Monday, March 31, 2014

Red Velvet Tak Menjadi

Assalamualaikum....

Hari ni start keje balik selepas cuti Rabu-Jumaat minggu lepas...Balik kampung...Seronoknya..Macam-macam plan nak buat bila balik rumah sendiri...nak menjahit la..nak tanam bunga la..nak tanam sayur la...nak buat kek la...nak bbq la...nak jalan-jalan kat pantai la...nak main layang-layang la..nak main badminton la...nak masak-masak la...alahai..semua nakkkkk....

Tapi yang jadinya buat kek, main layang-layang dan masak-masak ape je nak makan je...lain-lain takkk..tak sempat..malas...tak ada orang nak tolong...tak ada kesungguhan! yes..tak ada kesungguhan sebenarnya pun..ahakkk....

Ni saya nak sembang pasal kek yang saya buat...bukan sekali tapi 2 kali buat...

Perkenalkan Red Velvet


Yang tak menjadiiiiiii....

Alahai mak ai...masa tengah bakar tu bau bukan main sedapnya....tapi hasilnya sangat mendukacitakan saya...bau kekal sedap tapi rupanya dah buat saya kecewa..bila sejuk..kecutttt...bila rasa pahittt....

Bulat-bulat 1 bijik kek tu saya buang macam tu jerk..langsung tak boleh makan!

Keesokan harinya saya buat lagi..kali ni ikut resepi dari blog yang berbeza...lepas buat perbincangan dengan kakak...yep mungkin ade skill yang tak betul...cuba la buat lagi...hasilnya...same je punnnnnnn...cuma rasa pahit tu kurang sikit.

Tu la...tak semestinya ape kita buat tu berjaya...ade gak yang perlukan kita buat sampai 2-3 kali baru elok..ade yang buat pertama kali elok sangat..kali ke-2 pulak buat tak menjadi...semua tu saya dah alami dah... Tak pe la...yang penting minat tu ada...semangat tu kental..

lain kali buat lagi....hihi...

Wasalam.

Monday, March 24, 2014

Serikin, Bau, Sarawak

Assalamualaikum...

Kenapa dan ada apa dengan Serikin? Hmmm... Kalau pengunjung dalam dan luar negara ke Negeri Sarawak, terutama sekali yang datang becuti ke Kuching pastinya tidak melepaskan peluang untuk pergi ke Serikin. Sebab di sana kita boleh borong kain, tikar, langsir, baju, kekabu dan macam-macam lagi.

Semalam saya ke Serikin bersama suami, anak, mak mertua dan anak buah suami. Nasib baik kami pergi tak ramai-ramai.. Sebab kereta tak kan muat kalau balik. Ye betul!!!! Penuh 1 kereta dengan barang-barang hasil borong saya dengan mak mertua. Kalau bawak lori, tak cukup lagi muat kot..ini kan kereta Alza...memang tak la.

Plan asal saya ke Serikin, nak beli kekabu, anak benih pokok pain dan anak benih pokok bunga ros. Bunga ros pun ada kawan sepejabat kirim.. Nak beli kekabu sebab tengah pasang rajin nak jahit buat bantal dan tanam-tanam bunga kat rumah sebab cuti sekolah ni saya cuti gak...Hahahaha...mana boleh tengok suami je cuti..saya pun nak!!! Saya cuti 26-28 Mac. Confirm la balik kampung, balik rumah kami sendiri.OK la tu..simpan-simpan jugak cuti untuk kemudian hari. Berbalik pasal pergi Serikin tadi... Wah...sampai-sampai je sana tengok orang ramai je borong kekabu...Setiap bas yang di tapak letak kereta rata-rata bahagian letak barang kat bawah tu kekabuuuu je... Ni bukan sebuah dua bas...ada 4-5 buah bas... Ni sah-sah pengunjung dari Semenanjung Malaysia. Saya dengan mak mertua pula relax je jalan-jalan tengok-tengok dulu. Sekali bila dah nak membeli..bunga habis..kekabu pun habis...Hahhh...habis cerita. Kesalnya dalam hati sebab datang Serikin nak beli apa yang nak dibeli tak dapat. Last-last beli je bantal ready made RM10 tu 3 biji dan 1 biji bantal guling. Semua tu RM45. Pastu beli buah tunjuk langit 3 bungkus RM15. Hoho...boleh la daripada tak ada..Nanti monyok pulak suami tukang supir kalau balik kosong..Ye la..sia-sia dia hantar shopping. Mak mertua pula shopping kekabu last stock yang RM18 tu orang turunkan harga RM15..amik 2 yang terakhir RM30... bagi je mak mertua beli...dia pun nak jugak kan..tak apa la...bagi dia je..Pastu dia beli jugak bantal panjang 2 RM55...borong kain batik 5 pasang RM45... Perbelanjaan lain >< RM60. Berbaloi-baloi shopping sebelum gaji...Ni bukan shopping payday tapi shopping dekat-dekat nak payday... Hahahh...

Saya dan suami biasa bawak kawan-kawan kami pergi Serikin ni... Lebih-lebih lagi kawan-kawan yang datang bercuti... Kami ni layaknya jadi pemandu pelancong... Sebab kami boleh bawa ke mana saja diorang teringin nak pergi. Tapi untuk kawan-kawan je kot... Kalau bawa orang tak dikenali tak la...

Ok...tu je ceritanya je pun...

Wasalam.

Tuesday, March 11, 2014

Melihat Radar Kapal Terbang.

Assalamualaikum...

(copy paste dari sumber facebook: Fuad Latip)


Selama ini MUNGKIN KITA TIDAK SEDAR BETAPA BANYAKNYA kapal terbang yang sedang terbang di atas sana. 

Info dan berita semasa boleh lihat di [3] di mana semua keadaan yang berlaku terhadap kapal terbang di catatkan di [3] ini.

Ia mudah digunakan dan diakses samada menggunakan komputer, tablet atau smartphone. Kita boleh tahu kedudukan flight yang akan kita naik lalu mengetahui samada akan delay atau tidak. 

Kita juga boleh kongsikan no flight kita dengan saudara terdekat agar mereka boleh menerima "alert" kedudukan semasa kita. 

Kita boleh menjejaki saudara/sahabat kita yang travel menggunakan kapal terbang.

*******
Saya kagum dengan wakil-wakil Allah yang mengawal kapal terbang. Lihatlah berapa banyak kapal terbang sedang dan akan terbang atau sedang mendarat. 

Ketika kita memahami setiap kita adalah wakil Allah yang diamanahkan Allah dengan kerja yang sesuai untuk kita, kita akan lebih bersyukur pada Allah yang memilih kita sebagai wakilNya dan menetapkan amanah untuk kita laksanakan. Daripada kesyukuran ini, kita pasti akan menghargai dan berterima kasih sesama kita. 

Kita lebih sedar tentang #lahaulawala quwwatailla billah lalu pasti kita akan #innalillah hiwainna ilahirojiun setiap saat hidup ini.

Fuad Latip 
10 Mac 2014






Sebenarnya saya tertarik dan teruja tengok pergerakan kapal terbang itu sendiri...ye la...dulu kecik-kecik tengok kapal terbang lalu atas rumah..dari kapal terbang tu kelihatan sampai la tak nampak dilindungi oleh gunung ganang...masa tu termonolog dalam diri.."bila la aku ada peluang naik kapal terbang"...tup-tup sambung pengajian, saya naik boring pula naik kapal terbang...setiap kali cuti semester balik...tak syok mana pun...hahahh...

Lepas ni boleh la tengok-tengok status penerbangan diri sendiri, keluarga atau rakan-rakan.

Wasalam...

Monday, March 10, 2014

Pray For MH370

Assalamualaikum...

Seperti yang sedia maklum, negara kita digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Beijing yang membawa 227 orang penumpang dan 12 orang anak kapal. Pesawat itu berlepas pada 8 Mac 2014 jam 12.41 pagi dan dijangka sampai ke Beijing jam 6.30 pagi. Namun, selepas 2 jam penerbangan, perhubungan radar dengan pesawat dilaporkan hilang begitu sahaja.

Sehingga kini, MH370 masih belum dapat dikesan. Rakyat seluruh dunia juga masih tertunggu-tunggu jawapan dan berita terkini tentang kehilangan pesawat tersebut. Sama-sama kita doakan keselamatan mereka. Semoga mereka kembali kepada kita dalam keadaan yang baik dan selamat. Amin... 


Psst: Naluri hati saya sendiri menyatakan mereka dalam keadaan yang selamat dan masih hidup. Walahualam..Hanya Allah yang mengetahui. Allahhu Akhbar!!!

Wasalam.



  

Friday, March 7, 2014

7 Mac: 2 Tahun Sudah Mak Tinggalkan Kami Selamanya

Assalamualaikum...

Salam Jumaat penghulu segala hari... Hari ni agak suram bagi saya tapi saya buat biasa-biasa saja. Ye la.. hari ni genap 2 tahun mak kesayangan kami tinggalkan kami buat selamanya. Betapa rindunya kami padanya hanya Tuhan saja yang tahu. Semoga kedamaian besertanya. Amin...

Mak pergi selepas 40 hari saya lahirkan Shafiyah. Sebelum saya melahirkan Shafiyah lagi mak dah admitted ward. Masuk hospital Lundu 2 minggu... sebelum saya cuti tahun baru cina dia di pindahkan ke Hospital Umum Kuching pula, saya melahirkan Shafiyah di Hospital Lundu. Malam sebelum melahirkan Shafiyah saya boleh pula nangis sebab rindu ngan mak...Alahai...5 hari selepas melahirkan, suami bawa saya balik rumah keluarganya supaya saya meneruskan berpantang di sana. Sepanjang saya berpantang, setiap hujung minggu saya akan pergi jenguk mak di hospital. Shafiyah tak boleh bawa masuk wad... so bapa yang jaga dia sementara kami jenguk mak. Alahai..menitis air mata mak tgok gambar-gambar comel cucunya ke-10 masa tu. 

Saya ingat lagi, 4 Mac 2012, suami kena balik Lundu petang Ahad tu sebab ada match di Stadium Lundu. Aku pula tah kenapa kuat sangat nak balik kampung. Sampai suami marah dan bermasam muka dengan saya sebab saya belum habis pantang lagi...saya pula sangat la degil..nak juga balik. Masa balik tu, singgah hospital sekejap sebab nak hantar pakaian bapa yang kami cuci. Masa tu pun aku tak jumpa bapa... Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya nekad sangat nak balik.

Hari Isnin pula, kakak ipar dan abang pergi ke hospital sebab abang nak bawa bapa tuntut BR1M di Bau. So, kakak ipar jaga mak di ICU sebab mak baru lepas jalani pembedahan.

Hari Selasa pula kami dapat berita dari bapa yang doktor dah bagi arahan mak balik ke hospital Lundu. Saya pula dah berkira-kira nak pertemukan mak dengan Shafiyah. 

Hari Rabu, bapa kata dia tengah tunggu ambulans untuk bawa mak balik ke hospital Lundu. Aku serta adik beradik dah pakat-pakat nak ke hospital Lundu sejurus selepas suami balik dari sekolah. Kakak ipar dan mak cik saya pula dah pergi dulu naik motosikal. Kira-kira dekat pukul 2 petang, abang telefon kata "Naibuh ka hospital...tunggu jak ka rumah..mamak dah ana'." ("Tak perlu ke hospital...tunggu saja di rumah...mak dah tak ada.") Ya Allah...hancur berkecai harapan saya nak pertemukan Shafiyah dengan neneknya. Itu la satu-satunya harapan saya tak kesampaian. Saya sangat-sangat-sangat sedih Ya Allah. Rupa-rupanya doktor suruh bapa bawa mak balik sebab mak dah tipis harapan untuk terus hidup selepas buat pembedahan. Pembedahan tu dah bunuh mak saya. Pembedahan tu GAGAL. Sedihnya hati kami tak terkata. Insan yang tersayang pergi meninggalkan kami selamanya. Mak tak sempat peluk cium cucunya dari anak bongsunya. Itu lah yang mengharukan saya. Sebab mak sepatutnya jaga anak saya...saya selalu bagi dia semangat untuk sembuh demi cucunya ini. Tapi, kuasa Tuhan siapa yang tahu. Semua itu takdir dariNYA. 

Kini, kakak pun baru melahirkan anak perempuan, malam Ahad yang lepas; 2 Mac 2014. Cucu ke-11 yang senasib Shafiyah yang tak sempat merasa kasih sayang dari NEK YIN mereka. Tapi saya yakin, mak pasti gembira di sana sebab mak dapat jumpa mak dan bapa kandungnya di alam sana. Terlalu lama terpisah, sejak mak berumur 2 bulan, dia kematian ibu. Dia belum puas merasa kasih sayang seorang ibu. Tapi mak didik kami sangat-sangat menakjubkan. Penuh kasih sayang...penuh budi pekerti...penuh rasa bahagia. Mak la idola saya untuk menjadi kekuatan saya mendidik Shafiyah dan bakal adik-adik Shafiyah nanti. In sha Allah. 

Mak jalankan tanggungjawabnya sampai ke akhir hayatnya. Sempat dia menyerahkan tanggungjawab dia dengan bapa kepada suami saya sebelum dia meninggalkan kami. Suami la hadiah teristimewa dari mak untuk saya. Akan saya jaga mahligai kami selamanya. Itu janji saya pada perjuangan mak supaya bapa yakin pilihan mak adalah tepat untuk saya suatu masa dulu sebab berlainan agama. Alhamdulillah, bapa pun sayang sangat kat menantu bongsu dia sekarang. Bangsa dan agama bukan jadi penghalang untuk kita terus dekat dengan keluarga. Ya...keluarga kami dah buktikan. 

Terima kasih mak.
Sayang mak selamanya.

Rest in Peace Mak Elis Anak Duie.

Wasalam.