Thursday, April 3, 2014

Bersyukur lah

Assalamualaikum...

Hihi...entry hari ni macam nak sama dengan entry semalam jerk... yup...exactly!!!

Sebenarnya saya sangat kecewa dengan sikap seseorang yang sangat rapat dengan keluarga saya. Ya Allah...semoga terbuka pintu hatinya untuk berubah. Semoga dia sedar dengan kesilapannya. Ya Allah...kuatkan keimanan kami Ya Allah... jauhi la kami dari segala mala petaka.

Bersyukur lah
Kerana sebelum kita mengatakan sesuatu yang tidak elok, fikirkan tentang insan yang bisu.

Bersyukur lah
Kerana sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri kita, fikirkan tentang insan yang senantiasa memohon agar ditemukan dengan pasangan hidup.

Bersyukur lah
Kerana sebelum kita mengeluh menguruskan anak, fikirkan tentang insan yang teringin memiliki anak sendiri.

Bersyukur lah
Kerana ketika kita mengeluh dan berasa letih melaksanakan kerja, fikirkan insan yang sedang bersusah payah mencari pekerjaan.

Bersyukur lah
Kerana sebelum kita menunding jari kepada orang lain, fikirkan bahawa setiap insan tidak sempurna dan tidak seorang pun terlepas dari khilaf dan dosa.

Bersyukur lah
Kerana ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, fikirkan Tuhan kerana DIA masih memanjangkan usia kita untuk terus bernafas di muka bumiNYA.

Sentiasa lah kita berbalik padaNYA. Berdoa lah supaya hidup kita sentiasa dirahmati olehNYA. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin...

Wasalam...


No comments: