Monday, October 19, 2015

Badan Shafiyah Gatal-Gatal dan Bengkak

Assalamualaikum...

Hujung minggu lepas kami balik rumah sendiri di kampung saya. Pernah cerita kan, kami bina rumah sendiri kat sana sebab suami.kerja kat sana, kebun sawit, kebun lada pun kat sana. Hmmm...sekarang ni suami ternak burung puyuh pula...bagi burung puyuh tu bertelur je.

Sabtu saya, Shafiyah dan Syafiq duduk rumah je...Suami bagi budak training main bola kat stadium. Tengah hari tu la Shafiyah mula gatal-gatal. Dia suruh saya garu bahagian pelipat kaki. Ingat biasa je..sapu je la dengan minyak yu yee. Lama-lama saya tengok eh..semacam sangat rupa gatalnya tu. Macam jerumut. Cepat2 saya ambil gambar sebab nak whatsapp dekat suami. Lepas tu saya lumur satu badan dengan garam. Saya ambil gambar lagi untuk bagi suami update. Kalau tak baik juga nak suruh dia balik bawa Shafiyah pergi kecemasan hospital. Mula-mula tu OK lagi. Surut dah... Tapi lama-lama bila Shafiyah asyik-asyik garu muncul pulak bengkak gatal yang baru kat tepi atau kawasan lain. Update lagi kat suami.

Pukul 3 petang macam tu suami balik, terua bawa pergi bahagian kecemasan Hospital Lundu. Semasa jumpa Pegawai Perubatan tu, saya bagitahu dan tunjuk gambar yang saya ambil tadi sebab semasa pergi gatal-gatal tu dah surut balik. Haha...Pegawai Perubatan tak kasi lumur garam ye....takut radangan kulit katanya. Huhu...my bad. Tapi result OK ape? Kan.... Tak apa, dia lebih tahu secara perubatan sebenar.

Kebetulan Shafiyah pun ada bisul betul-betul atas hidung dia. Doktor bagi ubat untuk tu sekali. Dapat ubat penadol, antibiotik dan lotion. Sapu lotion tu je badan masih lagi gatal-gatal. Tidur malam mula la tak nyenyak sebab asyik nak garu je. Suami la yang tolong layan Shafiyah.

Esoknya siang surut lagi..Petang naik lagi...Petang Ahad tu balik kampung suami semula... Sebelum tu bawa Shafiyah mandi pantai pula. Bagi dia mandi air masin. Tawakal je la... Sampai je rumah, mak mertua cakap "kena kencing pontianak" seram!!! Actually, saya 2,3 tahun lepas pun pernah kena. Lepas injection dan makan ubat klinik persendirian, terus elok. Alhamdulillah....

Mak mertua terus tumbuk buah kunyit dan lepas tu bubuh minyak kelapa. Lumur seluruh tubuh Shafiyah, surut balik. Tapi, malam balik lagi macam tu. Syukur suami ada tolong layankan.

Pagi tadi sebelum pergi kerja tengok dah OK dah. Sekali balik kerja petang, mak mertua cakap OK je...Ye la, kalau tak OK saya nak bawa dia ke kkinik yang saya pernah pergi dapatkan rawatan dulu tu. Sekali lama-lama Shafiyah mengadu gatal balik...menjadi balik..huhu...saya terus sapu minyak kunyit, sapu minyak Tropika Herba, sapu dengan minyak TYT dan last sapu bedak kat badan. Dia kata tak sakit..ok dah. So, tengok.dia sekarang tengah tidur nyenyak di sebelah kiri saya. Sebelah kanan tentu-tentu la tempat Syafiq. Hehe... Semoga anak-anak dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan. Amin...

Terina kasih membaca.

Wasalam,
Su

Wednesday, October 14, 2015

Hari Jadi Empunya Blog Ke-29 Tahun

Assalamualaikum...

Happy birthday to me!!!
Tak sangka betul dh cecah usia 29 tahun. Alhamdulillah bersyukurrrr. Sangat cepat masa berlalu sedangkan saya masih terbayang-bayang diri masih lagi kecil, hisap botol susu, main lumba lari, main jual beli bukak kedai berduitkan daun, tak mau masuk sekolah tadika sebab cikgu garang, mandi sungai sampai kena marah balik lewat petang, mengail ikan dapat ikan keli ikan sepat ikan haruan..masuk sekolah menengah boleh tahan ramai peminat n cinta-cinta monyet. Masuk uni je tak ada cinta-cinta... Tup-tup habis semester 5 dah selamat berhijrah dan bernikah.. Alhamdulillah.

Hidup saya sangat sangat sangat la mencabar. Sehingga la saya kehilangan seseorang insan yang palingggg saya sayang dan cintai ketika saya sedang berpantang tepat 40 hari anak pertama. Mak. Mak dah 3 tahun 7 bulan tinggalkan kami. Mak meninggal sebab advance gastric.

29 tahun lepas, masa ni la kemuncak mak sakit nak lahirkan saya. Saya selamat dilahirkan jam 11.25 malam. Tinggal 35 minit saja lagi 14 Oktober nak tinggalkan saya. Hihi. Alhamdulillah saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Lagi-lagi anak bongsu. Besar betul pengorbanan mak. Sebelum selamat saya dilahirkan, dia terpaksa duduk di SGH lebih kurang sebulan. Ya Allah... DIA saja tahu perasaan saya yang tak puas lagi bersamanya. Tak berkesempatan merasa keselesaan saya. Saya redha dengan pemergian mak tapi rasa rindu tak akan terpadam.

Terima kasih mak sebab besarkan saya dengan penuh kasih sayang, pemberi semangat, jadi kekuatan dan jadi penasihat cinta sampai la anak mak dah jadi isteri kepada Cikgu Supian dan ummi kepada 2 orang anugerah Allah yang tak ternilai... Shafiyah Umaira' dan Syafiq Umair.

Mak...saya akan jaga apak. Saya akan pastikan apak sentiasa cukup. Saya akan jaga abang Tomy, kakak Roslina dan kakak Marina.

Terima kasih mak sebab selalu hadir dalam mimpi saya. I love you mak.

My wish.... Semoga murah rezeki, kaya dan dapat kerja dalam sektor awam, dapat beri anak-anak dan keluarga keselesaan yang lebih lagi. Dapat bantu orang-orang yang memerlukan. Semoga sentiasa istiqomah...jadi isteri, ummi, anak, menantu, masyarakat, umat Islam yang berjaya dan diredhai Allah. Diberi kesihatan yang baik dan panjang umur untuk menjaga keluarga.

Terima kasih sebab membaca.

Wasalam,
Su

Monday, October 12, 2015

Shafiyah Daftar Masuk Tadika Sesi 2016

Assalamualaikum....

Alhamdulillah Shafiyah diterima masuk sekolah Tadika sesi tahun 2016 walaupun umur dia bakal cecah 4 tahun 28 Januari 2016 tahun depan. Petang tadi cikgu tadika dah minta maklumat dia untuk didaftarkan.

Semangat betul dia nak sekolah. Dari umur belum 3 tahun lagi dah hafal nama bakal cikgunya di tadika. Kalau kita tanya, "Siapa nama cikgu?". Pasti dengan pantas dia akan jawab, "Cikgu Kayah." Hihi...bijak.

Itu baru nama cikgu. Budak ni kecil-kecil lagi dah ada cita-cita. Kalau kita tanya, "Nanti dah besar nak jadi apa?". Cepat je dia sahut, "Jadiiiii....Doktorr Gigi!". Haha... Cita-cita dia ni dia mula semat di hati sejak tau nak gosok gigi. Dia kata nak gigi cantik, bersih dan tak berbau. Lalu la saya dan abahnya cakap nanti dah besar boleh la jadi Doktor Gigi. Dia iya kan je tanda setuju.

Kalau kita tanya dia, "Apa pesan ummi?". Dia dh tau macam mana nak jawab... "Rajin belajar...rajin sekolah..rajin mengaji..rajin sembahyang...rajin tolong ummi..tolong abah..." Sekarang tambah lagi satu "tolong adik...". Haha...

Shafiyah jenis kanak-kanak cepat belajar melalui pemerhatian atau teknikal. Kalau smartphone tu dh macam diajar. Tau je godek-godek game, tengok gambar, pilih folder cerita kartun mana nak tengok, episod mana, ambil gambar. Paling tak boleh tahan dah pandai selfie. Ayooooo... Kalau nak dibandingkan saya kecik-kecik dulu memang jauhh berbeza. Dulu...nak picit butang alat kawalan jauh televisyen pun takut. Takut salah tekan, meletup. Yang saya paling bangga sekali dia dah boleh baca Alif Ba Ta... ABC, 123 dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, doa makan, doa tidur, doa yang ringkas-ringkas termasuk la Al-Fatihah. Alhamdulillah...

Bersyukur juga Shafiyah seorang kanak-kanak yang sangat aktif, kreatif dan jenis explored. Tahan lasak pun iye. Sangat-sangat berani mencuba sesuatu yang baru. Selalu sangat ummi dia ni macam harimau jadian dikerjakan olehnya. Bertabah je la..... Tu tanda anak kita sihat, aktif, bijak dan yang paling penting sel-sel otak dia sedang berhubung dengan baik. Alhamdulillah.

Ummi doakan anak ummi sentiasa dilindungi Allah SWT, berbakti pada agama, bangsa dan negara serta berjaya dunia dan akhirat. In shaa Allah.... Aminn...

Terima kasih membaca.

Wasalam,
Su

Wednesday, October 7, 2015

Update Blog

Assalamualaikum...

Saya kalau ikutkan hari-hari nak update blog. Boleh je tapi gambar kurang la...

Hari-hari ada sahaja cerita nak kongsi. Ayat semua dah susun dalam kepala apa nak cerita. Lepas tu, nak taip tu je ada kekangan.

Ni pun update pakai handphone je. Tak khatam lagi...hihi...

Semalam kerja half day je. Petang bawa Syafiq inject vaksin 5 bulan tu. Sepatutnya last week tp dia kurang sihat. Semalam ok dah boleh proceed cucuk. Ok la...pagi tadi tengok dia ceria je cuma ada hingus sikit sebab malam tadi tidur macam ada bunyi sumbat hidung. Dah ada belikan dia Tropika krim herba tu. Sapu tu je dengan minyak Yu Yee kalau nak berangin. Pernah cuba letak bawang putih kat sarung kaki... Ok, cuma bau bawang tu je la kita yang pening. Tahan je yang penting anak sihat.

Kalau dulu dengan Shafiyah saya tak reti sangat macam mana nak handle baby. Tak ada pengalaman. Semua apa yang saya buat adalah first time. Dari cuci berak sampai la uruskan pakaian, makanan, minuman serta nak kenal tabiat bayi. Semuanya kali pertama dalam hidup. Hidup pun totally berubah.

Masuk anak kedua ni, saya dah agak matang sikit. Pengalaman pun dah boleh share sikit-sikit dengan rakan-rakan. Tapi, walaupun dah ada dua anak tak bermakna saya dah faham sangat-sangat macam mana nak handle anak-anak sebab setiap anak tu lain tabiatnya. Begitu juga masa mengandungkan mereka. Lain.. Tak sama...

Tapi, boleh pula sepupu saya cakap saya ni bersifat keibuan..haha... Ye ke? Saya sebenarnya dah tekad nak jadi ummi yang boleh buat anak-anak anggap saya la ummi terbaik. In sha Allah... Saya nak ikut jejak mendiang mak yang sangat-sangat sporting dan cool. Mak tak pernah pukul, jentik mahupun cubit saya. Semua perkara mak sokong. Mak la tempat saya mengadu sebab selain mak, saya kurang percaya. Sekarang mak dah tak ada, saya pendam je segalanya sendiri. Rindunya pada mendiang mak :(

Ok...nanti kalau ada kesempatan lain, saya update. Take care people.

Terima kasih sebab membaca.

Wasalam,
Su