Wednesday, September 20, 2017

Kolokium 2

Assalamualaikum...

Alahai lah.... dah kenapa dengan saya ni. Dah lama sedia maklum bahawa 7 Oktober nanti Kolokium 2 untuk persembahkan hasil kajian. Tapi, saya lansung tak sedia lagi. Hilang ke mana entah motivasi saya. Allah hu akhbar..... Semoga saya boleh buat yang terbaik untuk kajian saya. Amin....

Wasalam,
Su

Thursday, September 14, 2017

Pertama Kali Jumpa Sepupu

Assalamualaikum....

Ni sebelum raya haji hari tu adik kepada ayah saya (Pak Inang) nak balik kampung bawa anak, menantu dan cucunya. Selama ni Pak Inang balik seorang je...tak pernah bawa anak atau isteri dia. Kali ni special sikit. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum penerbangan mereka dari Sabah ke Kuching, kami dimaklumkan bahawa mereka tak dapat datang sebab cucu Pak Inang demam dan warded dah 3 malam. So, terpaksa cancel. Pak Inang pun tak sedap hati pula nak balik seorang diri sebab asalnya nak balik kampung sama-sama. Lalu, saya cuba call Pak Inang dan pujuk dia. Pak Inang kata kalau cucunya boleh keluar hospital, in sha Allah boleh balik.... Dan, dengan izinNYA, cucu Pak Inang keluar ward, terus mereka bergegas balik ke rumah kemas barang dan terus ke airport. Ya Allah, seronoknya hati dapat jumpa anak Pak Inang walalupun jumpa salah seorang anak dari 5 orang.

Hasil dari perjumpaan kami, sah la kami pernah duduk satu tempat sekitar tahun 2008-2009...Puncak Perdana, Shah Alam. Ruginya kan..sepupu duduk dekat tapi tak pernah tahu dan tak pernah jumpa. Tapi rancangan Allah kan lebih baik. Kami dipertemukan bila masing-masing sudah bekeluarga. Oh ya.. Pak Inang dan family berada di kampung selama seminggu. Sempat kami berhari raya dan menunaikan ibadah korban bersama-sama. Seronoknya kalau nenek dan mak masih ada. Berkumpul ramai-ramai. Apakan daya..mereka pergi dulu.

Sebelum balik ke Sabah sempat juga saya ke airport sekejap jumpa mereka. In sha Allah ada rezeki kemudian hari jumpa lagi.


Wasalam,
Su


Wednesday, August 16, 2017

Dah Lama Tak Menulis

Assalamualaikum....

Hai...apa khabar readers (macam la ada orang baca...hikhikhik)...

Lama sangat tak tulis blog. Macam biasa la...ada je nak story tapi bila datang idea nak menulis je ada la kerja hakiki yang perlu dibuat... Balik rumah busy dengan urusan rumah pula... Kalau dulu masa zaman sekolah menengah rajin betul tulis diari kat buku.... Sebelum bakar diari-diari tu semua dulu, bila baca balik..malu sendiri pulak...Hahaha... Sekarang ada ke budak-budak sekolah tulis diari dalam buku? Tak kot....sebab sekarang kan moden... Dulu handphone 3310 pun susah nak dapat... sekarang canggih betul handphone budak-budak... So, mesti diorang guna medium tu untuk tulis blog, tweeter, wechat, whatsapp...kan?

OK la...nak settle kerja dulu...chowww

Wasalam,
Su

Friday, June 16, 2017

Salam Ramadhan 1438H

Assalamualaikum...

Lamanya saya tak menulis dalam blog ni... Busy sangat sampai lupa ada blog...Kah! Pejam celik dah 21 hari kita berpuasa kan... Tinggal seminggu je lagi nak sambut 1 Syawal. Kami 4 beranak belum buat persiapan apa pun...Mungkin Ahad ni la...sebab esok sekolah suami sekolah ganti..sekolah anak pun sekolah ganti...

Semalam sepupu temankan berbuka puasa di luar.. Lamanya tak jumpa...

Buat masa ni tak ada apa nak share...

Wasalam,
Su

Hari Jadi Syafiq Umair 2 Tahun

Assalamualaikum....

Alhamdulillah 26 April lepas ulangtahun ke-2 kelahiran putera kami..Syafiq Umair...anak ke-dua dan anak sulung lelaki selepas kakaknya. Syukur dah punya 2 anak sepasang. Cukup lengkap dah kehidupan kami suami isteri. Cukup tempoh 'bercuti' mengandung atas nasihat doktor, lepas 3 tahun baru boleh mengandung dan beranak lagi...boleh la kita bagi adek lagi..hahahh...in sha Allah itu semua rezeki Allah...walau macam mana pun kita merancang, dengan kuasa Allah, apa pun boleh jadi. Doa yang baik-baik saja...semoga saya dan suami dapat tengok anak-anak membesar dengan sihat, berjaya dalam hidup dan boleh tengok mereka berkeluarga sendiri serta bagi kami cucu yang ramai. Hehehh...

Pada 27 April balik kerja kan saya langgar orang masa undur di stesen minyak...balik tu saya dan keluarga mertua sambut hari jadi Syafiq. Dia macam tak excited je...tapi layankan..yg excited kakak dia n sepupu dia...sepupu nyanyi dan tiup lilin...kakak potong kek..dia ngikuttt je...hahahh,,,tak apa la nak...janji semua enjoy.

30 April sambut sekali lagi dengan suami sebab combine sekali hari jadi dua beranak tu...suami 24 April. Kek yang saya order pun kek bola. Sesuai sangat la dengan dua beranak ni...suka sangat main bola...kalau sepak bola tu boleh tahan skill dia. Geram pulak tengok....abah dia suka la sebab ada geng main bola....tepuk-tepuk tangan kalau Syafiq tu boleh sambut bole dan sepak balik siap ada bunyi sepakan padu tu...Amboi...hahahhh... Bukan saja main bola yeeee... Syafiq tu dah pandai skill main badminton juga ok. Dia tu menurun sangat la dengan apak dia tu... Nanti kalau kami empat beranak turun stadium pergi joging...sampai merah2 muka Syafiq...hahahh....letih wo pusing satu padang.

Masa sambut hari jadi Syafiq dan suami, kami empat beranak sambut dan makan kat Annuar steamboat je. Santai-santai situ... Rasanya kerap juga kami sambut birthday situ. Tak apa la..janji happy... Malamnya pulak kami stay hotel semalam. Suka sangat dua beradik tu bawa tidur hotel. Kami sengaja bawa sebab anak-anak dah faham... Boleh la enjoy..suka tengok diorang happy. Nanti ada rezeki lebih, boleh la bawa diorang tidur kat hotel tepi pantai ke..tempat best-best. Kalau Shafiyah sorang je dulu, kami selalu bawa fly pergi bercuti. Ada Syafiq ni kesian...tak kesampaian dia nak naik flight harga infant. Kakak pernah 2 kali rasanya fly pergi KL dan pergi Sabah. Mungkin kebetulan juga masa Syafiq bawah 2 tahun saya sambung belajar...jadi masa untuk jalan-jalan dah kurang. Dapat pergi dekat-dekat je. Tak apa...sekarang saya dah habis kuliah, boleh la dapat balik hujung minggu saya.

Wasalam,
Su

Tuesday, May 2, 2017

Tamat Semester 3 Pengajian Master

Assalamualaikum....

Dalam duka terbit juga rasa suka dalam hati.... Alhamdulillah...selesai sudah kuliah dan exam...yahooo... dalam yahoo yahooo pun kena teruskan project paper pulak...semoga dipermudahkan..aminnn...semoga ada sinar lepas habis master ni.. in sha Allah rezeki Allah kan luas...aminnn

Wasalam,
Su

Kena langgar dan terlanggar

Assalamualaikum....

Saya sedih sangat ni...hmmmm...malangnya nasib saya...Allah hu Akhbar.... Nangesss

Minggu terakhir kuliah 16hb minggu lepas happynya sebab dah habis kuliah dah...tinggal habiskan kajian dan penulisan tesis master saya. Tapi, malang tak berbau....5 minit lagi nak sampai rumah, pummmm saya kena langgar belakang...teruk tak teruk, teruk juga la kereta saya remuk bumper belakang kiri dan pintu bonet kiri... Orang yang langgar saya tu teruk sangat bahagian depan kanan. Nak buat macam mana...benda dah nak jadi. Bukan kehendak kita nak langgar melanggar ni jadi kan? So, call suami...tak lama lepas tu dia sampai dengan abg ipar dan anak-anak...settle secara bagus. Orang yang melanggar pun elok budi bicaranya... Seorang guru... Kesian juga sebab ada anak isteri dia sekali dalam kereta... Lagi malang, kereta dia tamat cukai jalan...

Pendek cerita hal kena langgar dah settle sebab cikgu tu dah beli bumper dan pintu bonet belakang. Tinggal nak spray baru dan pasang.

Nasib baik tak pasang dulu.....

Kenapa???

Sebab hari ni saya pula langgar belakang kereta orang... Tempat kejadian di shell desa ilmu. Ceritanya begini...shell tu ramai beratur. Sekali saya terkena orang bawa hilux isi minyak dalam tong belakang hilux. Ok...lama...

Tengok pam sebelah kiri ada pam kosong..so nak undur. Dah undur dah..dengar bunyi hon..berhenti..tengok cermin sisi kiri n cermin...pandang belakang xde kerata...undur lagi...pummmmm...alamakkkkkk...benci betul kat diri sendiri...kenapa la saya tak nampak kereta tu di cermin sisi kanan? Benci sangat la...asalnya sebelum kereta tu situ, saya nampak kereta tu dari arah bertentangan...tak sangka pulak dia beratur belakang saya...

Pendek cerita..dia keluar kereta marah sangat lah....cakap baru je lepas tukar n spray...Allah hu Akhbar...bukan saya nak pun benda ni jadi... Tp Alhamdulillah saya berjaya tenangkan dia dan bincang secara elok dengan dia...So, dia ok... OK, OK pun nanti bill kereta dia nak repair, saya gak tanggung okeyyy... Tak apa la..ni semua aturan Allah...meskipun berkaitan duit dan sayatak berapa nak ado ni...redha je la...terima je la...bayar la... Ni semua ujian dari Allah SWT... Tu baru sikit Allah cuit saya. Ada la hikmahnya...mana tau nanti saya jadi kaya raya... Aminnnnnn...

Terima kasih Allah sebab temukan saya dengan orang yang baik-baik... Insya Allah, saya percaya Allah ada rancangan yang terbaik untuk saya nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan saya... Aminnn...

Wasalam,
Su

Wednesday, March 15, 2017

Anak Buah Paling Sulung Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

Assalamualaikum...

Lamanya tak berceloteh sorang-sorang dalam blog ni... Bukan apa...busy dengan proposal dan assignment... Sekarang ni free sikit sebab bos tak ada..hihikkk...

Nak cerita ni, balik kuliah Ahad lepas, sempat gak la rehat, lelap sekejap. Bangun-bangun je jam 2.30pm macam tu sebab tak boleh pejam dah lepas ayah call cakap diorang makan kenduri makan padi baru, lepas tu kakak ipar pula call ucap terima kasih sebab share kredit... Jadi, bangun lepak depan tengok TV. Tak lama lepas tu sepupu pula call..dia cakap anak buah kena langgar. Allah....terus saya nangis... Lepas tu suami ajak balik.. Cepat-cepat saya kemas apa yang patut. Lepas tu inform bos cakap balik kampung ada emergency, so minta izin EL esok. Sepanjang perjalanan hati tak tentu arah. Takut macam-macam...takut berselisih dengan ambulans bawa anak buah ke SGH pula sebab kakak call cakap anak buah akan dihantar ke SGH. Alhamdulillah sampai Hospital Lundu, sempat jumpa sebelum dia dihantar ke SGH.

Syukur lewat petang hari Isnin dah boleh keluar wad. Lepas dia keluar, baru lega sikit. Orang yang langgar dia tu, dah diuruskan dan kes dianggap selesai cara luar.


Ok, tu je nak story,

Wasalam,
Su

Monday, February 6, 2017

Hari Jadi Shafiyah Tahun ke-5

Assalamualaikum...

Ahad lepas sempat balik kpg tengah hari lepas hadiri majlis kahwin sepupu suami di kpg suami...sebab malamnya nak sambut hari jadi si sulung kami. Dah janji dengan sepupu-sepupunya (anak buah belah saya). Ini adalah sambutan hari jadi Shafiyah yang pertama bersama keluarga belah saya...tahun sebelumnya di sebelah abahnya...macam tahun lepas buat di sekolah...tahun ni tak buat di sekolah sebab kebetulan jatuh pada hujung minggu. Tak apa...lain kali buat kat sekolah.

Alhamdulillah sempat beli apa nak masak senelum balik kpg...yang penting saya sempat masak untuk hidangan malam kejadian. Menu masakan...nasi ayam, aglio olio, sayur campur dan ikan sardin kukus.

Ha...tema frozen. Tapi, Shafiyah nak pakai gaun princess....alahai...gaun frozen tak nak. Kek pula red velvet frozen dan cup cake red velvet frozen.

Semoga anak sulung kami ni dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia akhiratnya dan yang paling penting jadi anak yang taat pada Allah dan kepada kedua kami sebagai ummi dan abahnya. In sha Allah...amin....

Selamat hari jadi anak Ummi, Shafiyah Umaira' Binti Supian, 5 tahun. Saaaayang kakak.


Wasalam,
Su

Thursday, January 19, 2017

Semester 3 Dah Bermula

Assalamualaikum...

Sabtu dan Ahad lepas kelas pertama untuk semester 3, subjek Statistik dah bermula... Siap ada test untuk 2 hari tersebut...amboi...amboi...amboi.... Test pertama dh dpt result...5/10...hahahahahhh....melampaunya tak bijak. Result test 2 berapa la agaknya sb agak mencabar hari tu.

Oh ya...sebut pasal result, seminggu sebelum kuliah, dah dapat result untuk Semester 2 yang lepas. Menurun pointer....tak apa la...asalkan masih dalam senarai Dekan.... Alhamdulillah syukur....

Semester 3 ni mencabar sangat sebab ada kajian. Ada subjek kena tukar sebab pensyarah subjek asal ada masalah kesihatan... Sama-sama kita doakan ye... In shaa Allah semua baik-baik sahaja.

Sekarang sibuk dengan tugasan dah...

Selain tu selit-selit buat lakaran nak sambut birthday puteri sulung saya 28 Januari nanti.... Tak sabarnya.... saya yang teruja... tema frozen... hehehhh... nanti saya share ya...

Wasalam,
Su

Wednesday, January 4, 2017

Selamat Tahun 2017

Assalamualaikum....

Pejam celik habis dah tahun 2016... tapi saya masih macam ni juga....hehehhh... Seminggu sebelum tahun baru saya ambil cuti. Saje nak bersama dengan family. Balik kampung je. Seronok sebab dapat makan durian.... Jalan-jalan hari Krismas... Sambut tahun baru dengan family... Berkumpul ramai-ramai...

Result Sem 2 tak dapat lagi...huhu..takotttt...tapi jadual Sem 3 dah dapat dah. Kena lebih struggle kali ni sebab buat kajian...harapnya boleh la buat yang terbaik. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. In shaa Allah...aminnn

Rasanya tak ada apa nak kongsi lagi... Mudah-mudahan tahun ni dapat bonus banyak...hahahahhhh...

Wasalam,
Su