Friday, March 7, 2014

7 Mac: 2 Tahun Sudah Mak Tinggalkan Kami Selamanya

Assalamualaikum...

Salam Jumaat penghulu segala hari... Hari ni agak suram bagi saya tapi saya buat biasa-biasa saja. Ye la.. hari ni genap 2 tahun mak kesayangan kami tinggalkan kami buat selamanya. Betapa rindunya kami padanya hanya Tuhan saja yang tahu. Semoga kedamaian besertanya. Amin...

Mak pergi selepas 40 hari saya lahirkan Shafiyah. Sebelum saya melahirkan Shafiyah lagi mak dah admitted ward. Masuk hospital Lundu 2 minggu... sebelum saya cuti tahun baru cina dia di pindahkan ke Hospital Umum Kuching pula, saya melahirkan Shafiyah di Hospital Lundu. Malam sebelum melahirkan Shafiyah saya boleh pula nangis sebab rindu ngan mak...Alahai...5 hari selepas melahirkan, suami bawa saya balik rumah keluarganya supaya saya meneruskan berpantang di sana. Sepanjang saya berpantang, setiap hujung minggu saya akan pergi jenguk mak di hospital. Shafiyah tak boleh bawa masuk wad... so bapa yang jaga dia sementara kami jenguk mak. Alahai..menitis air mata mak tgok gambar-gambar comel cucunya ke-10 masa tu. 

Saya ingat lagi, 4 Mac 2012, suami kena balik Lundu petang Ahad tu sebab ada match di Stadium Lundu. Aku pula tah kenapa kuat sangat nak balik kampung. Sampai suami marah dan bermasam muka dengan saya sebab saya belum habis pantang lagi...saya pula sangat la degil..nak juga balik. Masa balik tu, singgah hospital sekejap sebab nak hantar pakaian bapa yang kami cuci. Masa tu pun aku tak jumpa bapa... Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya nekad sangat nak balik.

Hari Isnin pula, kakak ipar dan abang pergi ke hospital sebab abang nak bawa bapa tuntut BR1M di Bau. So, kakak ipar jaga mak di ICU sebab mak baru lepas jalani pembedahan.

Hari Selasa pula kami dapat berita dari bapa yang doktor dah bagi arahan mak balik ke hospital Lundu. Saya pula dah berkira-kira nak pertemukan mak dengan Shafiyah. 

Hari Rabu, bapa kata dia tengah tunggu ambulans untuk bawa mak balik ke hospital Lundu. Aku serta adik beradik dah pakat-pakat nak ke hospital Lundu sejurus selepas suami balik dari sekolah. Kakak ipar dan mak cik saya pula dah pergi dulu naik motosikal. Kira-kira dekat pukul 2 petang, abang telefon kata "Naibuh ka hospital...tunggu jak ka rumah..mamak dah ana'." ("Tak perlu ke hospital...tunggu saja di rumah...mak dah tak ada.") Ya Allah...hancur berkecai harapan saya nak pertemukan Shafiyah dengan neneknya. Itu la satu-satunya harapan saya tak kesampaian. Saya sangat-sangat-sangat sedih Ya Allah. Rupa-rupanya doktor suruh bapa bawa mak balik sebab mak dah tipis harapan untuk terus hidup selepas buat pembedahan. Pembedahan tu dah bunuh mak saya. Pembedahan tu GAGAL. Sedihnya hati kami tak terkata. Insan yang tersayang pergi meninggalkan kami selamanya. Mak tak sempat peluk cium cucunya dari anak bongsunya. Itu lah yang mengharukan saya. Sebab mak sepatutnya jaga anak saya...saya selalu bagi dia semangat untuk sembuh demi cucunya ini. Tapi, kuasa Tuhan siapa yang tahu. Semua itu takdir dariNYA. 

Kini, kakak pun baru melahirkan anak perempuan, malam Ahad yang lepas; 2 Mac 2014. Cucu ke-11 yang senasib Shafiyah yang tak sempat merasa kasih sayang dari NEK YIN mereka. Tapi saya yakin, mak pasti gembira di sana sebab mak dapat jumpa mak dan bapa kandungnya di alam sana. Terlalu lama terpisah, sejak mak berumur 2 bulan, dia kematian ibu. Dia belum puas merasa kasih sayang seorang ibu. Tapi mak didik kami sangat-sangat menakjubkan. Penuh kasih sayang...penuh budi pekerti...penuh rasa bahagia. Mak la idola saya untuk menjadi kekuatan saya mendidik Shafiyah dan bakal adik-adik Shafiyah nanti. In sha Allah. 

Mak jalankan tanggungjawabnya sampai ke akhir hayatnya. Sempat dia menyerahkan tanggungjawab dia dengan bapa kepada suami saya sebelum dia meninggalkan kami. Suami la hadiah teristimewa dari mak untuk saya. Akan saya jaga mahligai kami selamanya. Itu janji saya pada perjuangan mak supaya bapa yakin pilihan mak adalah tepat untuk saya suatu masa dulu sebab berlainan agama. Alhamdulillah, bapa pun sayang sangat kat menantu bongsu dia sekarang. Bangsa dan agama bukan jadi penghalang untuk kita terus dekat dengan keluarga. Ya...keluarga kami dah buktikan. 

Terima kasih mak.
Sayang mak selamanya.

Rest in Peace Mak Elis Anak Duie.

Wasalam.


No comments: