Thursday, October 2, 2014

Sembang-sembang Kosong Je

Assalamualaikum...

Ni nak cita macam-macam dalam 1 entry ni.

Lately, Shafiyah dah pandai nangis-nangis bila saya turun kerja pagi...Anak oh anak... Jumaat lepas start. Sampai baju & tudung saya kena muntah. Nak tukar baju memang tak sempat la...Semua orang kat rumah pujuk, die tak nak. Ditahannya kita pakai tangan dan kaki. Huaaaa...Lambat turun kerja. Itu pun, saya cakap phone bunyi...terus start enjin kereta dan jalan... Sekali saya toleh tengok dia meronta-ronta nangis. Kesiannya anak ummi... Bersabarkan anak... Nasib baik bos tak ada. Walapun bos tak ada, apa pulak kata orang-orang kat office kan. Lepas tu hari Isnin... sama juga...tapi kali tu, dia duduk depan pintu, dia sengaja muntah..habis baju dia. Mak mertua kata pergi je kerja...Nanti dia tolong uruskan. Hari Selasa, dia tidur nyenyak lagi. So, tak ada la tengok dia nangis-nangis. Semalam pulak, kebetulan abahnya ada kat sini sbab ada kursus, kitaorang naik 1 kereta je. Mula la drama lagi. Saya siap-siap pesan kat suami, jangan dekat sangat dengan dia masa dia muntah...risau nanti terkena baju. Dah la baju smart suami limited je kat umah tu. Sekali lagi terpaksa la kitaorang pergi macam tu je. Petang semalam Shafiyah ikut abahnya jemput saya balik kerja. Seronok la budak kecik tu dapat ikut. Tadi pagi drama jugak. Kali ni makan dek pujuk. Senang hati ummi. Walaupun ada jugak angis tapi bila pujuk, dia ok... Sabar k sayang. Ni la dilema ibu bekerjaya. Tak kan la mak ayah anta pergi belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja untuk hulur sikit dengan orang tua. Memang la orang tua tak harapkan balasan tapi, memang dah menjadi tanggungjawab anak untuk pastikan orang tua sentiasa berasa cukup. Tak banyak pun, sikit. Kalau ikutkan, memang nak jadi surirumah sepenuh masa. Tumpukan perhatiakn pada keluarga dan uruskan anak-anak serta tengok anak membesar di depan mata. In Sha Allah suatu hari nanti.

Sekarang memang tak boleh...dengan hutang PTPTN lagi...bantu suami...nak hulur pada ayah...Lagipun sekarang, kos hidup sangat la tinggi. Walaupun gaji saya tak la setara dengan kelulusan tapi saya boleh uruskan wang gaji dengan berhemah. Rezeki Allah, kita tetap bersyukur.

Malas la nak taip panjang-panjang..nanti teremosi plak..huhukkk...

Wasalam :)

No comments: