Assalamualaikum....
Macam mana raya korang??? (eh..ade ke yang baca n jawab?) hihi....
Alhamdulillah raya tahun ni seronok sangat sebab semua adik beradik suami ada dan berkumpul semua. Syukur...Rezeki ibu dan ayah mertua dapat tengok anak menantu serta cucu-cucu berkumpul. Semoga Allah sentiasa anugerahkan kesihatan yang baik dan panjangkan umur mereka berdua untuk terus melihat perkembangan dan kejayaan zuriat da waris mereka. Begitu juga ayah saya, semoga ayah pun dikurniakan kesihatan yang lebih baik dan dipanjangkan umur untuk melihat anak menantu serta cucu-curu meraih kejayaan demi kejayaan. Amin...
Selepas cuti panjang 3 bulan (macam cuti beranak pulak), setapak lagi saya melangkah bagi meneruskan perjuangan saya dalam Master ni. Alhamdulillah syukur dah semester dua dah sekarang. 23 Julai 2016, kelas pertama iaitu Kaedah Penyelidikan Pendidikan pembuka semester kedua ini. Pensyarah yang mengajar pun Dekan kami sendiri iaitu, Prof Madya Dr. Hamidah. 2 hari kelas dah cover sampai bab 1 sampai bab 3 untuk buat penulisan..hoahhhh..moga maju jaya...
Oh ya...saya dah ada tajuk nak buat tapi...macam mana nak buat??? Tu tak tahu lagi... Kena buat jugak... Kena kuat semangat.. Moga-moga berjalan lancar hendaknya. Amin...
Ok la..nak taip entry ni je makan masa yang lama..skip-skip... Wish me a luckkkkk!
Terima kasih membaca.
Wasalam,
Su.