Friday, June 16, 2017

Salam Ramadhan 1438H

Assalamualaikum...

Lamanya saya tak menulis dalam blog ni... Busy sangat sampai lupa ada blog...Kah! Pejam celik dah 21 hari kita berpuasa kan... Tinggal seminggu je lagi nak sambut 1 Syawal. Kami 4 beranak belum buat persiapan apa pun...Mungkin Ahad ni la...sebab esok sekolah suami sekolah ganti..sekolah anak pun sekolah ganti...

Semalam sepupu temankan berbuka puasa di luar.. Lamanya tak jumpa...

Buat masa ni tak ada apa nak share...

Wasalam,
Su

Hari Jadi Syafiq Umair 2 Tahun

Assalamualaikum....

Alhamdulillah 26 April lepas ulangtahun ke-2 kelahiran putera kami..Syafiq Umair...anak ke-dua dan anak sulung lelaki selepas kakaknya. Syukur dah punya 2 anak sepasang. Cukup lengkap dah kehidupan kami suami isteri. Cukup tempoh 'bercuti' mengandung atas nasihat doktor, lepas 3 tahun baru boleh mengandung dan beranak lagi...boleh la kita bagi adek lagi..hahahh...in sha Allah itu semua rezeki Allah...walau macam mana pun kita merancang, dengan kuasa Allah, apa pun boleh jadi. Doa yang baik-baik saja...semoga saya dan suami dapat tengok anak-anak membesar dengan sihat, berjaya dalam hidup dan boleh tengok mereka berkeluarga sendiri serta bagi kami cucu yang ramai. Hehehh...

Pada 27 April balik kerja kan saya langgar orang masa undur di stesen minyak...balik tu saya dan keluarga mertua sambut hari jadi Syafiq. Dia macam tak excited je...tapi layankan..yg excited kakak dia n sepupu dia...sepupu nyanyi dan tiup lilin...kakak potong kek..dia ngikuttt je...hahahh,,,tak apa la nak...janji semua enjoy.

30 April sambut sekali lagi dengan suami sebab combine sekali hari jadi dua beranak tu...suami 24 April. Kek yang saya order pun kek bola. Sesuai sangat la dengan dua beranak ni...suka sangat main bola...kalau sepak bola tu boleh tahan skill dia. Geram pulak tengok....abah dia suka la sebab ada geng main bola....tepuk-tepuk tangan kalau Syafiq tu boleh sambut bole dan sepak balik siap ada bunyi sepakan padu tu...Amboi...hahahhh... Bukan saja main bola yeeee... Syafiq tu dah pandai skill main badminton juga ok. Dia tu menurun sangat la dengan apak dia tu... Nanti kalau kami empat beranak turun stadium pergi joging...sampai merah2 muka Syafiq...hahahh....letih wo pusing satu padang.

Masa sambut hari jadi Syafiq dan suami, kami empat beranak sambut dan makan kat Annuar steamboat je. Santai-santai situ... Rasanya kerap juga kami sambut birthday situ. Tak apa la..janji happy... Malamnya pulak kami stay hotel semalam. Suka sangat dua beradik tu bawa tidur hotel. Kami sengaja bawa sebab anak-anak dah faham... Boleh la enjoy..suka tengok diorang happy. Nanti ada rezeki lebih, boleh la bawa diorang tidur kat hotel tepi pantai ke..tempat best-best. Kalau Shafiyah sorang je dulu, kami selalu bawa fly pergi bercuti. Ada Syafiq ni kesian...tak kesampaian dia nak naik flight harga infant. Kakak pernah 2 kali rasanya fly pergi KL dan pergi Sabah. Mungkin kebetulan juga masa Syafiq bawah 2 tahun saya sambung belajar...jadi masa untuk jalan-jalan dah kurang. Dapat pergi dekat-dekat je. Tak apa...sekarang saya dah habis kuliah, boleh la dapat balik hujung minggu saya.

Wasalam,
Su