Friday, June 17, 2016

Dugaan Bulan Puasa 2016

Assalamualaikum...

Hari ni dah hari ke 12 kita berpuasa. Alhamdulillah....ni puasa tahun ke-6 buat saya. Syukur lah sebab saya OK je kalau berpuasa, boleh ikut dan tak ada halangan pun. Lapar dahaga tu biasa la..semua ortang pun lapar dahaga...dah namanya puasa..mesti la kena bertahan dari semua tu. Bukan makan minum sahaja yang diberi perhatian malah percakapan, penglihatan dan pendengaran kita pun kena jaga.

Pagi tadi, suami whatsapp saya gambar kereta dia remuk. Dia kemalangan kecil semasa dalam perjalanan nak ke sekolah. Alhamdulillah dia tak ada apa-apa...cuma kereta saja remuk sebelah kiri. Cerita penuh belum tahu lagi sebab memang tabiat kami suami isteri bila jumpa baru cerita lebih detail. Dugaan sungguh di bulan yang mulia ni. Tapi tak apa, asalkan semuanya baik-baik saja dan selamat. Kereta tu boleh di baiki. Cumanya perbelanjaan la kena berjimat. Terkubur la nak beli baju raya 2, 3 pasang. Hihi..tak ape, in sha Allah nanti habis belajar, saya dapat kerja lebih terjamin dan gaji lebih kukuh, boleh la berbelanja lebih sikit. Sekarang, kena la berkorban dan besederhana dulu. Bersabar...rezeki Allah bagi juga nanti.

Oh ya..jadual kuliah semester 2 dah keluar 2,3 hari yang lepas. Kuliah bermula 23 Julai nanti. Dalam sebulan lagi. Semoga urusan permohonan saya untuk bayar yuran semester 2 nanti dipermudahkan. In sha Allah....

Hmmm...ok la, tu je nak share. Semoga semua urusan saya dipermudahkan. Amin...


Wasalam,
Su

No comments: