Thursday, November 28, 2013

Suka Baca Blog

Assalamualaikum...

Saya memang ada habit yang suka sangat baca blog. Habit ni jadi sejak saya cari resepi masakan, kek dan masa study dulu masa cari bahan nak buat asigment. Tengok blog-blog mereka semua cantik-cantik je... Ape yang mereka tulis pun menarik. Banyak input yang kita dapat melalui blog ni tau. 

Hari ni, sempat baca blog Yuyu Zulaikha sebab blog-blog lain yang biasa saya baca seperti blog Namee Roslan dan blog Maria Elena tak update. So, saya dapat satu input yang berguna dari blog Yuyu Zulaikha yang bertajuk Mendekati Orang Asli (Grik, Perak). Di situ saya dapat rasakan betapa memang memerlukan kemudahan seperti kita. Sedihnya melihat kehidupan mereka yang tiada kemudahan elektrik  dan coverage amnya. Dari situ, timbul rasa bersyukur yang tak terhingga kita dapat menikmati kemudahan sepanjang kita hidup. Kadang-kadang, timbul juga rasa kita susah, ada lagi orang lain yang lebih susah dari kita. Maka, kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. 

Namun, ada pihak yang prihatin dengan Orang Asli Kampung Chuweh Grik, Perak ni, iaitu Maybank melalui Projek H.E.A.R.T yang bermaksud Helping Every Asian Rise Together. Melalui projek ni, Maybank memperuntukkan kewangan untuk membeli lampu solar yang tahan lama supaya penduduk dapat memanfaatkannya pada waktu malam. jadi, mari la kita sama-sama menghulurkan bantuan yang tak seberapa kepada mereka kerana bantuan kita dapat memberikan 1000 makna kepada mereka yang memerlukan. In Shaa Allah. Amin... Anda boleh membuat sumbangan melalui Maybank Project Heart. Terima kasih.

Wednesday, November 27, 2013

Surprise Birthday Party For Me!!! Yeayyyy....

Assalamualaikum...

Patut la suami gatai nak anta pergi kerja bagai hari ni... Sebelum sampai office, die ajak sarapan dulu di kedai kegemaran makan mi pok atau mi kolok. Balik kerja pula, dia jemput bawa Shafiyah sekali... Rupa-rupanya nak bawak celebrate ulang tahun ke-3 saya peluk agama Islam. Alhamdulillah...



Ade kek...
Ade steamboat...
And... Ade kawan-kawan suami ikut sama sambut.

Wah...seronok! In Shaa Allah saya akan cuba menjadi hamba Allah yang sentiasa menjaga sembahyang, menjaga aurat, kuat iman, pandai menagaji dengan baik, jadi ummi, isteri, dan anak serta menantu yang baik.



Tuesday, November 26, 2013

Hari Jadi Saya Yang Ke-3 26 November

Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ni genap 3 tahun saya peluk agama Allah, agama Islam. Allah hu akbar!!! Allah hu akbar!!! Allah hu akbar!!! 


Kalau ikut kalendar Islam dah lepas dah, 19 Zulhijjah yang lepas. 

Setakat ni, syukur Alhamdulillah saya dah serasi dan tak kekok, tak kira la dari segi pemakaian (berhijab), sembahyang, makan, bergaul dan seumpamanya. Cuma kena kuatkan lagi usaha untuk mengaji. In shaa Allah saya boleh mengaji dengan baik juga nanti. Sambil-sambil tu ajar anak juga. Sama-sama belajar. Semoga Allah lembutkan hati dan mempermudahkan urusan saya untuk menerima ilmuNYA. Amin... 

Oh ya... Sebelum ni pun saya ada cerita titik permulaan yang saya peluk agama Islam ni. Boleh la baca di entry Hijrah ni. Hihi... :)

Thursday, November 21, 2013

5 Tips Berkesan Untuk Lebih Bersemangat Baca Al-Quran

Assalamualaikum...


Saya terbaca satu blog ni melalui facebook iaitu blog Giler Kentang. Sangat terkesan dengan tajuknya sebab saya belum pandai baca Al-Quran lagi... Masih berjinak-jinak dengan Iqra'. In Syaa Allah nanti saya pasti pandai baca Al-Quran jugak.  Saya sama-sama ajak anak belajar ngaji. Alhamdulillah setakat ni, anak pun suka ikut Ummi dan Abah dia sembahyang. Apelagi mengaji sebab Ummi pakai Al-Quran Digital. 

Jom baca ape isi kandungan dalam blog Giler Kentang tu.

5 Tips Berkesan Untuk Lebih Bersemangat Baca Al-Quran | Assalamualaikum kepada semua pembaca yang budiman, Ain kongsikan satu artikel daripada Aku Islam ini untuk memudahkan kita semua bersemangat untuk membaca kalam Allah iaitu Al-Quran. Sama-sama kita hayati artikel ini. icon smile 5 Tips Berkesan Untuk Lebih Bersemangat Baca Al Quran
Aku adalah siswi universiti, jawatan ni menuntut aku untuk melakukan pelbagai tugasan. Aku juga ahli aktif kelab dan persatuan di universiti.
Tapi aku lupa bahawa aku juga hamba Allah yang perlu aktif melakukan ibadah untuk kebaikan aku sendiri, untuk saham aku di akhirat nanti.
Bodohnya aku, lalainya aku dengan tugasan dunia yang tidak akan pernah habis.
Hidup aku untuk apa sebenarnya, mati aku nanti bagaimana?
Aku tatap al-quran pink atas meja belajar aku, lebih seminggu aku tinggalkan dia tanpa rasa bersalah.
Kalaulah dia boleh bercakap, mesti dia cakap “Bukan lama sangat untuk kau baca al-quran, kau ada 24 jam. Takkan 5 minit untuk 5 waktu solat pun kau tak nak baca aku?”. Astagfirullah.
Aku belek muka surat terakhir yang aku baca,muka surat yang patut di ‘highlight’ isi terjemahannya dengan warna-warni hanya penuh dengan tulisan hitam. Rasa malu dengan Allah.
Aku cari penyelesaian.
Aku baiki jadual harian aku, aku cari solusi bagaimana untuk aku lebih semangat baca al-quran, untuk jadikan al-quran sahabat aku, untuk jadikan al-quran pedoman di setiap hari aku.
Ini antara solusinya untuk rajinkan diri baca Al-Quran Sebagai perkongsian kita bersama, insyaAllah:
1) Niatkan Dalam Hati
Niat dalam hati, aku baca al-quran agar Engkau lebih sayang aku ya Allah, agar hari-hari aku ini penuh dengan keceriaan.
2) Al-Quran Berwarna
Anda suka warna apa? Sekarang macam-macam jenis warna ada jual. Kalau suka pink, beli warna pink. hehe. Sebelum beli tengok isi terjemahannya sekali. Pastikan tulisannya tidak terlalu kecil.
3) Fahamkan Isinya
Lepas baca al-quran, baca dan fahamkan terjemahannya. Baru kita tahu makna tiap apa yang kita baca. Rugi kalau tak baca terjemahan, kalau kita ni orang Arab tak apa.
Setiap kata-kata dari al-quran tu cukup indah, lebih indah dari lirik lagu romantika de amor. Subhanallah!
4) Highlight isi-isi penting dalam al-quran tu.
Contoh, dalam surah al-fatihah,ayat 05 yang bermaksud,“Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.”
Ayat ni boleh dijadikan zikir setiap hari.
5) Jadikan al-quran sebagai “PETI ADUAN”.
Bila kita gembira,bila kita sedih, bila kita rasa tak dihargai, bila rasa ingin dicintai, bila kita ingin bertaubat, bila kita ingin menambah iman kita, bila kita ingin masuk syurga.
Semuanya ada dalam al-quran. Bedah isinya,kita akan tahu betapa indahnya kurniaan Allah ini. Subhanallah!
Penutup: Baca Al-Quran Itu Melengkapkan Hidup See! Betapa al-quran itu pelengkap hidup kita.
Sampai nak cari kawan baik pun Allah tolong kita,segalanya melalui al-quran. Bila hidup kita berpandu al-quran, hati timbul rasa tenang,hati rasa ingin tambah amal, hati rasa bahagianya bila al-quran ada dekat dengan hati.
Bila al-quran dijadikan sahabat,insyaAllah hidup berkat.
Muslimah,
apa guna berwajah indah jika al-quran tidak diendah,
apa guna berwajah cantik jika tiada Nur dari Allah,
hari-hari dilalui akan indah,
jika al-quran sentiasa diselak,dibaca dan dihayati isinya yang indah,
hidup tiada gundah,
hidup terasa indah,
sungguh al-quran itu isinya cukup indah,
sungguh al-quran itu penghapus rasa gundah,
SUBHANALLAH!

Cantik macam saya...ahakkkk

Assalamualaikum...

Ahahaha... Tak malu kata diri sendiri cantik. Sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri... Ye dak?

Tak... Macam ni... Saya ade satu produk ni sangat sesuai dan berkesan dengan kulit saya. Tak mahal tapi sangat-sangat berbaloi cuba. Bukan produk berjenama tapi biasa-biasa je. Ibu putih dan flawless. Ha... Tu la 2 jenis produk yang saya tengah pakai sekarang... Mula-mula beli yang trial je. 


Harga trial ni pun boleh tahan, RM50.00 termasuk pos. Saya order secara online je. 4 item je: Ibu Putih (pure), Flawless Milky Soap, Day & Night Cream. Yakin dan tawakal sebab sebelum ni kulit muka saya sangat la teruk. Saya beli ni hujung bulan September kalau tak silap. Yang dah habis cuma Ibu Putih (pure) dan Flawless Milky Soap je... Baru je habis. Day & Night Cream ade lagi.. Dah 2 bulan kot. Then saya repeat order ngan seller yang sama sebab hasilnya sangat mantop. Dia sarankan beli Set Combo RM100.00 termasuk pos. Then saya beli la hujung bulan Oktober yang lepas sebab nak cover yang nak habis tu.




Ok... Yang ni Set Combo. Ade Ibu Putih (pure) saiz besar lagi dari yang trial. Ibu Putih Body Scrub, Ibu Putih Whitening Lotion, Ibu Putih Toner, Flawless Milky Soap, Flawless Day & Night Cream. Banyak kan? Saya sangat suka pakai Ibu Putih Body Scrub sebab kulit licin dan bertambah cerah. Pakai kat muka sangat best sebab kulit muka nampak macam flawless-flawless gitu.. Tambah lagi pakai dengan Flawless Milky Soap... 

Nak tengok hasil tak???  

Jeng jeng jeng.....

Tada....


Serius Produk ni sangat membantu mengembalikan wajah saya seperti sedia kala. Tak tau la kenapa semasa mengandung, saya sangat mudah kena jerawat di muka dan belakang. Suami asyik-asyik cakap saya banyak toksid si badan. Saya siap beli foot patch tapi takde kesan je... Saya pakai cream berjenama pun fail. Siap beli Oxy 5 dah... Oxy 10 dah... Huhu... Siap pergi farmasi, mereka offer la produk ape ntah... Mak ai...mahal aihhhh... pastu saya rajin-rajin la search kat facebook. Kebetulan sekarang memang musim Ibu Putih. Walaupun Ibu Putih, ade macam-macam produk keluaran ibu putih ni. So, saya search, bading beza. Ternyata saya tak salah pilih. harga pun berpatutan. Saya beli dari Sabah sebab Ibu Putih yang dijual berasaskan Collagen.


Wednesday, November 20, 2013

Bunga Mekar Harum Mewangi

Assalamualaikum...

Takde nama lain ke nak letak? Apesal nama blog tu yang dipilih? Hihi... Bukan ape, masa buat blog pun tiba-tiba je rasa nak buat blog. Sebab kalau tulis kat blog ni rasanya macam boleh tulis berjela-jela, merapu-rapu, dan boleh tulis ape je yang saya suka, yang saya syok sendiri. Kalau kat fb tu rasa macam tak seronok share ape-ape kat situ. 

Bunga Mekar Harum Mewangi tercetus tiba-tiba jugak. Mungkin akan ditukar lain hari.Tak tau lagi. Link blog pun tah ape-ape ntah. Letak je ape yang terlintas di fikiran dulu. Ye la macam yang saya cakap tadi, mungkin tukar jugak nanti... Mungkin jugak tak tukar... Tengok la nanti macam mana. Just tambah-tambah ape yang patut ke nak bagi cantik sikit. Sebab banyak benda juga kena tau dan belajar pasal blog ni. Setakat ni, saya search, tambah, buang dan adjust ape yang patut dulu. Hihi... Tapi, dari fahaman saya bila baca blog-blog dari blogger lain, ade yang upah orang lain kalau nak cantikkan blog. Tapi, ade yang back to normal sebab kalau blog cantik-cantik sangat tu berat. Loading pun lambat. So, saya akan hias blog saya biasa-biasa je la...kan?

Ok, tu je la kot. :)

Monday, November 18, 2013

Mandi-Manda di Kolam Resort

Assalamualaikum...

Amboi... Sebut je Resort dah budjet saya pergi bercuti ke?

Takde la... Hujung minggu lepas saya dan suami bawak anak dan anak-anak buah pergi lepak kat Resort berdekatan dengan rumah. Palm Beach Resort, Sematan. Alang-alang nak pergi melepak tu, mula la plan nak mandi bagai kan... Tapi malas nak mandi pantai walaupun free sebab anak kecik lagi... Susah nak control anak buah saya yang buas sangat tu jugak. Lagipun malas la nanti kena pasir. Haishhhh... banyak bebenor alasan ye... Kami decide la mandi kolam je. Bayar pun bayar la... Janji selesa dan puas. Dewasa RM5.00/seorang, kanak-kanak RM3.00/seorang. Yang mandi, saya, suami dan anak buah seorang. Jadi, RM13.00 bayar. Anak mandi juga tapi tak kena caj... Anak buah saya seorang lagi jadi jurukamera. Padan muka... Sapa suruh jual mahal tak bawak baju mandi.

Asalnya nak bawak anak-anak buah yang lain jugak tapi, saya call kakak a.k.a mama diorang, si mama tak angkat. Lalu depan rumah diorang pulak macam tengah berehat je (tidur), malas la nak singgah.

Kami dalam perjalanan nak balik kampung suami baru la mama diorang sibuk call tanya kenapa. Lambat betul cerita dia. Tapi...tapi... Anak-anak dia dah tuntut minta Mak Su diorang ni bawak mandi lain kali... Nasib la badan...

Tengok la betapa riang-rianya kami menikmati mandi kolam.









Hahhaa... macam tu la reaksi kami bila dapat beriadah.

Friday, November 15, 2013

Yeyyy... Berjaya letak iklan Nuffnang

Assalamualaikum...

Hari ni happy sebab tgok akaun nuffnang, saya dah dapat RM0.25!!! 


Mau x syok sb ni income pertama saya ok... Lagipun saya tak publish blog saya ni kat mana2 n kat sape2 kecuali my beloved cousin #LinnaRenjest. Pasal saya dapat income ni pun dia orang pertama saya bagitau. Hehehe... She also happy for me. Nak mintak belanja segan kot sebab income kak sepupu dia ni 'banyak' sangat... 

Lepas tu, saya tekad la nak letak iklan nuffnang kat blog ni betul2. Mula la search dari Google then dapat la cungkil ilmu dari rakan blogger yang dah lama bertapak dalam dunia blog ni dan ramai follower dia.. Saya pun baru 1st time jumpa blog AyuSleeping ni, entry dia http://ayusleeping11.blogspot.com/2013/01/cara-nak-letak-iklan-nuffnang-dalam.html. Sangat2 membantu. Terima kasih banyak2 sis Ayu.

Monday, November 11, 2013

Buah Engkalak..Nang Nyaman!!! Only in Sarawak


Ni la Buah Engkalak. Buah Engkalak ni adalah sejenis spesis buah tempatan yang hanya tumbuh subur dan terdapat di Sarawak je. Saya Google tadi dapat info yang buah Engkalak ni ada nama sainstifiknya jugak, iaitu Litsea Garciae

Buah Engkalak ni milik mertua saya. Sabtu lepas saya ikut suami pergi kebun lepas tidurkan anak sebelah pagi. Bosan duduk rumah je... 


Tengok tu tarzen panjat pokok Engkalak... Haha.. Gigih sungguh suami dan adik ipar panjat pokok Engkalak... Suami panjat 1 pokok lain.. Adik ipar panjat pokok 1 lain... Saya??? Tengok je la... Suami pulak amik peluang lontar buah Engkalak tu dari atas ke arah saya. Oh ya...pokok Engkalak ni tepi jalan je.. Sebelah kereta parking dah ade 2 pokok buah Engkalak... Masa kami sampai, ade lebih 10 ekor kera yang bertempiaran di kawasan kebun... Kera-kera tu semua makan buah Engkalak tu la.. Tu la sebab suami kena ambil buah tu sebelum masak. Kalau tak, putih mata jadinya. Bukan buah Engkalak je jadi mangsa kera-kera tu, buah rambutan, nenas, cempedak semua jadi santapan... Nak2 je tangkap, pastu masukkan dalam zoo.




Ni pulak dahan pokok Engkalak yang sukar nak capai, suami potong je dahannya. Yang ni dah reserve saya punya bila nak petik n kumpulkan nanti selepas suami dan adik ipar selesai petik dari pokok.


Ha... Yang ni situasi kami kutip buah... Yang di dahan tu tadi, saya yang petik.. Malas nak carik-carik tapi ade gak la carik dan kutip tolong suami dan adik ipar. Hehe... 



Dah selesai nak bawa balik dah... Dapat 1 guni, 1 besin n 1 bakul... Ade lagi buah tu di pokok tapi belum cukup matang nak petik. 



Ni gambar buah Engkalak dah di rumah... Di hamparkan begini sebab nak bagi buah ni masak. Buah ni masak akan berwarna merah muda. Cara nak makan buah ni, kita kena rendam dalam air panas. Tunggu sampai buah tu lembik, toskan air dan boleh la makan begitu sahaja atau nak sedap lagi, cicah dengan garam + cili padi + belacan atau kicap + cili padi. Rasa buah ni lemak berserat bila masak dan rasa enak bila dibuat jeruk bila masak atau mentah hijau macam ni.

Friday, November 8, 2013

Bitstrips

Assalamualaikum...

Entry petang ni, saya nak cerita pasal fenomena terbaru di Facebook la terutamanya... Bitstrips. Ya Bitstrips. Dengan saya, saya sekali terjebak...Mula-mula hari tu ade buat pastu tak berapa nak cantik..tak reti nak edit. Pastu hari ni kawan opis buat...Saya apa lagi la makin bertanduk...diorang ajar macam mana nak edit..Tadaaaaa.....

Saya pakai turban u olz.... Ni salah satu status Bitstrips saya la... Saya kan suka makan..ahakkk...

Kalau berminat, boleh la download di https://apps.facebook.com/bitstrips/

Al-Quran Digital iFurqan Pen

Assalamualaikum...

Sempena genap seminggu kita couple di pagi Jumaat yang indah ni, saya nak kongsikan cara mudah untuk saudara baru seperti saya membaca, menghafas dan menghafal Irqa secara basisnya la kan...

Setahun lebih yang lepas, saya ada join bisnes online, iaitu Sistem Automasi Pemasaran (SAP) Venture RM70.00 http://rm70.ibct.my/37 dan RM90.00 http://rm90.ibct.my/2882. Sangat masyuk sebab hari2 dapat income. Produk yang kami jual ialah ESP Shaklee dan Al-Quran Digital iFurqan Pen ni la. Saya sendiri beli dan saya sendiri dpt komisen. Bisnes online ni sampai sekarang ade lagi.Jualan pun masih lagi on.  Kalau nak join skali, klik je link tu n buat payment...tapi mesti pakej yang sama la..kalau pilih pakej lain selain RM70.00 & RM90.00, saya tak amik yer...Kalau nak beli ESP Shaklee atau Al-Quran Digital iFurqan Pen tu pulak, sila la klik link http://esp.ibct.my/7l37 atau http://esp.ibct.my/9l2882 untuk ESP Shaklee dengan harga yang sama RM150.00 dan untuk Al-Quran Digital iFurqan Pen pulak, klik la mana-mana link http://q.ibct.my/7l37 atau http://q.ibct.my/9l2882 dengan harga RM290.00 (Haha...iklan jap)

