Thursday, October 27, 2016

Ceritera Semester 2 Master Pengurusan Pendidikan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah lepas exam ni lega sikit...lega sikit je la...kenapa? nanti cerita....sekarang, nak cerita pasal sepanjang pengajian sem 2 ni.

Bagi saya la kan..semester 2 ni cepat je berlalu walaupun sem 2 ni la terbeban sangat rasanya. Assignment.... ya Ya Rabbi...banyak sungguh. Hahahhhh...Risaunya pointer jatuh. Hmmmm....

Sebelum exam hari tu bawa anak pergi checkup setahun 6 bulan ke klinik kesihatan ibu anak. Kebetulan semasa jumpa Dr dan Dr tu pernah handle kes saya terkena bell's palsy n keguguran kandungan ke-2 dulu. Saya cerita la dekat Dr tu sekarang mcm bell's palsy tu nak datang balik je sebab masa lepas exam semester 1 bulan 4 hari tu dah kena bell's palsy kali ke-2 dan amik masa 3 bulan nak recover. Stress bahagian kanan muka sampai sekarang. Sekarang pun macam something wrong part mata... so, Dr ambil kes saya dan bagi saya ubat Prednisolone, iaitu sejenis ubat kortikosteroid atau steroid. Fungsi ubat ni adalah untuk mengurangkan keradangan, bengkak dan kesakitan. Honestly masa makan ubat ni, rasa stress part yang berkaitan semakin menjadi-jadi. Mungkin itu adalah satu tindak balas.

Sabtu ahad lepas pulak final exam untuk semester 2. Hoehhhh..penulisan pun belum hantar lagi ni....poning den...mula la jadi burung hantu....tak tentu tidur..hahahhhh..padan muka...mana dengan ulangkajinya lagi....

Jumaat malam Sabtu saya tidur awal, bangun dalam jam 4am untuk ulangkaji. Ualngkaji..khatam dah...mandi....jam 8.10am gerak...sekali jalan jem daaaa....dengan hujan renyai nya lagi...selit mcm mana pun tetap kena hadap jugak follow kereta slow kat depan berbaris-baris umpama perarakan sedang berlaku mengiringi daku ke destinasi peperiksaan akhir semester 2 ini.. Sampai la ke kawasan Tabuan, tengok jalan biasa pergi kuliah jem, belok guna jalan alternatif guna highway la dalam perancangannya....sepanjang jalan tu pun pancaroba jugak, ada juga jumpa jalan tengah baik pulih la...hadoi....tinggal 10 minit lagi nak jam 9 pagi okeyyy....masuk highway lega sikit....sekali dah nak dekat dengan Swinburne University, homaiiiiii salah jalan pulak di flyover!!! masuk kawasan Pending pulak. Habis laaaa...exam jam 9 pagi ok...tengah otw ada gak whatsapp kawan2...diorang semua dah sampai... Dugaan sangat di hari pertama.... Call suami nak tanya mana kena u-turn, tak angkat pulak. Redha je la..nasib baik jmp u-turn....sampai-sampai je, parking pulak jauh...hahahhh....terima je la hakikat. Masuk bilik peperiksaan, semua seronok menjawab. Saya start jam 9.17pagi. Buat buat buat..siap juga sampai ke titik saat yang terakhir jam 11.35pagi...Pensyarah tanya sempat siap tak...saya jawab sempat la.. Syukur dapat jawab...Actually mereka start 9.05pagi... Tapi, boleh pulak member lain masa dah tamat minta extra masa sebab tak jawab lagi satu soalan 50 markah...hamboihhhh....siap rujuk buku okey bila kami kumpulan berbincang dengan pensyarah pasal exam keesokan harinya. Ada gak org mcm tu..smp saya terfikir, diorang ni cikgu...tapi kenapa bersikap mcm tu...hohemgi sangat perangai kan....

Hari ahad pula awal sikit sampai...jawab exam hari Ahad pun tak stress sebab tak banyak soalan mcm hari Sabtu tu....Ramai kawan-kawan siap awal pulak tu....best. Tapi prinsip saya lain...sejak dari dulu lagi..walaupun saya dah siap awal, saya tetap akan tunggu sampai tamat masa peperiksaan. Actually saya pun siap sejam awal... Ye la takut menyesal, baik saya tunggu masa tamat...sambil-sambil tu baca balik soalan dan jawapan...hasilnya, dapat saya tambah sikit-sikit apa rasa kurang.

Balik je exam, terus siapkan penulisan sebab kena email dekat pensyarah hari tu juga. Suami ajak bawa anak jalan-jalan sambil beli barang dapur pun tak dapat ikut... At last, esoknya juga la hantar sebab line internet kat rumah segan sangat nak tunjuk muka.

Sekarang tengah struggle untuk Kolokium pula 12 Nov nanti. Semoga penulisan saya diterima dan boleh diteruskan. In sha Allah...



Wasalam,
Su

No comments: