Tuesday, December 6, 2016

Hari Kedua Duduk Meja Sendiri

Assalamualaikum....

Semalam awal sampai pejabat, dari kejauhan dah nampak staff cuti bersalin tunggu luar pejabat sebab dia tak ada kunci lagi. Lagipun semalam hari pertama dia kerja di pejabat baru sejak berpindah tiga bulan lepas...

Jadi, saya dah tak perlu duduk tempat dia lagi dah. Seronok je ganti tempat dia 2 bulan ni tadi sebab sorang-sorang dan sunyi je kat bawah tu..aman damai. Atas ni macam ragam manusia... hehehh... bertabah la... aura dan semangat di pejabat baru ni pun belum ada lagi. Lagi-lagi saya dah tak pegang jawatan lama.. terasa kebosanan di situ.

Tak ada idea lagi nak share apa...

Oh ya...alhamdulillah hari ni genap seminggu sepupu saya pun sudah memeluk agama Allah, agama Islam. Tak percaya tapi sangat bersyukur sebab hidayah Allah siapa dapat menduga kan? Semoga dia menjadi hamba Allah yang sentiasa taat dan mengikut perintahNYA. In sha Allah sama-sama kita mencari redha Allah ye dik.

Hmmm...minggu lepas balik kampung, syok sangat kakak saya ada hantar buah durian. Berebut-rebut kami empat beranak makan sebab sebiji je elok. Buah masih peringkat awal masih belum elok buahnya, rasanya seminggu lagi elok la buah durian tu. Nak balik lagi la minggu ni. Hehehhh...

Minggu ni baru nak start buat proposal...pening deh sebab macam kena buat sekali lagi tu.... Oh kerangka teori.. Oh pernyataan masalah... Oh oh oh....


Ok la..nanti bebel-bebel lagi...

Wasalam,
Su

Wednesday, November 16, 2016

Kolokium 1

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, 12 Nov kami bentang proposal kajian dari Bab 1 sampai Bab 3. Gerun OK...walaupun masa degree dulu pernah hadap viva. Tapi masa degree lawak...sebelum dan selepas bentang sikit je cerita pasal kajian..banyak cerita pasal peribadi... Haha...kenapa pasal peribadi? Sebab masa tu saya baru je peluk agama Islam...so, interview la pasal tu. Seronok sangat semua pensyarah masa tu. Alhamdulillah....

Bentang proposal hari tu, saya peserta kedua...konon tenang tapi hati dupdapdupdap... Alhamdulillah pensyarah terima dan puji proposal saya. Cuma perbetulkan sikit je. Bersyukur sangat sebab pensyarah banyak membantu dalam memberi idea.

Kolokium sepatutnya 8am-5pm, kami boleh habiskan sampai makan tengah hari...selesai jumpa penyelia untuk perbincangan, boleh balik dah.... Fuhhhh...lega rasanya. Rasa berbaloi pengobanan masa dan tenaga semester 2 ni... In sya Allah mampu capai GOT.


Wasalam,
Su

Wednesday, November 9, 2016

Dah 3 Tahun Dalam Dunia Blog

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar rupa-rupanya dah 3 tahun saya berkecimpung dalam bidang blog ni ya.... Masih lagi baru dan masih lagi belum pandai attract pembaca. Tapi saya pun tak bagitahu orang saya ada blog... Hehehhh... Di facebook pun saya tak pernah share pasal blog saya ni. Kawan-kawan pun tak tahu...cuma seorang sepupu dan suami je tahu. Ni la salah satu sebab kenapa rating blog saya tak naik.... Tak apa..slow2...lagi pun penulisan saya biasa-biasa je... Saya pun nak penulisan saya ada manfaat buat semua... Setakat ni, saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri je... Ingin juga join event blogger tapi tak kesampaian lagi sebab kebanyakan event dibuat di semenanjung... By the way, nanti tiba juga masanya saya share tentang blog saya di facebook dan instagram.... Sekarang ni sesiapa terjumpa dan terbaca je kot..hehehh..kalau ada sesiapa kenal..penpen la kat komen eh....

Wasalam,
Su

Monday, November 7, 2016

Sukan Sekolah Tabika KEMAS Kpg Melayu, Kota Samarahan

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, 5 Nov, 2016 hari sukan di sekolah Shafiyah...semangat ni kami empat beranak pergi berbaju biru, adek je baju lain...tp berkasut sukan jugak..jadi perhatian ramai sebab berlari sana sini..hehehh...

Hari sukan, mak-mak diminta sediakan hidangan kuih muih atau kuih basah dan kena hias...kiranya untuk pertandingan jugak la...Saya bagitahu mak mertua seminggu sebelum...dia offer nak buah kuih tradisi "kuih bongkol"...nanti dia suruh adik ipar buat kek pula...tapi saya cakap saya nak buat sendiri. So, saya ingat nak buat kuih talam berlauk...google resepi, print...malam sebelum hari sukan tu, saya buat la kuih talam buat pertama kali ikut resepi. Hehehhh...

Enjoy sangat join sukan ni..hehehh...saya no last pertandingan mkn buah tembikai..terkejut sungguh saya bila saya baru segigit dua je, orang sebelah dah berlari ke depan...sekali saya orang last dari 5 orang peserta wakil kumpulan..hahahhh...gilerrr....sama la saya ngan Shafiyah...tak terror dalam pertandingan makan buah tembikai....Shafiyah tak sanggup nak telan biji...saya pun samaaaa..hahahhh....mak anak sama jeee...

Membanggakan Shafiyah juara pertandingan mengail..ape la hadiahnya dapat..sebab cikgunya kata anak2 terima hadiah hari ni...kami ibu-ibu dan anak-anak berumur 6 tahun yang menyertai pertandingan membaca dapat hadiah pada hari Sabtu tu...

Kumpulan saya kumpulan belang dapat no 3..dapat hamper botol air dan bekas makanan....Part paling best, saya menang tempat keempat pertandingan buat kuih basah...Iyeee...kuih talam berlauk saya tuuuu...hahahahaahhh...tak sangka betul..hiasan tak ada lansung pulak tu...rezeki namanya. Alhamdulillah....sedap juga kuih buatan saya ye...

Next, 18 November ada penyampaian hadiah dan pertandingan pakaian beragam. Stay tune....


Wasalam,
Su



Friday, October 28, 2016

Pengeluaran Akaun 2 KWSP Tujuan Pendidikan

Assalamualaikum....

Saya tengok entry saya berkenaan Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP agak tinggi ranking... So that, mari lah kita cerita berkenaan Akaun 2 KWSP yang baru-baru ini saya uruskan untuk tujuan pembayaran yuran pengajian master saya.

Dalam entry tu saya cakap saya main ikut je cakap majikan kan...majikan kata buka, buka je akaun KWSP...yes...betul..tak tahu fungsi pun..hahahhh.... Tu dulu la...sepuluh tahun dahulu...Tapi sekarang secara tak lansung, saya dah buat dua perkara penting dalam hidup saya dengan KWSP. Selepas 7 hingga 10 tahun, saya dah buat 2 pencapaian yang memuaskan dengan KWSP.

Pertama, saya dah buat draf KWSP untuk Tabung Haji saya...yang ni saya buat semasa buka Akaun Tabung Haji tak lama lepas peluk agama Islam la...

Kedua, saya dah buat pengeluaran tujuan pendidikan saya sendiri... Yang ni sebenarnya saya kalau boleh nak hold dulu. Dah buat surat confirmation dari IPS, UPSI untuk Semester 1. Tapi surat tu cuma valid 1-2 bulan saja. Sebabnya semester 1 saya dapat tajaan dari Baitulmal Sarawak. Jadi tak ada masalah dalam pembayaran yuran. Cuma tambah sikit guna duit bonus. Semester 2 pun saya ingat nak hold juga sebab saya ada buat permohonan untuk tajaan Yayasan Sarawak. Tapi, saya risau tajaan Yayasan Sarawak lambat respon, baik saya buat KWSP sebab kalau double payment untuk yuran pun boleh buat refund. Jadinya, saya mohon lagi surat conformation dari IPS, UPSI. Dapat je surat tu, saya sediakan la segala apa yang perlu. Oh ya, sebelum tu, saya tukar nama dahulu di KWSP sebab belum ditukar ke nama baru (Nama Islam). Urusan tu sekejap je. Bawa salinan MyCard, surat perakuan memeluk agama Islam dan surat beranak. Pergi KWSP tukar nama, tunggu 2-5 hari bekerja, nama akan tukar kata pegawai yang bertugas. Tetapi, memandangkan saya ada i-Akaun, so saya boleh semak secara online, esoknya nampak nama dah tukar dah. So, boleh teruskan langkah untuk permohonan pengeluaran pendidikan pula. Masa ni, saya sediakan juga salinan MyCard, surat perakuan memeluk agama Islam, surat beranak, surat tawaran master dan jadual yuran pengajian. Urusan untuk ni pun sekejap je di pejabat KWSP. Proses pemotongan pun beberapa hari dah approved. Tapi bila cek di Finance, Student Portal tak update lagi..risau la saya kan...mula-mula biarkan je. Masuk minggu ke-2, dapat surat yang pemotongan pendidikan dah diluluskan. Ambil gambar tunjuk dekat pihak pengurusan fakulti maklumkan dah bayar yuran untuk semester 2. Masuk minggu ke-3 tak update juga dalam Finance, Student Portal.. saya mula call KWSP, rupanya proses pembayaran yuran saya guna cek dan diposkan. Pihak KWSP sangat membantu, mereka bagi tracking number, saya semak dah sampai ke UPSI. Saya update pula dengan IPS dan mereka kata once dah dapat, akan update di Finance, Student Portal memandangkan saya dah dapat surat dari KWSP. Baru la saya lega...banyak tu walaupun tak seberapa banyak...hahahhh.... then, minggu ke-4 baru la dalam sistem Finance, Student Portal update. Kali ini baru betul-betul lega dah....boleh duduk exam dah...yeayyyy....

Pasal permohonan tajaan Yayasan Sarawak saya pula, tak diluluskan atas sebab program saya ambil ni di anggap PJJ. Disebabkan saya malas nak fikir, ok fine...walaupun saya dah banyak buang masa sana sini uruskan penolakan PTPTN. Puas semak di laman web kata dalam proses, alih-alih dapat surat ditolak. Tak selari. Nasib baik saya buat KWSP.

Jadinya, KWSP banyak beri kebaikan kepada saya secara peribadi melalui Akaun 2. Dah 2 perkara dah buat. Alhamdulillah....sedikit sebanyak membantu saya untuk lebih bersemangat menghadapi hari-hari yang mendatang. Terima kasih KWSP.

Pasal Akaun 1 umur 55 tahun ke atas la baru cerita. So, readers tunggu saya update entry 25 tahun lagi k...hihi...


Wasalam,
Su


Thursday, October 27, 2016

Ceritera Semester 2 Master Pengurusan Pendidikan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah lepas exam ni lega sikit...lega sikit je la...kenapa? nanti cerita....sekarang, nak cerita pasal sepanjang pengajian sem 2 ni.

Bagi saya la kan..semester 2 ni cepat je berlalu walaupun sem 2 ni la terbeban sangat rasanya. Assignment.... ya Ya Rabbi...banyak sungguh. Hahahhhh...Risaunya pointer jatuh. Hmmmm....

Sebelum exam hari tu bawa anak pergi checkup setahun 6 bulan ke klinik kesihatan ibu anak. Kebetulan semasa jumpa Dr dan Dr tu pernah handle kes saya terkena bell's palsy n keguguran kandungan ke-2 dulu. Saya cerita la dekat Dr tu sekarang mcm bell's palsy tu nak datang balik je sebab masa lepas exam semester 1 bulan 4 hari tu dah kena bell's palsy kali ke-2 dan amik masa 3 bulan nak recover. Stress bahagian kanan muka sampai sekarang. Sekarang pun macam something wrong part mata... so, Dr ambil kes saya dan bagi saya ubat Prednisolone, iaitu sejenis ubat kortikosteroid atau steroid. Fungsi ubat ni adalah untuk mengurangkan keradangan, bengkak dan kesakitan. Honestly masa makan ubat ni, rasa stress part yang berkaitan semakin menjadi-jadi. Mungkin itu adalah satu tindak balas.

Sabtu ahad lepas pulak final exam untuk semester 2. Hoehhhh..penulisan pun belum hantar lagi ni....poning den...mula la jadi burung hantu....tak tentu tidur..hahahhhh..padan muka...mana dengan ulangkajinya lagi....

Jumaat malam Sabtu saya tidur awal, bangun dalam jam 4am untuk ulangkaji. Ualngkaji..khatam dah...mandi....jam 8.10am gerak...sekali jalan jem daaaa....dengan hujan renyai nya lagi...selit mcm mana pun tetap kena hadap jugak follow kereta slow kat depan berbaris-baris umpama perarakan sedang berlaku mengiringi daku ke destinasi peperiksaan akhir semester 2 ini.. Sampai la ke kawasan Tabuan, tengok jalan biasa pergi kuliah jem, belok guna jalan alternatif guna highway la dalam perancangannya....sepanjang jalan tu pun pancaroba jugak, ada juga jumpa jalan tengah baik pulih la...hadoi....tinggal 10 minit lagi nak jam 9 pagi okeyyy....masuk highway lega sikit....sekali dah nak dekat dengan Swinburne University, homaiiiiii salah jalan pulak di flyover!!! masuk kawasan Pending pulak. Habis laaaa...exam jam 9 pagi ok...tengah otw ada gak whatsapp kawan2...diorang semua dah sampai... Dugaan sangat di hari pertama.... Call suami nak tanya mana kena u-turn, tak angkat pulak. Redha je la..nasib baik jmp u-turn....sampai-sampai je, parking pulak jauh...hahahhh....terima je la hakikat. Masuk bilik peperiksaan, semua seronok menjawab. Saya start jam 9.17pagi. Buat buat buat..siap juga sampai ke titik saat yang terakhir jam 11.35pagi...Pensyarah tanya sempat siap tak...saya jawab sempat la.. Syukur dapat jawab...Actually mereka start 9.05pagi... Tapi, boleh pulak member lain masa dah tamat minta extra masa sebab tak jawab lagi satu soalan 50 markah...hamboihhhh....siap rujuk buku okey bila kami kumpulan berbincang dengan pensyarah pasal exam keesokan harinya. Ada gak org mcm tu..smp saya terfikir, diorang ni cikgu...tapi kenapa bersikap mcm tu...hohemgi sangat perangai kan....

Hari ahad pula awal sikit sampai...jawab exam hari Ahad pun tak stress sebab tak banyak soalan mcm hari Sabtu tu....Ramai kawan-kawan siap awal pulak tu....best. Tapi prinsip saya lain...sejak dari dulu lagi..walaupun saya dah siap awal, saya tetap akan tunggu sampai tamat masa peperiksaan. Actually saya pun siap sejam awal... Ye la takut menyesal, baik saya tunggu masa tamat...sambil-sambil tu baca balik soalan dan jawapan...hasilnya, dapat saya tambah sikit-sikit apa rasa kurang.

Balik je exam, terus siapkan penulisan sebab kena email dekat pensyarah hari tu juga. Suami ajak bawa anak jalan-jalan sambil beli barang dapur pun tak dapat ikut... At last, esoknya juga la hantar sebab line internet kat rumah segan sangat nak tunjuk muka.

Sekarang tengah struggle untuk Kolokium pula 12 Nov nanti. Semoga penulisan saya diterima dan boleh diteruskan. In sha Allah...



Wasalam,
Su

Friday, October 14, 2016

Happy 30th birthday to me!! Thanks mom...dad...

Assalamualaikum....

Terjaga dari lena, tengok-tengok jam dinding tunjuk12.25am...eh, 12.25am ke 5am ni? Tak puas hati..capai hp kat sebelah...betul la 12.25am...haha...maknanya tarikh dah bertukar dari 13 oktober ke 14 oktober. Tiba hari memperingati ulangtahun kelahiran saya ke 30. Tak sangka ya dh capai umir 30 tahun...rasa baru semalam berlari-lari dengan kawan-kawan main macam-macam mainan....macam baru semalam je duduk UPSR, macam baru semalam naik sekolah menengah...macam baru semalam cinta-cinta monyet..ehhhh..haha...ye la....macam baru semalam je aku masuk universiti, 1st time jauhhhh dengan family....macam baru semalam je aku kahwin...macam baru semalam aku konvo degree...macam baru semalam aku lahirkan anak pertama....ye....macam baru semalam mak tinggalkan aku sorang-sorang kat dunia ni...dah tak ada tempat bermanja, tempat mengadu, tempat untuk aku bersandar sebaik mak....semoga mak damai dan tenang serta ditempatkan di kalangan orang-orang pilihan Allah di tempat yang baik d sana...aminnnn....

Seperti yang saya sedia maklum, sebelum saya dilahirkan, mak warded di Sarawak Government Hospital, Kuching selama sebulan. Tak iangat dan tak pasti sebab apa...Masa tu kakak atas saya berumur 6 tahun..hihi...kesian dia...mak kata dia sangat excited nak dapat adik. Kakak saya tu sayang sangat kat saya...actually dia sorang je panggil saya adik....kakak atas lagi n abang sulung panggil nama je...haha..what ever..semua tetap sayang saya sampai tahap saya ni mangsa buli...hahahhh...

Tu semua kenangan...hidup dalam keluarga kami berubah satu persatu sejak berlaku perkahwinan dalam kalangan adik beradik...mula-mula abang kahwin...tak terasa sangat perubahan tu sebab dia dan isteri stay dengan family..almaklum la..anak sulung..satu-satunya anak lelaki pulak tu..bezanya cuma ada ahli keluarga bertambah...paling seronok bila pada tahun 1999, kami dianugerahkan cucu pertama buat keluarga kami, anak sulung abang saya...bertambah-tambah ceria keluarga kami..semua sayang anak buah sulung kami tu...then, kakak kedua kahwin...dah mula terasa kehilangan sebab dia ikut suami...rumah tak la jauh sebab sekampung je pun...dari share katil 1 bertiga, jadi berdua dengan kakak pertama pulak....tak lama lepas tu, kakak pertama pula kahwin..pun ikut suami dia..masa tu saya form 5...2004. Terasa sangat kali ni suny walaupun dia sama juga tak jauh, daerah yang sama je...Tapi mula rasa satu perubahan...tidur malam saya sorang-sorang...xde girls talk dah sebelum tidur.

Tapi, terasa kehilangan yang paling ketara dalam family kami bila mak meninggal. Semua jadi kelam kabut, kucar kacir...rumah dah tak berseri seperti dulu...rumah kurang bau wangian masakan...kurang haruman kekemasan...

Mak tinggalkan kami setelah segala tanggungjawabnya di dunia ni selesai. Dia dah tengok saya kahwin, dah tengok konvo, dah tengok mengandung..cuma....mak tak sempat tengok anak pertama saya...masa tu kami bersama-sama bertarung. Awal tahun 2012...mak bertarung nyawa dengan penyakit dihidapi nya, saya bertarung nyawa untuk melahirkan anak pertama. Walaupun dalam pantang, saya tetap ulang alik hospital melawat mak, mak cuma dapat tengok gambar anak saya...menitis air matanya...

Terima kasih mak sebab melahirkan saya di dunia ni... Terima kasih mak sebab membesarkab saya dengan penuh kasih sayang... Terima kasih mak sebab tak jemu-jemu melayan karenah saya dalam meniti kehidupan... Terima kasih mak sebab jadi mak, sahabat, guru dan role model kepada saya... Terima kasih mak sebab sporting sangat... Terima kasih mak sebab bagi kahwin walaupun masa tu masih belajar...hihi... Terima kasih mak sebab menjadi tulang belakang dan pendorong kepada saya untuk terus memperjuangkan hidup untuk berjaya... Terima kasih mak... Terima kasih...

Apak... Terima kasih sebab selalu bersama mak sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Terima kasih sebab besarkan kami adik beradik dengan penuh kasih sayang... Terima kasih sebab tak jemu mendidik kami untuk menjadi manusia.. Terima kasih apak sebab bagi juga kahwin...haha... Terima kasih apak... Terima kasih... Semoga apak sihat, panjang umur, murah rezeki dan bersemangat untuk meneruskan hidup bersama kasih sayang mak.

Saya akan teruskan perjuangan hidup saya untuk menjadi manusia yang ada sumbangan untuk agama, bangsa dan negara. Semoga saya menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya SUMAYYAH...pergi meninggalkan dunia ni dengan redha dariNYA dengab penuh husnul khotimah... Berbahagia bersama suami yang sangat dicintai dan ditaati di jalan redha Allah bersama anak-anak yang dikasihi... Semoga saya menjadi isteri dan ummi yang mithali... Semoga saya berjaya dengan penuh kebanggaan dalam Master saya. Semoga saya berpeluang memperoleh segala yang diinginkan dalam hidup...  In sha Allah..aminnn...

Terima kasih di atas segala kebaikan yang diberikab kepada saya di dunia ini. Semoga Allah membalasnya dengan penuh Rahman dan Rahim.

Semoga di usia 30 ini, saya dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan supaya saya boleh menjalankan tanggungjawab saya sebagai hamba Allah, sebagai isteri yang solehah, sebagai ummi yang mithali, sebagai anak yang sentiasa mengenang jasa ibu bapa, sebagai menantu yang baik, sebagai pelajar yang berjaya, sebagai pekerja yang berhemah tinggi dan sebagai adik, rakan, sahabat, kawan, sepupu, pendek kata sebagai manusia yang baik. In sha Allah...

Selamat hari jadi ke 30 Coroline Anak Masmin @ Sumayyah Humaira Binti Masmin.

Wednesday, July 27, 2016

Bermula Episod Cabaran dalam Master Pengurusan Pendidikan...Chaiyokkkk...

Assalamualaikum....

Macam mana raya korang??? (eh..ade ke yang baca n jawab?) hihi....
Alhamdulillah raya tahun ni seronok sangat sebab semua adik beradik suami ada dan berkumpul semua. Syukur...Rezeki ibu dan ayah mertua dapat tengok anak menantu serta cucu-cucu berkumpul. Semoga Allah sentiasa anugerahkan kesihatan yang baik dan panjangkan umur mereka berdua untuk terus melihat perkembangan dan kejayaan zuriat da waris mereka. Begitu juga ayah saya, semoga ayah pun dikurniakan kesihatan yang lebih baik dan dipanjangkan umur untuk melihat anak menantu serta cucu-curu meraih kejayaan demi kejayaan. Amin...

Selepas cuti panjang 3 bulan (macam cuti beranak pulak), setapak lagi saya melangkah bagi meneruskan perjuangan saya dalam Master ni. Alhamdulillah syukur dah semester dua dah sekarang. 23 Julai 2016, kelas pertama iaitu Kaedah Penyelidikan Pendidikan pembuka semester kedua ini. Pensyarah yang mengajar pun Dekan kami sendiri iaitu, Prof Madya Dr. Hamidah. 2 hari kelas dah cover sampai bab 1 sampai bab 3 untuk buat penulisan..hoahhhh..moga maju jaya...

Oh ya...saya dah ada tajuk nak buat tapi...macam mana nak buat??? Tu tak tahu lagi... Kena buat jugak... Kena kuat semangat.. Moga-moga berjalan lancar hendaknya. Amin...

Ok la..nak taip entry ni je makan masa yang lama..skip-skip... Wish me a luckkkkk!



Terima kasih membaca.

Wasalam,
Su.

Friday, June 17, 2016

Dugaan Bulan Puasa 2016

Assalamualaikum...

Hari ni dah hari ke 12 kita berpuasa. Alhamdulillah....ni puasa tahun ke-6 buat saya. Syukur lah sebab saya OK je kalau berpuasa, boleh ikut dan tak ada halangan pun. Lapar dahaga tu biasa la..semua ortang pun lapar dahaga...dah namanya puasa..mesti la kena bertahan dari semua tu. Bukan makan minum sahaja yang diberi perhatian malah percakapan, penglihatan dan pendengaran kita pun kena jaga.

Pagi tadi, suami whatsapp saya gambar kereta dia remuk. Dia kemalangan kecil semasa dalam perjalanan nak ke sekolah. Alhamdulillah dia tak ada apa-apa...cuma kereta saja remuk sebelah kiri. Cerita penuh belum tahu lagi sebab memang tabiat kami suami isteri bila jumpa baru cerita lebih detail. Dugaan sungguh di bulan yang mulia ni. Tapi tak apa, asalkan semuanya baik-baik saja dan selamat. Kereta tu boleh di baiki. Cumanya perbelanjaan la kena berjimat. Terkubur la nak beli baju raya 2, 3 pasang. Hihi..tak ape, in sha Allah nanti habis belajar, saya dapat kerja lebih terjamin dan gaji lebih kukuh, boleh la berbelanja lebih sikit. Sekarang, kena la berkorban dan besederhana dulu. Bersabar...rezeki Allah bagi juga nanti.

Oh ya..jadual kuliah semester 2 dah keluar 2,3 hari yang lepas. Kuliah bermula 23 Julai nanti. Dalam sebulan lagi. Semoga urusan permohonan saya untuk bayar yuran semester 2 nanti dipermudahkan. In sha Allah....

Hmmm...ok la, tu je nak share. Semoga semua urusan saya dipermudahkan. Amin...


Wasalam,
Su

Monday, June 13, 2016

Cerita di Semester 1

Assalamualaikum....

Alhamdulillah tak lama lagi semester 2 pula bermula. Lama sangat cuti ni, kena refresh banyak..haha...

Sepanjang pengajian semester 1, syukur semua baik-baik sahaja walaupun saya bukan seorang guru seperti kebanyakan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Saya masih mampu catch up apa yang pensyarah ajar. Walaupun kadang-kadang saya rasa teruk sangat sebab baru belajar terma-terma pendidikan. Seriously, sukar bagi saya sedangkan rakan-rakan guru lain dah hadam sangat. Jadi, semua itu bukan alasan...saya buat banyak research dan baca semuanya. Hafal mana perlu dan minta bantuan rakan seperjuangan.

Semasa buat tugasan individu, saya buat apa yang saya rasa boleh buat. Tugasan berkumpulan pula saya tak berani campur tangan banyak...begitu juga semasa membenteng. Saya tak tahu nak kongsi apa dan berkongsi pengalaman. Baca slaid seperti dalam powerpoint saja la macam tu je. Mana yang saya rasa boleh tambah, saya tambah...ada juga rakan kumpulan bantu kena cakap apa. Syukur mereka faham. Saya harap semester 2 nanti saya boleh bagi idea bersama-sama banting tulang untuk siapkan tugasan.

Para pensyarah pun sangat membantu. Syukur alhamdulillah....sangat bermotivasi dan bersemangat semasa menjalankan pengajian. Begitu juga pegawai sokongan fakulti serta perpustakaan UPSI.

Alhamdulillah saya sangat-sangat bersyukur kerana impian saya untuk belajar di UPSI suatu ketika dulu menjadi nyata. Walaupun lambat tapi nikmatnya besar kerana berjaya sambung belajar di peringkat Master. Namun, UiTM tetap di hatiku kerana saya berjaya peroleh Degree di situ.

Sepanjang pengajian saya di semester 1, macam-macam dugaan saya tempuhi sampai ke penamatnya. Pertama sekali dah tentu masalah kewangan sebab saya taja diri saya sendiri. Alhamdulillah Baitulmal sudi bantu hampir penuh yuran pengajian semester 1...dapat RM4,800.00, saya cuma topup RM1,200.00 dan RM250.00 untuk yuran pendaftaran. Jumlah yuran untuk semester 1 sahaja RM6,250.00. Sebelum dapat bantuan dari Baitulmal, suami dahulukan duit dia dulu. Rezeki saya dimurahkan lagi, saya dapat bonus tahunan dari company pula. Dah tak ada masalah lagi. Nanti untuk semester 2, saya akan fikirkan alternatif lain pula, in sha Allah rezeki Allah tu luas dan tak diduga. Nak berjaya, kena berkorban. Haha..itu baru yuran semester 1...belum lagi semester 2, 3 dan 4... Jumlah keseluruhan RM21,000.00 ye. 3 semester seterusnya ni RM5,000.00 setiap semester. Tapi jangan risau, boleh bayar ansur-ansur. Keduanya pasal pembelajaran seperti saya dah cerita atas tadi. Pun saya boleh cover sebab rakan-rakan sepengajian semuanya membantu. Alhamdulillah... Dan ketiga, setelah berhempas pulas buat tugasan individu, kumpulan, ujian, kuiz dan peperiksaan, saya kena Bell's Palsy kali kedua selepas 2 tahun yang lepas. Kali ni saya hidap lama sikit sebab sekarang pun belum sembuh sepenuhnya. Bertabah sahaja lah... Hadiahnya keseluruhannya, saya berjaya peroleh pointer yang tak tercapai dek akal, 4.00. Alhamdulillah...nikmat mana yang hendak didustakan. Allah bagi ujian, hadapi dengan penuh tenang, in sha Allah ada lagi yang lebih baik DIA bagi. Terima kasih Allah. Sujud syukur!

Sebenarnya banyak lagi saya nak share kat sini, tak apa, nanti ada masa terluang, saya usahakan juga tulis. Lambat pun tak apa...janji tulis. Yang bacanya sendiri juga...hehehhh...saya tak rancang nak war-warkan blog saya kepada orang lain sebab saya nak biar oarang lain cari, jumpa, baca dan peroleh manfaat dari apa yang saya coretkan berdasarkan pengalaman dan merumuskan hasil bacaan saya sendiri.

Ok la...terima kasih membaca tau... Wasalam

Su

Friday, April 29, 2016

Sembang-sembang Dalam Blog

Assalamualaikum....

Selamat tengah hari dan Salam Jumaat... Hari ni rasanya ada free sikit nak update blog ni. Bosan sendiri pula tengok blog sendiri tak update.

Kekadang terfikir juga, dah ade ke yang kenal saya, terjumpa dan terbaca blog saya ni... Ye la, mana tau masa google-google tu pappp baca entry dalam blog ni...sekali tengok penulis..."eh...dia ni rupanya yang tulis..kenal2..." Hahahh..macam tak ada sapa pun bagitahu secara personal, tak ada la tu~~~

Tak ada, tak apa la...lagipun apa saya tulis, apa yang saya alami secara lansung melalui pengalaman diri sendiri je. Jarang nak ulas-ulas perkara luar pengetahuan saya sendiri...bukan apa..takut silap fakta..takut info tak sahih...takut nanti jadi fitnah. So, saya ambil pendekatan yang mudah, tulis pengalaman diri sendiri je senang. Cerita pasal diri-sendiri, keluarga, kawan-kawan dan ilmu yang saya dapat.

Sebenarnya banyakkk perkara saya nak kongsi cumanya masa nak menulis tu kurang ada...hihi...nak menaip guna hp mcm tak best kalau tak ketuk-ketuk keyboard.

Hari ni bos pergi travelling lagi. Bodyguard dia datang-datang office je bawa udang segra, ketam segar, serai dan bawang putih...dia suruh masak rebus je kat office. Cepat je saya buat....Siang-siang udang dan ketam, ketuk-ketuk bawang putih dan serai, bubuh garam dan perasa sikit, letak air sikit...rebus je macam tu... Siap...Heaven sungguh ratah macam tu je. Saya merasmikan masakan, saya juga habiskan kejap tadi makan dengan maggie kari....sedapnyaaaaa.... Gambar ada tapi malas nak transfer dan upload.

Ok la...nanti ada kelapangan sembang lagi...


Terima kasih membaca... Wasalam,
Su

Tuesday, March 15, 2016

Shafiyah Demam Panas

Assalamualaikum...

Lama tak mencatit dalam blog ni...malas nak menaip satu hal yang kenapa la susah sangat nak buang. Sampaikan entri pasal Syafiq secara rasminya pun tak ada lagi. Kesiannya adek..hehehh...sekarang dah cecah umur 10 bulan setengah dah budak banyak akal tu...aktif sangat. tapi ummi nya tak jugak kurus-kurus... tak tahu la.. apa masalah saya ni ntah... masa mengandung elok je kurus... (tapi ade jugak kencing manis masa mengandung..hairan!)...5 bulan lepas melahirkan body ok lagi..perut kempis lagi...tapi sekarang mak aiiii...perut ni kenapa suka sangat simpan lemak ye...tensi!!!

Melalut pulak sebab lama tak update blog...

Ni...Syafiyah demam panas sejak balik sekolah hari Jumaat lepas. Saya balik kerja petang tu tengok nenek dia tengah buai dia dalam buaian...mula-mula ingat si adek...sekali si kakak... Neneknya kata dia demam panas... saya terus menuju arah Shafiyah dan buat apa patut...lap-lap dulu badan sebab panas sangat. dah la dia siap sakit kaki...penat kot... lepas lap-lap badan...urut-urut kaki..saya bawa mandi. Start dari situ la saya layan dia je..nasib baik adek ok je... Suami pula ada program di sekolah lama. Satu malam saya kurang tidur jaga Shafiyah. Pagi ada kurang panas lepas bagi ubat malamnya tu. Pukul 10 pagi bagi lagi penadol sirap tu...Suhu sentiasa monitor...turun sikit...lepas tengah hari panas balik... Mula la saya risau balik... Petang tu saya terus bawa je pergi Klinik 1 Malaysia. Sampai klinik pukul 2.20 petang...tengok klinik tutup. Turun tengok notis...klinik tutup jam 2-3 petang... ok la...saya minta Shafiyah sabar dulu.. Kami tunggu je dalam kereta depan klinik. Pukul 3 petang klinik buka je terus masuk... Kira pelanggan pertama untuk petang tu la. Masalahnya Penolong Pegawai Perubatan lambat... Berderau darah saya...badan Shafiyah makin panas...10-20 minit sabar saya boleh tahan lagi sebab jururawat dan pembantu di kaunter ada mohon maaf. Tapi mereka pun bising juga sebab Pen. Peg. Perubatan tu lambat masuk... dah pukul 3.30 petang pesakit makin ramai masuk... Saya dah tak tahan lagi terus sound... "Tak boleh contact dia ke?".. "Mana integriti dia?"... jururawat dan staff sorang tadi pun tak boleh jawab saya sebab mereka pun tak tahu dan marah juga. Tak lama lepas tu panjang la umur Pen Peg Perubatan tu....nampak kelam kabut masuk..baju berpeluh... tanpa rasa bersalah lalu je depan kami semua masuk bilik... Lepas tu jururawat mention "Baru sampai pun dia."... Lepas tu nama Shafiyah di panggil. Saya tak nak la ikut perasaan marah... Layankan je...tapi saya marah dia sebab dia tanya berat badan Shafiyah...saya kata ada dalam rekot dalam kad pink dia. Dia tanya sama lagi ke 16kg..saya jawab la mana tahu..saya mana ada alat penimbang...lepas tu dia suruh timbang... 15.5kg..dia cakap tengok..jauh beza berat badan...huk alah...aku salah ke? Then, dia panggil jururawat cucuk penadol bontot kat Shafiyah. Settle amik ubat... Balik. Shafiyah kata nk makan pezzo..bawa la dia pergi mkn...tapi dia tak makan banyak. Tak apa..at least ada makan sikit.

Balik tu continues monitor suhu dia...turun jap..nanti naik lagi...saya dah mula stress dan nangis-nangis. Sebab keadaan Shafiyah sampai tahap tangan dia nampak urat-urat timbul....lepas tu kebiru-biruan..bila dia sedar saya urut tangan, dia kata tangan sakit...rasanya memang penat la tangan tu...darah tak lancar...risaunya saya...Suami at last balik tengah malam... Tapi bila abahnya dah ada, dia mula la merengek-rengek pula. Kalau dia tak suka kena lap, nanti mengadu dekat abahnya. Kalau tak nak makan ubat, mengadu lagi... Tak nak makan minum pun mengadu...Tak nak mandi apa lagi... Oh my....bertambah-tambah stress dan susah hati. Abahnya bersifat lembut dan mudah kasihan...saya pula bersikap mudah risau..kalau tak lap nanti panas...kalau tak makan ubat ikut sukatan nanti tak berkesan...kalau tak makan minum nanti lemah..kurang air dalam badan..nanti penghidratan berlaku...ye saya sepatutnya tak boleh berfikiran terlalu negatif tapi rasanya saya perlu tegas demi kebaikan demi keselamatan, demi kesihatan dan demi masa depan.

Ahad pula pergi kenduri. Mulanya saya tak nak tapi Shafiyah kata nak makan bubur McD...Ikut la juga...kenduri kami 3 beranak tak turun kereta. Balik kenduri singgah makan bubur McD. Mkn sesuap je lepas tu dah. Alahai la anakkkk.... balik tu ok...dia pun dah rasa sihat. Kami 3 beranak sambung tidur...then suami patah balik ke sekolah lamanya. Bangun tidur Shafiyah kata dia sihat...saya pun happy...Shafiyah pun start la ulang alik rmh kakak ipar. Saya ambil dia sebab nak ajak mandi..dia tidur pula kat rumah mak wo dia...berselimut...tubuh panas...alahai....susah hati balik saya dibuatnya...saya ajak balik, ajak mandi... Lepas mandi makan tak nak...makan ubat...dah tu, mula la datang balik sakit kaki...lepas tu suami balik. Malam tu saya start buat assignment saya...siap dalam pukul 1 pagi saya mandi...baru masuk tidur...Tapiiii..tidur tak lena...Shafiyah merengek-rengek je seanjang malam...sakit perut pulak. Suruh makan tak nak... suami ambil nasi tak nak..kata nak mi..suami msak meggi, ada la 4-5 urat mi dimakan cakap dah...alahaiii...dah tu smp pukul 5 pagi tak tidur...Esoknya Isnin saya nak kerja oiiii....

Alhamdulillah..sepanjang hari saya tak mengantuk..tak pening kepala walaupun tidur malam terganggu... Itu la nikmat jadi ibu. Syukur.. Nikmat mana yang kau dustakan???

Masa kerja suami kata shafiyah ajak makan roti canai...syukur la..kami turutkan saja permintaan dia. Lepas tu abahnya kata dia nak tengok wayang cerita Boboboi...saya sanggup daftar LFS beli online...tapi sangkut part nak bayar...At last minta tolong adik ipar beli. Tayangan 9.10 malam...Sebelum tengok wayang makan KFC dulu sebab dia kata nak makan KFC...nasib baik suhu ok malam tu...adek pun layan je cerita Boboboi tu...best la...saya kurang layan cerita animasi ni...tapi ada gak yang mencuit hati. Balik tidur malam ok...

Pagi tadi suami kata baju dan bantal Shafiyah ada darah... Ya Allah...abahnya kata dia korek hidung sampai berdarah tapi kenapa darah banyakkkk...risaunya hati saya memang tahap nak marah..marah sebab dia tak mau ikut nasihat...terus saya suruh abahnya bawa dia pergi klinik kesihatan kerajaan..mudah kalau kena rujuk hospital. Tapi dah cek darah semua abahnya kata semua ok...klinik pun bagi penadol je. Mudahan Shafiyah cepat sembuh Ya Allah....


Sekaranhg badan saya pulak rasa seram sejuk...tak sedap badan..beri la aku kekuatan Ya Allah...berikan lah aku kesihatan untuk aku lalui hari-hari ku dan melaksanakan setiap tenggungjawabku dengan baik. In sha Allah...aminnnn....


Terima kasih membaca...wasalam.

Thursday, January 28, 2016

Shafiyah Umaira' 4 Tahun.. 2801

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni anak sulung kami dah pun cecah umur 4 tahun. Tak rasa sungguh masa berlalu sedangkan saat-saat melahirkan dia dulu masih lagi segar dalam ingatan. Rentetan kejadian sebelum, semasa dan selepas melahirkan pun tak ada satu yang saya lupa. Syukur...

