Monday, September 29, 2014

Selamat Hari Jadi Ke-61 Pak...

Assalamualaikum...

Lemaunya saya hari ni. Bukan sebab hari Isnin tapi semalam saya tak boleh buat kerja rumah lansung. Syukur suami memahami dan dia tolong buat semua dari sidai baju, kemas rumah sampai la memasak dan hidangkan makanan.

Cadangnya semalam dia nak ke kebun pagi tu tapi, saya cakap jangan pergi kebun la...saya rasa tak sihat...ye la, nanti risau tak ada orang boleh tengok-tengokkan Fia.

Nak kata letih sebab buat persiapan sambut hari jadi apak, tak juga.... Ni memang penangan adik dalam perut la ni... Hehehhh...

Asalnya plan ni tak ada la nak sambut hari jadi apak. Saya nak makan daging ayam kampung je pun... Dah la tamak tak nak seekor... Alang-alang beli dan balik kampung, beli la banyak sikit. Nanti boleh kumpul ramai-ramai makan. Makan kumpul ramai-ramai ni la buat saya tambah plan nak sambut hari jadi apak. Actual date is 18, Sept. Memandangkan tak balik minggu lepas, buat je la minggu ni. Saya yang plan, saya la beli apa yang patut. Buat panggang-panggang sayap ayam dan isi daging, ayam kampung tadi buat pansuh, ada lebih umbut kantan yang saya campur dengan pansuh ayam, saya buat masak sambal belacan. Sedap woooo... Tapi dalam keadaan mengandung ni, saya agak kurang selera makan. Ayam panggang saya lansung tak sentuh pun... Makan ciputtt je dah kenyang.

Tapi kejutan malam tu menjadi la... Semua anak-anak dan cucu apak ada... Masa kitaorang masuk bilik anak buat untuk prepare kek, dia tak boleh agak lagi...Lampu tutup...apak slamba je merokok...huhu... Anak buah lelaki sulung bawa kek..lain2 ikut belakang sambil nyanyi lagu selamat hari jadi termasuk 3 orang anak perempuan apak..kekeke....suami saya ada rakam video. Saya tak tengok pun lagi. Anak pasang banyak kali sebab dia sangat suka lagu selamat hari jadi tapi saya tak tengok...haha... gambar 1 pun tak amik.

Yang penting apak rasa dihargai oleh anak-anak walaupun dia sebenarnya yang sibuk cari ayam kampung, cari buluh, cari pucuk ubi, buat unggun api untuk bakar pansuh n untuk panggang... Saya tau dia buat semua tu demi anak bongsunya yang sedang mengada-ngada mengidam ni. Hihi.. Terima kasih apak. Kalau mak ada mesti mak jeles..Mesti mak sindir-sindir apak..dah tua-tua pun sambut birthday..hihi... Miss u mamak.... Kami adik-beradik pastikan apak diberi perhatian, kebajikan apak terjaga selepak mamak tinggalkan kami. Semoga apak dikurniakan kesihatan berkekalan dan dipanjangkan usia. Tak kan pernah terbalas jasa apak kepada kami adik-beradik. Tapi, kami akan sentiasa buat apak bahagia dan senang. In Sha Allah..

Semalam, saya banyak habiskan masa tidur. Ada rasa teringin nak makan sambal goreng seperti yang mamak buat. Sms kakak ipar mintak buatkan...buat lebih sikit untuk bekal kerja nanti. Tapi, tak ada siapa dapat masak sebiji macam mamak. masa saya tidur, boleh-boleh saya mimpi mintak mak yang masak sambal goreng. Rasa macam real sangat. Rasa macam mak masih ada. Ya Allah... Kami rindu sangat pada mak. Semoga mak dijaga di alam sana. She is the best mother ever. I love you mak... Selalu la hadir dalam mimpi saya k.

Wasalam...

No comments: