Thursday, January 28, 2016

Shafiyah Umaira' 4 Tahun.. 2801

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni anak sulung kami dah pun cecah umur 4 tahun. Tak rasa sungguh masa berlalu sedangkan saat-saat melahirkan dia dulu masih lagi segar dalam ingatan. Rentetan kejadian sebelum, semasa dan selepas melahirkan pun tak ada satu yang saya lupa. Syukur...

Sekarang Shafiyah dah pun jadi kakak. Adiknya, Syafiq Umair dah 9 bulan. Shafiyah sendiri dah sekolah di Tadika KEMAS. Tadi dia sambut hari jadi di sekolah la. Seronok betul dia saya sediakan kek hari jadi, kek cawan, coklat dan jeli untuk diagihkan kepada kawan-kawan sekolahnya.

Jam 10 lebih pagi tadi cikgunya hantar gambar melalui aplikasi whatsapp. Lucu betul la..siap salam siapa entah budak-budak kat situ.

Doa ummi semoga Shafiyah sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan berjaya dunia dan akhirat. Amin...



Wasalam


Monday, January 18, 2016

Minggu Pertama, Kelas Pertama

Assamualaikum...

Sabtu dan ahad lepas bermula la rutin hujung minggu saya sebagai pelajar Master. Masih macam dalam mimpi rasanya bila berjaya juga sambung belajar. Sesuatu yang di anggap mustahil telah pun berlaku. Ye la, ingatkan tak sanggup nak belajar lagi sebab serik buat penulisan ilmiah masa Degree dulu. Rasa macam terbeban sangat sebab tak reti dan tak faham apa yang saya kaji.. Hahahh...Tk apa la..dah lepas..jadikan perkara lepas sebagai iktibar. Lagipun dah kawen ni...dah ada anak dua... Tapi rupanya Allah tetap tunaikan hajat saya walaupun saya pernah rasa ini perkara mustahil untuk dibuat. Ini rezeki saya dari Allah SWT. Dia tahu apa yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah. Semoga saya jadi lebih matang dan pandai uruskan kehidupan saya dengan baik. Maklum la...Master saya ni berkaitan dengan Pengurusan. In sha Allah saya BOLEH!

Cerita hari pertama masuk kelas, sesi berkenalan memang tak lari la. Kami seramai 35 orang satu kelas. Rata-rata yang sambung belajar bersama-sama saya adalah guru. Semua berlatarbelakangkan pendidikan. Rasanya 3 orang termasuk saya bukan cikgu. Seorang fresh graduate degree bidang Human Resources. Seorang lagi tu, degree dia pendidikan tapi sampai sekarang tak dapat posting. Berniaga dengan suaminya sebagai kontraktor. Lain-lain adalah cikgu dan pensyarah. Tapi hal ini bukanlah satu halangan buat saya. Saya jadikan ianya satu semangat untuk berdiri sama tinggi dengan mereka setelah tamat duduk sama rendah dengan mereka selama tempoh dua tahun ni. Sama-sama berjuang untuk upgred diri sendiri. In sha Allah aminnn.

Hari pertama juga kami dah buat pembentangan  berkumpulan. Satu kumpulan terdiri dari lima orang. Saya dan yang berniaga dengan suaminya tadi sekumpulan dengan tiga orang guru dari Betong. Harapnya kami saling berpaut satu sama lain. Alhamdulillah pembentangan pertama kami yang bertajuk Pengurusan secara Objektif berjaya. Sebelum balik kami masing-masing dapat tugasan individu. Tugasan berbentuk Article Review. Saya dapat tajuk sangat mencabar iaitu, Personnel Psychology. Haha...gilorrr... ape-ape ntah tajuk tu... Akan saya usahakan buat yang terbaik. Semoga dipermudahkan usaha saya. In sha Allah...aminnn... Takotttt... Hari Sabtu kelas kami sampai petang. Ahad setengah hari sahaja.

Hari Ahad, hari kedua sebagai pelajar Master, sekali lagi kami buat pembentangan secara berkumpulan. Tapi tak sempat bentang sebab semua kumpulan buat tajuk yang sama. Of course content pun sama. So, bincang mana yang mana lebih...yang mana kurang je. Lepas tu, dapat pulak tugasan berkumpulan... Tajuknya 'Membangunkan intergriti di sekolah'. Kajian ringkas kena buat di sekolah. Memandangkan hanya tiga orang saja cikgu, 3 sekolah saja la yang akan di kaji. Moga dipermudahkan usaha kami. Amin...

Tu je la nak share. Oh ya... ada seorang cikgu tu.. Asalnya dari Pedawan je tapi mengajar di Miri. So... tiap minggu la kena datang Kuching naik kapal terbang. Ko mampu!!! Ini la dia satu contoh yang boleh kami lihat bahawa semua halangan bukan la satu alasan untuk menimba ilmu. Bak kata pepatah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Semoga kami 35 orang sama-sama grad on time. In sha Allah...




Terima kasih baca blog saya.

Wasalam,
Su.


Tuesday, January 5, 2016

Sambung Belajar

Assalamualaikum....

Tak terlambat lagi kan untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2016? Alhamdulillah kita berjaya harungi tahun 2015 dan tahun-tahun sebelum dengan tabah dan lebih bersemangat untuk menempuh tahun-tahun yang mendatang.

Syukur ke hadrat Ilahi, di peghujung tahun 2015 dan awal tahun 2016 telahpun memberikan saya satu sinar baru. Pada Oktober 2015, saya telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu Ijazah Sarjana atau lebih dikenali sebagai Master di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program kali ini bidang pendidikan pula di bawah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi selama 4 semester atau 2 tahun. Alhamdulillah pada penghujung Disember, saya semak keputusan, saya antara yang terpilih di antara ratusan yang memohon. Hal ini kerana, saya sedia maklum semasa taklimat cuma 60 orang sahaja yang akan diambil untuk sesi ini. Sujud syukurrr.... Alhamdulillah.

29 Disember 2015 saya pergi mendaftar di Swinburne University, Kuching sebab UPSI menyewa di sana. Nanti kelas pun akan dibuat di sana bermula 16 Januari 2016. Kelas cuma diadakan hujung minggu. Maknanya, saya tak ada masalah untuk itu. Kerja pun tak terganggu. Hehe...

Rasanya setakat ini sahaja dulu saya kongsikan.

Terima kasih membaca.

Wasalam.