Thursday, September 14, 2017

Pertama Kali Jumpa Sepupu

Assalamualaikum....

Ni sebelum raya haji hari tu adik kepada ayah saya (Pak Inang) nak balik kampung bawa anak, menantu dan cucunya. Selama ni Pak Inang balik seorang je...tak pernah bawa anak atau isteri dia. Kali ni special sikit. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum penerbangan mereka dari Sabah ke Kuching, kami dimaklumkan bahawa mereka tak dapat datang sebab cucu Pak Inang demam dan warded dah 3 malam. So, terpaksa cancel. Pak Inang pun tak sedap hati pula nak balik seorang diri sebab asalnya nak balik kampung sama-sama. Lalu, saya cuba call Pak Inang dan pujuk dia. Pak Inang kata kalau cucunya boleh keluar hospital, in sha Allah boleh balik.... Dan, dengan izinNYA, cucu Pak Inang keluar ward, terus mereka bergegas balik ke rumah kemas barang dan terus ke airport. Ya Allah, seronoknya hati dapat jumpa anak Pak Inang walalupun jumpa salah seorang anak dari 5 orang.

Hasil dari perjumpaan kami, sah la kami pernah duduk satu tempat sekitar tahun 2008-2009...Puncak Perdana, Shah Alam. Ruginya kan..sepupu duduk dekat tapi tak pernah tahu dan tak pernah jumpa. Tapi rancangan Allah kan lebih baik. Kami dipertemukan bila masing-masing sudah bekeluarga. Oh ya.. Pak Inang dan family berada di kampung selama seminggu. Sempat kami berhari raya dan menunaikan ibadah korban bersama-sama. Seronoknya kalau nenek dan mak masih ada. Berkumpul ramai-ramai. Apakan daya..mereka pergi dulu.

Sebelum balik ke Sabah sempat juga saya ke airport sekejap jumpa mereka. In sha Allah ada rezeki kemudian hari jumpa lagi.


Wasalam,
Su


No comments: