Thursday, April 17, 2014

Orang Ke-3 Dalam Rumah Tangga

Assalamualaikum.....

ihsan google


Orang ke-3??? Pergi main jauh-jauh. Tak payah la nak ganggu hubungan orang lain, terutama sekali yang sudah berumah tangga. Dosa tau tak??? Memang tak dinafikan alam rumah tangga tidak pernah sunyi daripada pertelingkahan tetapi awas! Jangan sampai berlarutan hingga mengundang orang ketiga. Orang ketiga? Seharusnya mereka dinyahkan jauh daripada lipatan hidup suami mahupun isteri. Jika dahulu, curang sering dituding kepada suami, tetapi sekarang isteri pun sudah berani main kayu tiga. Baru sedikit diduga, sudah berminat mencari ‘yang baru’. Sebelum melakukannya, timbang-timbanglah dengan baik agar rumah tangga kekal bahagia selama-lamanya.

Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mungkin daripada kalangan ahli keluarga sendiri, membabitkan campur tangan ibu bapa, mentua, adik beradik atau orang luar adalah sebahagian faktor penyebab keruntuhan rumah tangga. Jadi, sekiranya ada sebarang masalah, selesaikan masalah tersebut antara suami isteri sahaja tanpa ada campur tangan orang ke-3 ni.

Jangan sesekali meluahkan masalah kepada teman lawan jantina...kadang-kadang yang sama jantina apa kurangnya...nanti tak pasal-pasal dia ambil kesempatan... Oh..aniaya dibuatnya.

Sebagai suami atau isteri, jaga la batas pergaulan. Sebaik-baiknya elakkan mempunyai teman baik lain jantina kerana ia boleh mengundang banyak keburukan misalnya fitnah. Tak pasal-pasal bila orang lain buat fitnah...sampai ke telinga suami atau isteri, tak ke jadi cemburu..pastu perang besar... kita tak salah tapi bila dah jadi buah mulut orang, payah jugak...kan...

Oleh demikian, kenalkan la kawan-kawan kita kepada pasangan kita. Macam tu jugak sebaliknya supaya tak ada berlaku syak wasangka yang boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

Lagi satu, jangan sekali-kali khianati pasangan kita dengan menggunakan laman web sosial untuk menjalinkan hubungan sesuka hati. Jangan carik pasal. Ingat status kita dan ingatkan diri kita selalu la ye... Sebabnya ramaiiii orang kat luar sana ambil kesempatan jika kita gagal mengawal perasaan serta pendirian.

Rasanya banyak lagi faktor yang boleh mengundang orang ke-3 ni dalam rumah tangga. Sebagai insan yang berakal, jauhi la apa jua yang boleh mengundang kegoyahan rumah tangga kita. Ingat masa depan, Ingat Allah, ingat anak... In sha Allah kita bebas dari kancah runtuhnya kebahagian. Amin...


Selamat membaca...Wasalam..

No comments: