulak sebab suami nak makan sup Tulang Kerbau. Dalam perjalanan kitaorang singgah dulu kat Kinabalu Park sekejap.
Dah tu direct ke Ranau. Jumpa je kedai makan tu terus order. Sayangnya sup tu tinggal 1 je. Bagi suami je la makan. Saya pesan tomyam..tomyam tak ada...Minum je la jawabnya sebab kenyang lagi makan KFC. Tak apa la...makan Sup Tulang Kerbau yang suami pesan sikit. Sedap la sebab tak pernah tengok orang buat sup macam tu.. Menarik...
Lepas makan.. Kitorang patah balik ke Kota Kinabalu. Sebab taknak balik malam..Ye la risau la sebab kita tak biasa tempat orang....tambah lagi jalannya kali ni menurun pulak. berusaha la kitaorang balik cepat. Dalam perjalanan balik pulak kitaorang singgah di Kinabalu Pain Resorts pulak.
Alhamdulillah kami selamat sampai.. Macam tak rasa pulak...Eh...cepatnya sampai dah... Hehe..biasa la tu kan... Pergi suatu tempat tu jauhnya rasa..bila balik..kejap je dah sampai.
Malamnya pulak suami bawa makan kat tebingan (tak ingat tempat) untuk makan sea food. mak datok mahal nak mammmm... Mahal kalau sedap tak pe..ni rasa pun tak masuk tekak. Nasi pulak lembik..adoyaiii...sayang tau bayar mahal-mahal tapi servis kurang memuaskan. Tak apa la..rezeki diaorang. Bukan apa...saya frust sangat sebab dengar member-menber kata seafood kat Sabah murah-murah...Sekali saya terkena macam ni kesal la... Bak kata suami.kalau order seafood kat Kundasang sana logik la mahal macam tu..ni makan tepi laut je kot... adoi la...bisa my head. Ikan 3 rasa 1 ekor kecil, 2 ekor sotong saiz sederhana dried chilli dan 1 pinggan nasi RM42.00. Hoho..menangis keluarkan duit...oleh kerana bayar mahal-mahal...ikan yang tak habis tapau bawa balik hotel. Nasi lembik...Sotong dried chilli dimasaknya sotong sambal. Sedih!
Anak pula meragam...cepat-cepat balik hotel. Niat nak beli buah tangan batal. Esoknya je cari sebelum balik.
Terima kasih membaca...
Wasalam.
Baca:
No comments:
Post a Comment