Friday, July 18, 2014

Al-Fatihah kepada penumpang MH17

Assalamualaikum...

Allah hu akbar.. sekali lagi negara kita digemparkan tentang berita penerbangan komersial Malaysia Airlines. Subhanallah...bertabahlah kita dengan ketentuan Qada' dan Qadar Allah. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan semangat manghadapi keadaan sebegini. Semoga roh penumpang MH17 dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah...

Pagi tadi masa perjalanan ke pejabat, saya dengar berita ni di radio Hot FM. Sebab tak bukak tv...tak online lagi. Ya Allah... saya menangis! Terkesan sungguh dengan kemalangan yang menimpa saudara kita. Tak terkata apa dah. Namun, MH17 ada jawapannya pada keluarga mangsa. Tapi MH370? masih lagi dalam pencarian. Saya yakin suatu hari nanti kita pasti dapat jawapannya juga. In sha Allah.

Di sini saya sisipkan sedikit info mengenai MH17. Pesawat itu ialah jenis Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur kemudian terhempas selepas ditembak dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. Seramai 280 penumpang dan 15 kru maut.

Hanya Allah yang tahu kebenarannya.

Video:






Gambar: 










Ini pula gambar yang dikatakan Peluru Berpandu yang Menembak MH17,




Allah sebenarnya memberikan kita satu petunjuk. Allah hu akbar!!! Allah hu akbar!!! Allah hu akbar!!!

Wasalam.