Ceritanya asal berkenaan Al-Quran Digital iFurqan Pen la ye...1 kotak yang kita beli tu mengandungi Kad Jaminan, Muqaddam, Doa Haji dan Umrah, Earphone, Charger, USB Cable, Manual Pengguna, Kad Kawalan Pen, Neck Strap serta medium utama ialah, Pen Digital dan Al-Quran Digital. Bukan itu saja..kita pun dapat Beg Kulit secara PERCUMA!!! Wow....Wow kan?? 

Saya telah sediakan demo malam tadi untuk membaca Iqra dan Al-Fatihah dengan betul. Caranya dengan mengajuk pembaca iFurqan Pen, iaitu Sheikh Misyari Rashid Alafasy dari Kuwait dan Sheikh Abdul Rahman As Sudais dari arab Saudi.



Ini adalah bacaan Iqra






Ini pula bacaan Al-Fatihah


Mudah bukan? Percaya la bahawa Islam itu sememangnya mudah. Jika kita berazam mahu hafaz Al-Quran, ada pelbagai usaha yang boleh kita buat. Rugi kiranya kita tidak mendalami Al-Quran.


Wednesday, November 6, 2013

Hijrah

Assalamualaikum...
Saya nak kongsikan kepada semua bahawa saya telah melakukan penghijrahan ke agama Islam pada hari Jumaat, 26 November 2010 persamaan dengan 19 Zulhijjah 1431H di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS Kuching).


Suatu perasaan yang sangat indah timbul dikala saya mengucapkan dua kalimah syahadah, saya terasa sangat bersyukur kerana saya terpilih untuk menganuti agama Allah, agama Islam.

Nama asal saya ialah Coroline Anak Masmin. Nama Islam saya ialah Sumayyah Humaira Binti Masmin. 

Kini sudah 3 tahun saya berhijrah. Penghijrahan saya pada semester akhir pengajian saya di UiTM Shah Alam. Ya, sebab saya berhijrah kerana saya akan berkahwin. Tetapi, bagi saya perkahwinan saya bukan sebab utama saya hendak memeluk agama Islam tetapi perkahwinan inilah menjadi medium untuk saya menganut agama Allah ini. Suami saya adalah seorang khalifah yang diamanatkan untuk memimbing saya ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Islam bukanlah suatu yang asing bagi saya kerana kakak saya juga menganuti agama ini melalui perkahwinan. Jadi, kami saling berkongsi apa jua yang berkaitan dengan Islam. Penerimaan keluarga juga tidak menjadi masalah kepada kami. Alhamdulillah urusan dan keputusan kami untuk memeluk agama islam sedikitpun tidak dihalang oleh orang tua dan adik beradik kami. Malah, kami disokong dan keluarga kami menghormati kami. Lansung tiada jurang di antara kami sekeluarga kerana kami tetap berkumpul ketika cuti hujung minggu di rumah ayah.

Di sini saya sisipkan artikel berkenaan diri saya dalam keluaran Wanita Bil: 1483, 20-26 April 2012, cover depan Diana Danielle & Siti Saleha, Bahagian Islam Pilihan, muka surat 120, bertajuk Mahu Berjuang seperti Sumayyah oleh Fazeef Afi, iaitu rakan sekelas saya di UiTM Shah Alam dahulu. So, siapa-siapa yang ada Majalah tu, silalah baca ya :)


Friday, November 1, 2013

Jumaat

Assalamualaikum..

Pada hari yang mulia ni adalah hari pertama saya buat blog..tak sabar nak share dengan pembaca apa-apa je yang terlintas di fikiran ni..hihiewww...

Wasalam.