Monday, December 30, 2013

Bell's palsy @ Facial nerve effected

Assalamualaikum...

Entry lepas, saya ada bercerita tentang masalah bibir dan mata saya yang tidak dapat untuk berkumur dan kenyitkan mata sebelah kanan dengan sempurna: 



Suspected Minor Strok

Khamis lepas, selepas godek-godek tentang masalah saya ni di internet, lebih kurang dalam pukul 11 pagi, saya dah tak tahan serta mendapat desakan dari suami serta rasa takut masalah saya akan merlarutan kalau dibiarkan, saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan 2nd boss untuk meminta kebenaran ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah... dia memahami. Saya terus ke Klinik Sharifah Ihsan, Satok. Dr. Sharifah tak ada, saya berjumpa dengan Dr. Haseanti. saya nyatakan masalah saya, dia terus suspect saya terkena Minor Strok!!! Ya Allah, bertapa bergemuruhnya hati saya tika dan saat tu. Takut, risau, sedih, pasrah dan yang paling menyedihkan bila saya mengenangkan kandungan dalam perut saya sekarang ni. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya pada masa tu walaupun Dr Haseanti kata jangan takut... Dia kemudian sarankan saya mendapat rawatan lanjut ke Poliklinik untuk buat scanning pada otak. Oh...sangat menggerunkan... Katanya kalau di Normah RM700, KPJ dan Timberland RM500. Lalu saya katakan yang saya sedang mengandung tetapi masih di awal kandungan dan belum berkesempatan untuk mendaftar kandungan. Lalu Dr Haseanti nasihatkan saya supaya mengambil Borang Cuti Sakit selama 2 hari. Saya mulanya tak nak sebab tak ada orang nak jaga pejabat sebab staff bahagian reception masih lagi bercuti. Namun, demi kesihatan saya serta bayi dalam kandungan, saya akur jua. Dr Haseanti nasihatkan saya agar cepat-cepat mendaftar kandungan serta rujuk pada doktor di sana nanti. Dia tidak sarankan saya melakukan scanning sebab takut effect radiasi pada bayi dalam kandungan pula.


Mungkin Bukan Strok Berdasarkan Pemeriksaan Awal

Sebaik sahaja dapat consultation dari Dr Haseanti, saya balik semula ke pejabat, tunjukkan borang cuti sakit dan terangkan masalah saya kepada 2nd boss. Syukur... dia benarkan balik. Saya terus balik ke rumah untuk ambil dokumen yang patut untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak nanti. Entah kenapa, sebaik sahaja tiba di rumah, saya terus baring di sebelah anak yang sedang tidur dan menangis mengenangkan apa yang dikatakan oleh Dr Haseanti tadi. Saya kembali berishtifar apabila suami masuk ke dalam bilik dan ajak solat zohor berjemaah. Selesai solat, baru dia tanya kenapa menangis...pujuk dan tenangkan saya supaya bersabar hadapi ujian ni. 

Di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, selesai membuat pendaftaran, nurse mula la buat pemeriksaan pada kandungan. Sekali lagi saya diuji, mereka tekan-tekan di perut, tak rasa apa-apa. Menurut mereka, kandungan saya dah cecah 18 minggu. Tapi saya sudah menerangkan pada mereka seoang demi seorang, 1st day last period saya 18/8/13... Selepas sebulan 10 hari saya lambat datang bulan, saya ada buat pemeriksaan UPT sendiri tetapi negatif. Kemudian 4/11/13 saya ada juga buat ujian UPT, juga negatif. tetapi 18/12/13 yang lepas, saya pergi berjumpa penolong pegawai perubatan pesakit luar di kilik yang sama sekarang ini, dan nyatakan masalah saya yang tidak datang bulan selama 4 bulan serta memberitahu tarikh-tarikh yang saya pernah buat ujian UPT, saya sekali lagi diarahkan membuat ujian UPT lagi, kali itu positif. Alhamdulillah, saya dan suami sangat-sangat-sangat-tersangat lah sangat gembira. Perkara ni juga saya pernah coretkan di entry saya yang lepas: 


Selepas saya membuat ujian darah, saya berjumpa Dr Noryatini untuk scanning kandungan. Sedihnya, janin nampak tak nampak je :) Ujian Allah... Semoga saya tabah hadapi ujian ni. Syukur Alhamdulillah Allah pilih saya untuk melalui ujian ni kerana dia tahu saya mampu hadapi dengan adanya tulang belakang saya, suami dan anak. Semoga baik-baik sahaja. 

Saya juga mengambil peluang ini untuk memberitahu masalah wajah saya sebelah kanan ini kepada Dr Noryatini. Dia membuat ujian ringkas terhadap saya dengan mengarahkan saya memuncungkan mulut, senyum, mengerutkan dahi, memeriksa mata dan menguji sama ada ada perbezaan rasa antara wajah sebelah kiri dan kanan, kebas atau tidak dan sebagainya. Kemudian, dia tidak rasa yang saya dapat strok kerana, simptom-simptom strok dengan apa yang saya alami sekarang adalah berbeza. Dia kata mungkin saya kena serangan nerve, facial nerve palsy. Jadi, dia rujukkan saya kepada doktor di day care, Hospital Umum. 


Bell's palsy @ facial nerve effected.

Keesokannya, Jumaat 27/12/13 pagi-pagi lagi saya, suami dan anak dah mula berkampung di Hospital Umum. Mulanya saya berjumpa dengan Dr. Keng (day care) di maternity 1. Jalani pemeriksaan berkenaan nerve terlebih dahulu, kemudian berjumpa pula dengan Dr. Lai (medical) untuk memutuskan apakah penyakit saya yang sebenarnya, kemudian Dr. Lai juga memberikan senarai ubat yang perlu saya ambil. Seterusnya, sebelah petang, saya berjumpa pula dengan Dr. Dyg Hafizah untuk memeriksa mata. Alhamdulillah... mata dan telinga OK..tak ada jangkitan. Selepas itu, saya berjumpa semula dengan Dr. Keng untuk melaporkan keadaan saya. Seterusnya, baru la kandungan saya diperiksa. Saya buat scanning, doktor cina perempuan yang lakukan, juga menampakkan janin lagi kecil. Tak cukup dengan itu, dia scan lagi dari bawah. Memamg kandungan masih kecil. Semoga bayi dalam kandungan sihat, cepat besar dan kuat. Amin.... Sebelum balik, saya berbual dengan Dr. Keng dan menetapkan temu janji seterusnya. Dr. Keng juga arahkan saya untuk membuat temujanji dengan Doktor bahagian physiotheraphy dan selepas itu, ambil ubat di farmasi dan boleh balik. Namun, pihak di bahagian physiotheraphy tidak rasa saya perlukan rawatan di sana kerana mereka kata saya ada potensi untuk sembuh dengan cepat. Tetapi, jika masih juga memerlukan, mereka ada berikan saya nombor untuk dihubungi. Selepas ambil ubat, kami 3 beranak balik rumah. Moga-moga semuanya OK je... In sha Allah... Amin...

Oh ya..ubat saya sekali makan 17 biji OK! Semoga berhasil. Semoga bayi kuat.

Ni adalah antara carian google saya berkenaan dengan Bell's Palsy. Semoga bermanfaat kepada semua.

1. http://www.konimex.com/post/healthy-lifestyle/keluarga-sehat/hati-hati-serangan-bells-palsy/
2. http://www.majalah.nurhidayahsolo.com/index.php?option=com_content&view=article&id=829:bells-palsy-penyakit-disfungsi-syaraf-wajah-oleh-dr-sri-rejeki&catid=91:konsultasi-kesehatan&Itemid=219
3. http://bataviareload.wordpress.com/arti-tahi-lalat-2/cara-mengobati-bells-palsy-muka-menceng/
4. http://prodia.co.id/penyakit-dan-diagnosa/bells-palsy
5. http://www.labparahita.com/web/en/article/apa-itu-bells-palsy/
6. http://www.ekahospital.com/?p=3298&lang=id
7. http://health.kompas.com/read/2013/09/06/1459221/Bell.s.Palsy.Kelumpuhan.Saraf.yang.Bikin.Wajah.Tanpa.Ekspresi

Wasalam...






Thursday, December 26, 2013

Tiba-tiba Bibir Kanan Senget, Mata Kanan Tidak Dapat Dikenyitkan Dengan Sempurna

Assalamualaikum...

Saya diuji dengan satu penyakit yang pelik. Bermula Isnin lepas, saya sakit kepala sebelah kanan. Migrain agaknya. Mata saya pula berair je. Mata berair tu sampai hari ni la. Tak selesa!

Saya mula perasan saya tidak dapat berkumur selepas berus gigi seperti biasa. Kemudian selasa lepas, saya perasan pula yang saya tidak dapat kenyitkan mata sebelah kanan. Payah ya amat.... Kemudian sebelah malamnya pula, saya tengok-tengok cermin muka masih lagi di stuktur yang sama. Sekali saya cuba nak muncungkan mulut, kiri ok...cuma bibir kanan macam tak ada keupayaan nak muncungkan mulut. Allah hu Akbar... Apa jadi ni...risau betul saya. Bila saya bagitahu suami, dia gelak-gelakkan saya dan usik saya pula. Huhu...

Semalam saya dan suami ingat nak pergi klinik... Cuti Krismas, klinik mana buka? Huhu..tak pergi. Cuma pergi rumah kawan suami yang sambut Krismas. Lepas tu, kami pergi Shopping Mall Boulevard sebab kakak saya call cakap nak jumpa di sana. Kami berjumpa di tempat permainan kanak-kanak je.. Tu pun sekejap je. Dia tinggalkan anak dia dengan saya, minta saya tengok-tengokkan anak dia sebab dia nak survey barang sekolah anak-anak dia. Hoh..bertuah punya kakak. Sedang anak-anak syok main, abang ipar pula datang pastu saya cerita la kat dia pasal masalah saya ni. Ha... Tu la sebab pagi-pagi tadi, kakak call tanya pasal saya. Sibuk la dia suruh pergi klinik. Ye la semalam kami tak jumpa lagi... Selepas abang ipar ambil anak-anak dia, kami pun balik...saya dah tak larat, nak berehat.

Malam tadi, saya bagitahu bapa mertua saya tentang masalah saya ni, dia kata mungkin panas..so, dia bagi saya minyak, suruh urut-urut di muka. Malam ni, pakai lagi minyak tu dan urut-urut di muka. In sha Allah moga usaha saya berhasil. Saya pun cadang nak ke klinik, rujuk pada doktor.

Pagi tadi, saya surf internet, cari kalau-kalau ada info tentang sakit saya alami sekarang ni.

Tara... saya terjumpa bahagian forum ni: Citizen Infonet

Rupa-rupanya ramai juga alami masalah seperti saya. Alhamdulillah menurut mereka yang berpengalaman, itu BUKAN STROK. Saya sangat risau sebab ingat strok...pastu ingatkan putus urat sebab isnin lepas saya urut-urut sakit kepala... Tapi, suami kata JANGAN TAKUTKAN DIRI SENDIRI. Huhu... ye la...ye la...

Wasalam.

Monday, December 23, 2013

Hadiah Ulang Tahun Yang Ke-3 Perkahwinan. Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Seminggu tak jenguk dan update blog. Rindu la nak berceloteh... Banyak benda nak share, tunggu free sikit macam ni, baru syok nak menaip. 3 hari bercuti cukup dah buat kurang semangat balik bekerja.. hehehh.. mengada!

21 Disember 2013 adalah ulang tahun ke-3 perkahwinan saya. Jatuh pada hari Sabtu yang lepas. Jadi, ni la peluang saya dan suami buat makan-makan ringkas dan jemputan ahli keluarga je...panggang sayap ayam, daging, ikan kembung, ikan keli dan ikan tukak-tukak. Tak ade gambar nak jadikan tatapan.. hehehhh.

Saya mula amik cuti 18 (Rabu)-20 (Jumaat) Disember je... Sebab nanti Krismas saya takde cuti.. Cuti pada hari kejadian je la.. Sebabnya lagi staf sorang lagi cuti 2 minggu 23/12/13 sampai la 3/1/14 nanti. Tahun ni saya kena mengalah la cuti hujung tahun sebab dua tahun lepas asyik-asyik saya je amik cuti. Hihi... Nasib baik tahun ni saya dan suami tak rancang nak pergi mana-mana...

Sebenarnya Rabu tu 18/12/13 saya plan nak pergi jumpa pakar puan sebab saya tak datang bulan 4 bulan. Saya tak sedap hati sebab last period 18/8/13. Then sebulan 10 hari lepas tu period tak datang, so saya gedik2 la beli pregnancy test RM18 sebab boleh check bila-bila masa. Kalau yang RM10 tu kena tunggu besok pagi-pagi baru boleh cek. Huhu... the result?? Negative... OK, takpe...cuba lagi..hahahhhh...

Then, 4/11/13 saya cadangnya amik MC sebab sayang cuti weyhhh... Pandai-pandai la hidup jimat-jimat cuti. Saya bawa anak pergi klinik ibu dan anak sebenarnya sebab anak ada temujanji timbang berat badan, so lepas tu pergi klinik pesakit luar minta MC. Masa tu ade gak cakap ngan pembantu perubatan yang saya dah 2 bulan lewat datang bulan. Bila check UPT, negatif la jugak. Takpe... Takde rezeki. Huhu...

Jadi, 18/12 tu suami cadangkan pergi klinik kerajaan dulu. In case ade pape kemusykilan, baru la rujuk pada pakar. OK, saya ikut je... Bila jumpa pegawai perubatan, dia suruh pergi check UPT lagi... Kali ni, saya doa moga-moga keputusan positif la... Tu harapan saya dan suami. Alhamdulillah... Positif!!! Shafiyah dah jadi kakak!!! Syukur Alhamdulillah... Kami doakan semoga kami dapat anak lelaki. in sha Allah, kalau itu rezeki dari Allah.

Wasalam :)

Tuesday, December 17, 2013

Salji Turun di Mesir dan Vietnam

Assalamualaikum...

Sangat-sangat menggemparkan bila dapat tahu di Mesir telah berlakunya salji turun pada hari Jumaat, 13 Disember 2013 sejak 112 tahun. Seperti yang kita tahu di mesir kan panas. Tiba-tiba Allah turunkan salji. Benarlah jika Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi, maka terjadilah ia. KUNFAYAKUN. Subhanallah... Allahu Akbar!!!


Adakah ini petanda dunia ini menghampiri hari kiamat? Wallahualam... Allah sudah tentukan Qada' dan Qadar untuk menurunkan salji di Mesir...Begitu juga di Vietnam. Semalam juga kita digemparkan dengan berita bahawa salji turun di Vietnam. Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Apa lagi kita ragu dengan kuasa dan tanda kebesaran Allah SWT?

Mengapa kejadian ini berlaku? Bagi umat Islam yang telah memahami ajaran Islam, turunnya salji di tanah Mesir ini bukanlah kejadian aneh kerana hal ini telah diterangkan oleh Nabi Muhammad SAW, 1400 tahun dahulu ketika para sahabat menanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai bila datangnya hari kiamat, Rasulullah SAW menjawab, "bahwa pengetahuan mengenai datangnya hari kiamat hanya ada pada sisi Allah SWT".

Tetapi, Allah SWT telah memberitahu tanda-tandanya kepada Rasulullah SAW, antara lainnya sebagaimana diterangkan dalam salah satu Hadis Rasulullah SAW:-

“Hari Akhir tidak akan datang kepada kita sampai dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai” (HR Muslim)

Namun, semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Ini adalah sebagai peringatan. Hari Kiamat itu rahsia Allah. Kita beriman dengan Hari Kiamat, supaya kita tahu bahawa hidup kita di dunia ini hanyalah sementara dan segala-galanya pinjaman semata-mata baik, ibu bapa, suami, anak, harta, jawatan, dan sebagainya. Maka, kita jangan leka. Sentiasalah dekatkan diri pada Allah SWT. Semoga kita tidak lalai. Saya sendiri leka dengan dunia. Ya Allah, kuatkanlah keimanan kami Ya Allah.

P/s: Ini adalah petikan komen yang saya baca melalui blog dari sahabat blogger yang tidak ketinggalan untuk update pasal salji turun di Mesir:-

http://sibodohjangankacau.blogspot.com/2013/12/subhanallah-salji-turun-di-mesir.html



Wasalam...

Friday, December 13, 2013

Hadiah Apa Nak Dihadiahkan Kepada Kawan Di Majlis Perkahwinannya Nanti???

Assalamualaikum...

Lama sungguh saya tak update entry kan? Saya agak busy dengan kerja. Maklum la, dah hujung tahun macam ni, banyak benda nak settle sebelum tahun baru. Tapi, bukan la bermakna saya lupa dengan blog ni... Hari-hari saya jenguk. Jenguk je la... Hehe... Idea tu ada nak tulis dan share tapi kesempatan tu limited. Alhamdulillah hari ni saya free banyak... So, saya boleh la celoteh sikit kat sini.

Macam ni, esok saya ada jemputan ke majlis perkahwinan kawan lama... Kawan sekolah Tingkatan 6 dulu. Dia sangat gigih jemput saya dan ingatkan saya mesti pergi. Contact saya kat facebook mulanya. Pastu whatsapp, pastu call, last2 datang office dengan wife dia anta kad. Haha... Sangat gigih kan? So, tanda hormat saya dengan dia, saya block appointment dengan husband saya plak supaya kena pergi majlis kahwin kawan saya ni. Di situ nampak ada udang di sebalik batu ye... Sebabbbbb... Saya boleh juga balik kampung!!! Horayyyy... Rindu gila cacing kepanasan aku ngan bapak aku weyh... Rindu dengan setiap sudut rumah bapak yang ada kenangan dengan mendiang mak... T_T ... Rindu anak-anak buah aku.. Rindu adik-beradik dan ipar ruai aku... Rindu rumah kecilku syurgaku... Ala..baru 2 minggu tak balik pownnn. Si bongsu, tak hairan la perangai tak habis-habis manja rindu tahap baby. 

Ok, berbalik dengan cerita asal. Haha... Saya mencari-cari idea nak bagi hadiah ape yang sesuai dengan pengantin. Set cawan, gelas, pinggan, mangkuk bagai tu standard tu tapi taknak la... Macam biasa sangat. Macam tak best. Haha.. Ye la... Rasa macam mana kita jadi pengantin dulu... Nak hadiah yang pelik-pelik tapi ada manfaatnya. Bukannya album gambar! Haha... Old school betul la kasi album gambar kan? Lack of idea dah ye? Tu contoh... Contoh ehh... Dulu kahwin syok dapat hadiah... Kecik besar boleh pakai tak boleh pakai semua ada. Yang saya ingat, saya dapat hadiah paling biasa dan kebanyakan serta paling menjimatkan adalah set pinggan mangkuk serta set cawan, gelas tu. Syok aih... Dah tak payah beli dah.. Tapi kami suami isteri beli jugak pinggan mangkuk dan bekas minum jenis Melamin siap kaler kegemaran kami lagi tu.. Hijau... Ada jugak kaler cream. Alasan? Mudah cuci..haha... Hadiah lain yang kami dapat antaranya kipas meja, multiple box, buku... ape lagi ye... album gambar.. :) Forget it.

Sebelum-sebelum ni, saya pernah juga hadiahkan kawan-kawan hadiah yang biasa-biasa. Sebab tak ada idea... Contohnya sarung tilam dan water filter. Water filter?? Tak tau idea tu menggila datang masa puas sangat pusing2 kedai nak cari hadiah kahwin untuk kawan di Johor nun sana. Nak hadiahkan periuk elektrik macam over la pulak.. Toaster macam biasa. Cerek elektrik pun macam biasa ja... Puas pusing2 tertengok la water dispenser. Haha... Agak2 la nak pos water dispenser... Adoyaiii... Pastu puas belek2... Ternampak pulak kotak water filter.. Oh cute... Macam rare la hadiah ni kalau nak hadiahkan. Bagi saya la... Tak tau orang lain.. Ye la..nak bagi mahal2 mana mampu..biar murah tapi ada manfaatnya. So, puas tanya salesgirl berkenaan water filter, proceed beli.. senang hati. Beli pembalut hadiah bunga2.. Pastu beli pembalut kertas mahjong coklat sebab nak pos kan... Terpaksa la pengantin nanti bersabar bukak satu demi satu pembaut hadiah tu. Dari seberang laut china selatan katakan... Hehe... 

So, rasanya esok pun nak beli water filter jugak la. 

Wasalam :)

Friday, December 6, 2013

Selami Cinta Iklan Nuffnang

Assalamualaikum...

Saya nak share pasal Iklan Nuffnang ni. Ada 2 iklan utama iaitu CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns dan CPC (Cost-per-click) Campaigns. Saya pelik, kenapa saya tak boleh earning dari CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns dan bagaimana cara nak dapatkan income melalui kempen tersebut? Saya cuma boleh earning income melalui CPC (Cost-per-click) Campaigns sahaja. Ohhh...banyak benda saya perlu belajar.

Alhamdulillah saya dah temui cara untuk earning income dari  CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns melalui capaian Pak Cik Google, terjumpa la blog JiwaSyamsul ni. Saya ikut step by step arahan dan ape yang ditutorialkan. Hehehhh... 

Rupa-rupanya, cara nak dapatkan income dari CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ni, kita kena buat Tukar Blog Nofollow kepada Dofollow. Saya dah buat. So... Tengok hasilnya la macam mana. Ye la, menurut penulis blog JiwaSyamsul ni:-


"1. Traffik yang tinggi bukan syarat utama untuk mendapatkan  CPUV (Cost per unique visit).

Seperti yang ketahui, anda perlu memerlukan traffik yang tinggi untuk mendapatkan  CPUV. Ia sebenarnya tidak kerana jika traffik korang maintain 150 hingga 300 UV sehari pon anda masih boleh dapat iklan CPUV . Cuma jika UV anda melebihi 1000UV sehari memang anda boleh mendapat nilai CPUV yang boleh mencecah RM10 sehari. Tetapi ianya bergantung kepada berapa lama iklan  CPUV itu melepak dekat blog anda.

2. Blog tidak semestinya perlu diupdate setiap hari.

Kalau anda perasan blog-blog seperti blog popular, mereka bukan update blog mereka hari-hari. Tetapi mereka masih dapat iklan  CPUV yang melimpah ruah di blog mereka. Satu rahsianya ialah blog mereka sangat dikenali dan tidak asing di kalangan pengunjung internet di Malaysia. Kalau tak percaya anda mesti kenal mereka. Bukan saja anda tapi kawan anda yang bukan blogger mesti kenal mereka. Disebabkan itulah mereka sering mendapat iklan  CPUV yang lumayan di blog mereka…

3. Backlink merupakan syarat utama untuk mendapatkan iklan CPUV.

Uji kaji ini sememangnya berjaya apabila mengarang entry berkenaan Nuffnang dan tidak memberikan backlink kepada mereka. Dan hasilnya selama 2 bulan blog ini tidak pernah mendapat iklan  CPUV. Jadi ini dapat membuktikan bahawa backlink kepada Nuffnang dapat menjamin blog anda untuk mendapatkan  CPUV.  Tetapi untuk memberikan backlink anda perlu mengubah blog anda menjadi blog DOFOLLOW. Ini kerana blog NOFOLLOW tidak akan memberikan sebarang backlink kepada Nuffnang jika hanya meletakkan link kepada mereka sahaja. Ini kerana blog yang disetkan NOFOLLOW tidak akan membenarkan sebarang spyder untuk crawl blog mereka dan sebarang backlink tidak dapat diberikan. Pentingnya backlink kepada sesebuah website ialah semakin banyak backlink semakin tinggi google pagerank website tersebut dan semakin glamorlah website tersebut di enjin carian google. Bagi syarikat pengiklanan ini merupakan satu cara untuk menarik pengiklan supaya menggunakan khidmat mereka untuk beriklan.

4. Traffik perlulah 100% daripada Malaysia.

Sebarang traffik daripada luar negara tidak akan mendatangkan hasil yang lumayan kepada iklan CPUV  mereka. Ini keran semua iklan-iklan daripada Nuffnang merupakan iklan daripada dalam Malaysia. Jadi penggunjung-pengunjung daripada luar negara tidak mendatangkan sebarang faedah kepada iklan-iklan yang di jana oleh Nuffnang.

5. Bayaran untuk CPC amat tidak berbaloi.

JS tidak tahu sama ada ini scam ataupun tidak kerana pembayaran bagi setiap klik iklan CPC daripada Nuffnang adalah amat sedikit berbanding daripada Innity. Ini kerana dengan Innity setiap klik iklan boleh medapat beringgit-ringgit berbanding hanya 25 sen sahaja daripada Nuffnang, itupon tidak dapat diketahui 25 sen datang daripada berapa banyak klik.

Ini sahaja yang dapat di kongsikan kepada anda beberapa tips dan juga merupakan rahsia Nuffnang yang kita tidak ambil tahu. Anda yang ingin mendapat keuntungan dari pengiklanan pilihan anda, pastikan anda selidik sebelum menggunakan perkhidmatan iklan terebut. Jangan berharap sebuah blog dapat menjana kekayaan jika blog sekadar blog personal bukannya blog perniagaan."



Jadi, saya berharap, saya boleh earn high income seperti blogger-blogger otai sekalian. Terima kasih abang blogger JiwaSyamsul. Terima kasih Nuffnang.


Thursday, December 5, 2013

Murah Rezeki... Alhamdulillah Syukur

Assalamualaikum...

Saya nak bercerita pasal semalam... Alhamdulillah saya dan suami dimurahkan rezeki dalam pelbagai bentuk sepanjang hari semalam. Rezeki yang boleh nampak la kiranya. 


Pagi semalam suami hantar saya pergi kerja sebab dia pun ada hal lain. So, sekali keluar pakai sebuah kereta je la..Jimat dah di situ kan. Kemudian, kami pergi sarapan di Sepinang Sari, makan Mee Sapi Haji Salleh. Suami tegur guru lamanya di sekolah menengah dia dulu semasa mereka dah nak balik. Rupa-rupanya bekas gurunya dah bayar untuk kami sekali. Alhamdulillah... In shaa Allah nanti jumpa balik bekas gurunya, kami pula belanja dia. Hihi..suami kata sepatutnya anak murid belanja cikgu..ni cikgu belanja anak murid.. tak ape la..rezeki Allah. Semoga dimurahkan rezeki gurunya sekeluarga. Amin...

Kemudian, saya sendiri pula dibelanja oleh kawan rojak kucei (salah satu makanan glamor di Kuching juga la). Lagi rezeki makan... Alhamdulillah syukur...kenyang sampai petang. Tengah hari tu makan juga sebab mak mertua dah siapkan bekal. Rezeki juga tu.. Makan lagi...Alhamdulillah. Tapi tak habis :( 

Balik kerja suami jemput. Masing-masing cerita apa yang berlaku sepanjang hari. Dia pun kongsikan bahawa dia pun dibelanja makan oleh kawannya sebab tolong dia. Syukur Alhamdulillah... Selain tu ade juga kawannya bagi tips. Lagi semasa dia service kereta saya, dia dapat harga diskaun tukar minyak hitam. Jimat banyak dah di situ. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU yang Engkau berikan melalui mereka. Semoga rezeki ini memberi manfaat kepada kami sekeluarga. Amin...

Selepas makan, kami singgah di Everrise pula sebab nak beli pakaian untuk puteri hati yang kami tinggalkan seharian. Nak pujuk hatinya. Kami suami isteri pilih la sepasang baju dan seluar panjang. Harga RM13.90 sepasang tu. Bila nak bayar, sales girl cakap ade diskaun, iaitu RM5.00 sepasang.. Hoahhhh..saya cepat-cepat pergi ke tempat tadi, pilih lagi pakaian untuk Shafiyah sampai 8 pasang. Banyak tu...bukan ape, nanti boleh la padankan dengan tudungnya sebab baru elok dan sopan sikit tengok  berbaju dan berseluar panjang. Alhamdulillah semoga Allah tidak putus memberikan rezeki kepada kami. 

Ya Allah, hambaMu ini sedari dulu tidak putus berdoa semoga Engkau murahkan Rezeki Pekerjaan Tetap Kepadaku (Kerja Kerajaan) untuk aku membayar hutang, membantu suami dan membantu keluargaku terutama orang tuaku. Permudahkanlah urusanku Ya Allah. Hanya Engkau Maha Mengetahui segalanya. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, December 4, 2013

Pekerjaan Suami vs. Isteri

Assalamualaikum....

Hari ni dan hari-hari sebelum ni saya stress la bila orang tanya tentang pekerjaan. Haha.. tak la sampai stress tahap gaban tapi stress tahap geram je. 

Saya bekerja dalam sektor swasta. Suami pula bekerja dalam sektor kerajaan. Tak pelik (bagi saya la dan pasangan-pasangan seumpamanya) tapi, agak pelik bagi orang-orang yang mempunyai kerjaya yang sama-sama dalam sektor kerajaan biasanya la. Hehehhh... Erkkk.... Ada ku kesah?

Yang geramnya mereka mulanya excited nak berbual dengan kita sebab ingatkan kita ni bekerja dalam sektor kerajaan kan.. tapi bila dapat tau kita bekerja dalam sektor swasta, mula la nak tak nak je layan... hampeh... menyampah... Hello... saya bekerja dalam sektor swasta pun makan gaji halal jugak OK... So, tak yah la tunjukkan kepoyo'an disitu. Saya tak ada rezeki lagi nak dapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan. At least saya bekerja juga bantu suami, diri-sendiri, beli barang keperluan anak, beli ape je kita target dan yang penting bagi orang tua kita duit tiap-tiap bulan. Boleh bayar ape-ape tanpa minta satu sen pun dari suami atau berhutang sana sini... bukak lobang, tutup lobang sana sini... main kutu sana sini... werkkkk. 

Tu satu hal... Yang peliknya, perlu ke kalau suami kita cikgu, kita pun cikgu? kalau suami kita polis, kita pun polis? kalau suami kita pegawai, kita pun pegawai??? Perlu ke??? Haha... tipikal of penyibuk. Tak perlu la kan... Masing-masing la dengan rezeki masing-masing. Yang penting cukup makan pakai. Ape yang kita miliki dalam dunia ni, semuanya pinjaman semata-mata. Jadi, kita tak perlu la riak dengan apa yang kita ada malah, sentiasa bersyukur serta menerima ketentuan dengan hati yang terbuka. In shaa Allah di syurga nanti, kita pasti akan memiliki segalanya.

Tuesday, December 3, 2013

Nama Anak Perempuan dan Maksudnya

Assalamualaikum...

Baru jap tadi kakak teks saya ckap baby lam poyot baby gurl. Baru lepas scan. Sportingnya baby nak tunjuk kan? Untung la my sis dapat anak pompuan 2, lelaki 2. 2 pasang. Jealous I.... Belum ade rezeki anak kedua lagi...sabar..usaha..tawakal...hihi....

Bila kakak bagitahu bakal dapat anak perempuan, mula la saya google nama-nama bayi Islam perempuan. Nak cari nama dekat-dekat dengan nama anak kakak yang sulung, Nur Jihan. Kakak Nur Roslina.. Saya budjet cari nama yang depannya Nur jugak dan J juga huruf permulaan nama. Kalau si kakak nama Nur Jihan yang bermaksud Cahaya dan Nama Tokoh Wanita, saya agak berkenan dengan nama Nur Jinan yang bermaksud Cahaya Syurga-Syurga. Hehe...tapi mesti la kakak dan abang ipar nak cari dan letak sendiri nama anak mereka ape kan? 

Nama saya sendiri ada maksud tersendiri. Lama nak decide nama masa kat JAIS masa peluk agama Islam.. hihi...nak cari nama dekat-dekat dengan nama suami bermula dari Su____ so, dicadangkan dan dipilih ialah Sumayyah Humaira yang bermaksud Kebanggaan Yang berpipi merah. Jadi, ada la Su jugak di depan...sweet... 

Ha...masa nak cari nama anak sendiri pun pening...letak nama macam tu je senang la kan...tapi, kita kena letak nama anak dengan maksud yang baik-baik. Anak dah lahir tapi, kami belum letak nama lagi..rasanya 2 hari cari...haha..sian anak ummi. Akhirnya kami letak nama puteri hati kami Shafiyah Umaira' yang bermaksud Suci jernih Pipi kemerah-merahan (nama timangan Isteri nabi - Aisyah). Alhamdulillah.