Wednesday, March 7, 2018

Dompet

Assalamualaikum....

Huarghhhhh...baru je tadi perasan dompet takde dalam handbag. Terus hati gundah gulana. Ada dua je, lupa kat rumah atau lupa di kedai makan malam tadi.

Terus call suami...dia kata tak perasan pulak kalau dompet tu atas meja makan malam tadi...Huaaaa...

Saya call la kakak ipar minta tolong check dalam bilik takut-takut tertinggal di rumah...tapi tak angkat call. Call anak dia, keluar pulak. Last call adik ipar lelaki pulak...katanya tak ada dompet dalam handbag yang saya pakai mlm tadi..ada powerbank je.

Terus saya amik keputusan nak pergi ke kedai makan tu terus. Kalau sempat balik office, kalau jalan macam jem, balik rumah je.

Lepas bagitau kawan office, terus buka pintu penumpang sb bahagian pintu penumpang tak kotor atas parking sebab sebelah pemandu atas parking kotor dengan serpihan2 mercun..kalau lekat di tapak kasut nanti kotor pula karpet kereta...so, bila bukak je pintu, elok je dompet tu terselit antara kerusi dan pintu. Alhamdulillah masih lagi rezeki saya la tu. Kalau betul hilang, banyak urusan kena buat. Thank you, Allah.


Wasalam,
Su

No comments: