Tuesday, February 18, 2014

Kembali Bekerja Selepas Cuti Keguguran

Assalamualaikum...

Hari ni hari ke-2 saya turun kerja selepas cuti 2 minggu. First, harus la alashhhhh bangun pagi-pagi. Keduanya, mula la rindu ngan Shafiyah... alahaiii anak ummi... 2 minggu berkepit siang malam tentu la rindu bila pisah jap.

Semalam masuk kerja takde ape sangat nak buat. Bos pun takde. Relax je la layan blog, fb... kemas-kemas meja yang berselerak bagai tak bertuan... carik-carik harta (alat tulis) yang hilang... Hasil yang saya dapat semalam, kaki lenguh sebab start driving jauh... Aduhai...badan tak sedap, kejap panas kejap sejuk.

Hari ni bos ade. Setakat ni, macam takde ape lagi nak kena buat. Tu la sempat update blog ni. Hehe...

Saya masih lagi berpantang. Perut masih lagi pakai bengkung... Kaki berstoking... Semalam saya beli 3 pasang stoking berjari-jari tu. Comelnyaerrr... Hehe... In sha Allah memeng niat nak kekalkan berstoking ni. 

Macam takde ape sangat nak share, ni je la kot.

Wasalam :)

Friday, February 7, 2014

Keguguran Kandungan ~ Pasti Ada Hikmahnya...In sha Allah Amin...

Assalamualaikum...

Masya Allah, dah lama sangat tak update entry. Saya pun ada banyak perkara nak share dalam blog ni. Banyak sangat kejadian tak di duga berlaku kepada saya. Alhamdulillah, saya terima dengan redha. Saya sangat yakin janji Allah itu pasti. Selepas saya di turunkan ujian terkena penyakit Bell's Palsy (baca: Bell's Palsy @ Facial Nerve Effected), saya sekali lagi saya di uji, Allah telah ambil bayi dalam kandungan saya untuk dijaga di bawah jagaanNYA di syurga. Saya keguguran semasa bayi dalam kandungan saya berusia 6 minggu pada minggu lepas, 31 Januari 2014, Jumaat jam 6.40ptg. Saya sangat-sangat tertekan tetapi, saya redha dan terima ketentuan dariNYA dengan hati yang ikhlas. Saya yakin, setiap apa yang berlaku, Pasti Ada Hikmahnya. In sha Allah Amin Amin Ya Rabb Al Amin...  


Berpantang tanpa bayi di sisi

Kini saya masih dalam pantang. Saya dapat cuti berpantang keguguran selama 2 minggu, iaitu dari 1-14 Febuari 2014. 

Pantang saya kali ni, tanpa adanya bayi di sisi. Pelik rasanya berpantang macam ni tapi, ini bukan la suatu kejadian luar biasa. Perkara ni biasa sangat terjadi di kalangan wanita dan keluarga yang lazimnya di anggap belum ada rezeki anak. 

Namun, saya masih bersyukur kerana saya ada anak perempuan yang baru saja menginjak usia 2 tahun yang sentiasa menemani di sisi. Sekurang-kurangnya, saya tak la bersikap murung sepanjang masa. Bahaya jika kemurungan ni melanda bagi wanita lepas bersalin atau keguguran. Boleh menyebabkan meroyan. 

Saya sangat tersentuh hati apabila saya kesakitan sejak tengah hari di hari kejadian, anak saya akan mengambil minyak untuk urut-urut saya. Betapa dia tak mahu tengok umminya sakit. Masya Allah... Terima kasih Allah kerana mengurniakan hambaMU ini anak yang bijak. Semoga Shafiyah sentiasa di dalam lindunganMU Ya Allah. 



Sakit seperti senggugut dan hendak membuang air besar.

Suami pergi main badminton sebelum jam 3 petang pada hari berkenaan. Saya pula siap beri anak mandi sebab nak tidurkan dia. Mula pukul 4.30 petang, sakit perut semakin menjadi-jadi tambah lagi dengan sejuk. Saya ingat sakit biasa tapi hati makin tak sedap sebab 3 hari sebelum tu, saya dah mula turun darah. Saya menangis dikala anak sedang tidur di sisi. Sehinggakan mak mertua saya saja buka pintu bilik seperti biasa menjenguk cucunya. Dia terkejut tengok saya menangis. Kemudian, jiran-jiran pula datang. Kira-kira 6 petang saya hantar mesej pada suami untuk memintanya balik sebab saya sakit perut sangat macam senggugut dan macam nak buang air besar. Tapi tak ada balasan. saya cuba-cuba telefon, baru la ada respon. Dia segera balik. Mak mertua pun tunggu dia balik untuk hantar saya ke hospital. Kira-kira jam 6.40 petang, saya selamat melahirkan janin. Baru la rasa sakit hilang serta merta.

Sampai hospital Ya Rabbi, ramainya pesakit di bahagian kecemasan. Maklum la, public holiday Chinese New Year. Alhamdulillah segalanya selesai jam 1.30 pagi dan saya boleh balik rumah. Syukur juga kerana saya tak lakukan D & C sebab doktor kata, lakukan D & C boleh memudaratkan dan banyak risiko. Allah permudahkan urusan saya, syukur sangat.

Sebenarnya dari awal saya mendaftar kandungan lagi doktor da boleh kesan kandungan saya tak berjaya sebab bila scan, baby tak nampak setiap kali saya turun buat check up. Tambah lagi, heart beat baby juga tak nampak. Saya betul-betul stress dan kecewa. Sebab tu la saya lama tak update blog. Namun, saya masih lagi berharap dan berdoa semoga kandungan saya selamat. Suami saya pun begitu. Tapi, rahsia Allah siapa tahu. Wallahualam...

Bukan rezeki Shafiyah nak jadi kakak untuk timang adik kali ni, lepas ni, In sha Allah, ummi abah usahakan k sayang.

Wasalam.