Sekarang Shafiyah dah pun jadi kakak. Adiknya, Syafiq Umair dah 9 bulan. Shafiyah sendiri dah sekolah di Tadika KEMAS. Tadi dia sambut hari jadi di sekolah la. Seronok betul dia saya sediakan kek hari jadi, kek cawan, coklat dan jeli untuk diagihkan kepada kawan-kawan sekolahnya.

Jam 10 lebih pagi tadi cikgunya hantar gambar melalui aplikasi whatsapp. Lucu betul la..siap salam siapa entah budak-budak kat situ.

Doa ummi semoga Shafiyah sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan berjaya dunia dan akhirat. Amin...



Wasalam


Monday, January 18, 2016

Minggu Pertama, Kelas Pertama

Assamualaikum...

Sabtu dan ahad lepas bermula la rutin hujung minggu saya sebagai pelajar Master. Masih macam dalam mimpi rasanya bila berjaya juga sambung belajar. Sesuatu yang di anggap mustahil telah pun berlaku. Ye la, ingatkan tak sanggup nak belajar lagi sebab serik buat penulisan ilmiah masa Degree dulu. Rasa macam terbeban sangat sebab tak reti dan tak faham apa yang saya kaji.. Hahahh...Tk apa la..dah lepas..jadikan perkara lepas sebagai iktibar. Lagipun dah kawen ni...dah ada anak dua... Tapi rupanya Allah tetap tunaikan hajat saya walaupun saya pernah rasa ini perkara mustahil untuk dibuat. Ini rezeki saya dari Allah SWT. Dia tahu apa yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah. Semoga saya jadi lebih matang dan pandai uruskan kehidupan saya dengan baik. Maklum la...Master saya ni berkaitan dengan Pengurusan. In sha Allah saya BOLEH!

Cerita hari pertama masuk kelas, sesi berkenalan memang tak lari la. Kami seramai 35 orang satu kelas. Rata-rata yang sambung belajar bersama-sama saya adalah guru. Semua berlatarbelakangkan pendidikan. Rasanya 3 orang termasuk saya bukan cikgu. Seorang fresh graduate degree bidang Human Resources. Seorang lagi tu, degree dia pendidikan tapi sampai sekarang tak dapat posting. Berniaga dengan suaminya sebagai kontraktor. Lain-lain adalah cikgu dan pensyarah. Tapi hal ini bukanlah satu halangan buat saya. Saya jadikan ianya satu semangat untuk berdiri sama tinggi dengan mereka setelah tamat duduk sama rendah dengan mereka selama tempoh dua tahun ni. Sama-sama berjuang untuk upgred diri sendiri. In sha Allah aminnn.

Hari pertama juga kami dah buat pembentangan  berkumpulan. Satu kumpulan terdiri dari lima orang. Saya dan yang berniaga dengan suaminya tadi sekumpulan dengan tiga orang guru dari Betong. Harapnya kami saling berpaut satu sama lain. Alhamdulillah pembentangan pertama kami yang bertajuk Pengurusan secara Objektif berjaya. Sebelum balik kami masing-masing dapat tugasan individu. Tugasan berbentuk Article Review. Saya dapat tajuk sangat mencabar iaitu, Personnel Psychology. Haha...gilorrr... ape-ape ntah tajuk tu... Akan saya usahakan buat yang terbaik. Semoga dipermudahkan usaha saya. In sha Allah...aminnn... Takotttt... Hari Sabtu kelas kami sampai petang. Ahad setengah hari sahaja.

Hari Ahad, hari kedua sebagai pelajar Master, sekali lagi kami buat pembentangan secara berkumpulan. Tapi tak sempat bentang sebab semua kumpulan buat tajuk yang sama. Of course content pun sama. So, bincang mana yang mana lebih...yang mana kurang je. Lepas tu, dapat pulak tugasan berkumpulan... Tajuknya 'Membangunkan intergriti di sekolah'. Kajian ringkas kena buat di sekolah. Memandangkan hanya tiga orang saja cikgu, 3 sekolah saja la yang akan di kaji. Moga dipermudahkan usaha kami. Amin...

Tu je la nak share. Oh ya... ada seorang cikgu tu.. Asalnya dari Pedawan je tapi mengajar di Miri. So... tiap minggu la kena datang Kuching naik kapal terbang. Ko mampu!!! Ini la dia satu contoh yang boleh kami lihat bahawa semua halangan bukan la satu alasan untuk menimba ilmu. Bak kata pepatah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Semoga kami 35 orang sama-sama grad on time. In sha Allah...




Terima kasih baca blog saya.

Wasalam,
Su.


Tuesday, January 5, 2016

Sambung Belajar

Assalamualaikum....

Tak terlambat lagi kan untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2016? Alhamdulillah kita berjaya harungi tahun 2015 dan tahun-tahun sebelum dengan tabah dan lebih bersemangat untuk menempuh tahun-tahun yang mendatang.

Syukur ke hadrat Ilahi, di peghujung tahun 2015 dan awal tahun 2016 telahpun memberikan saya satu sinar baru. Pada Oktober 2015, saya telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu Ijazah Sarjana atau lebih dikenali sebagai Master di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program kali ini bidang pendidikan pula di bawah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi selama 4 semester atau 2 tahun. Alhamdulillah pada penghujung Disember, saya semak keputusan, saya antara yang terpilih di antara ratusan yang memohon. Hal ini kerana, saya sedia maklum semasa taklimat cuma 60 orang sahaja yang akan diambil untuk sesi ini. Sujud syukurrr.... Alhamdulillah.

29 Disember 2015 saya pergi mendaftar di Swinburne University, Kuching sebab UPSI menyewa di sana. Nanti kelas pun akan dibuat di sana bermula 16 Januari 2016. Kelas cuma diadakan hujung minggu. Maknanya, saya tak ada masalah untuk itu. Kerja pun tak terganggu. Hehe...

Rasanya setakat ini sahaja dulu saya kongsikan.

Terima kasih membaca.

Wasalam.