Monday, June 13, 2016

Cerita di Semester 1

Assalamualaikum....

Alhamdulillah tak lama lagi semester 2 pula bermula. Lama sangat cuti ni, kena refresh banyak..haha...

Sepanjang pengajian semester 1, syukur semua baik-baik sahaja walaupun saya bukan seorang guru seperti kebanyakan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Saya masih mampu catch up apa yang pensyarah ajar. Walaupun kadang-kadang saya rasa teruk sangat sebab baru belajar terma-terma pendidikan. Seriously, sukar bagi saya sedangkan rakan-rakan guru lain dah hadam sangat. Jadi, semua itu bukan alasan...saya buat banyak research dan baca semuanya. Hafal mana perlu dan minta bantuan rakan seperjuangan.

Semasa buat tugasan individu, saya buat apa yang saya rasa boleh buat. Tugasan berkumpulan pula saya tak berani campur tangan banyak...begitu juga semasa membenteng. Saya tak tahu nak kongsi apa dan berkongsi pengalaman. Baca slaid seperti dalam powerpoint saja la macam tu je. Mana yang saya rasa boleh tambah, saya tambah...ada juga rakan kumpulan bantu kena cakap apa. Syukur mereka faham. Saya harap semester 2 nanti saya boleh bagi idea bersama-sama banting tulang untuk siapkan tugasan.

Para pensyarah pun sangat membantu. Syukur alhamdulillah....sangat bermotivasi dan bersemangat semasa menjalankan pengajian. Begitu juga pegawai sokongan fakulti serta perpustakaan UPSI.

Alhamdulillah saya sangat-sangat bersyukur kerana impian saya untuk belajar di UPSI suatu ketika dulu menjadi nyata. Walaupun lambat tapi nikmatnya besar kerana berjaya sambung belajar di peringkat Master. Namun, UiTM tetap di hatiku kerana saya berjaya peroleh Degree di situ.

Sepanjang pengajian saya di semester 1, macam-macam dugaan saya tempuhi sampai ke penamatnya. Pertama sekali dah tentu masalah kewangan sebab saya taja diri saya sendiri. Alhamdulillah Baitulmal sudi bantu hampir penuh yuran pengajian semester 1...dapat RM4,800.00, saya cuma topup RM1,200.00 dan RM250.00 untuk yuran pendaftaran. Jumlah yuran untuk semester 1 sahaja RM6,250.00. Sebelum dapat bantuan dari Baitulmal, suami dahulukan duit dia dulu. Rezeki saya dimurahkan lagi, saya dapat bonus tahunan dari company pula. Dah tak ada masalah lagi. Nanti untuk semester 2, saya akan fikirkan alternatif lain pula, in sha Allah rezeki Allah tu luas dan tak diduga. Nak berjaya, kena berkorban. Haha..itu baru yuran semester 1...belum lagi semester 2, 3 dan 4... Jumlah keseluruhan RM21,000.00 ye. 3 semester seterusnya ni RM5,000.00 setiap semester. Tapi jangan risau, boleh bayar ansur-ansur. Keduanya pasal pembelajaran seperti saya dah cerita atas tadi. Pun saya boleh cover sebab rakan-rakan sepengajian semuanya membantu. Alhamdulillah... Dan ketiga, setelah berhempas pulas buat tugasan individu, kumpulan, ujian, kuiz dan peperiksaan, saya kena Bell's Palsy kali kedua selepas 2 tahun yang lepas. Kali ni saya hidap lama sikit sebab sekarang pun belum sembuh sepenuhnya. Bertabah sahaja lah... Hadiahnya keseluruhannya, saya berjaya peroleh pointer yang tak tercapai dek akal, 4.00. Alhamdulillah...nikmat mana yang hendak didustakan. Allah bagi ujian, hadapi dengan penuh tenang, in sha Allah ada lagi yang lebih baik DIA bagi. Terima kasih Allah. Sujud syukur!

Sebenarnya banyak lagi saya nak share kat sini, tak apa, nanti ada masa terluang, saya usahakan juga tulis. Lambat pun tak apa...janji tulis. Yang bacanya sendiri juga...hehehhh...saya tak rancang nak war-warkan blog saya kepada orang lain sebab saya nak biar oarang lain cari, jumpa, baca dan peroleh manfaat dari apa yang saya coretkan berdasarkan pengalaman dan merumuskan hasil bacaan saya sendiri.

Ok la...terima kasih membaca tau... Wasalam

Su

No comments: